Potret Hubungan Etnik

Começar. É Gratuito
ou inscrever-se com seu endereço de e-mail
Potret Hubungan Etnik por Mind Map: Potret Hubungan Etnik

1. Teori Pasaran Buruh Terpisah

1.1. Sesetengah pasaran buruh terpisah mengikut garis etnik, yakni kumpulan ras yang mendapat gaji tinggi dibezakan daripada buruh murah mengikut ciri-ciri etnik

1.2. Terdapat tiga kelas utama yang mempunyai kepentingan yang berbeza:

1.2.1. Ahli kelas peniaga berkehendakkan buruh murah dan lemah untuk bersaing dengan peniaga-peniaga lain

1.2.2. Buruh yang dibayar gaji tinggi diancam oleh kewujudan buruh murah

1.2.3. Kelemahan kuasa kelas buruh murah menakutkan buruh bergaji tinggi

1.2.3.1. kerana mereka ini mudah dikuasai oleh kelas peniaga

1.2.4. Kelas buruh bergaji tinggi akan mencari jalan untuk mengukuhkan kedudukan mereka

1.2.4.1. Cara : 1.mendesak agar buruh murah dikeluarkan dari kawasan mereça. 2.berpegang kepada susunan kasta yang meletakkan kelas buruh murah kepada pekerjaan tertentu dan bergaji kecil.

2. Pertukaran Sosial

2.1. Kehidupan manusia sebagai ikhtiar sosial

2.1.1. Melibatkan diri dalam pertukaran sosial bagi mencapai hasil yang memuaskan.

2.1.2. Manusia rela melibatkan diri dalam perhubungan jangka panjang

3. Teori Ekologi

3.1. Penghijrahan membawa bersama, dalam perhubungan yang tidak sama rata, manusia yang memiliki fenotaip yang berbeza

3.1.1. Pengkelasan ras mengikut warna kulit

3.2. Dalam perhubungan persaingan, individu sedar akan ciri-ciri status yang membezakan mereka.

3.3. Manusia yang berstatus tinggi tidak mahu bersaing atas dasar sama rata dengan mereka yang memiliki status rendah

3.3.1. kumpulan yang kemudian dianggap memiliki kategori semula jadi dan layak berada di tempat yang lain dalam pembahagian buruh

3.4. Prejudis -merupakan luahan kesedaran kumpulan oleh kelompok manusia yang istimewa -mempertahankan kepentingan mereka dan memperkukuh struktur kategori tersebut.

4. Sistem Ekologikal

4.1. Mikrosistem

4.1.1. Persekitaran yang terdekat,

4.1.1.1. Ibu bapa merupakan agen sosialisasi paling penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak

4.1.1.1.1. Mereka mempunyai pengaruh besar ke atas tingkah laku kanak-kanak

4.1.1.2. Faktor kepincangan keluarga dan taraf sosioekonomi sesebuah keluarga

4.1.1.2.1. Mencorakkan kehidupan seorang kanak-kanak

4.2. Mesosistem

4.2.1. Perhubungan antara mikrosistem dengan mikrosistem yang lain

4.2.2. Sebarang perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem dapat mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain

4.3. Eksosistem

4.3.1. Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung, tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau orang dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut

4.3.2. Pengalaman individu tersebut akan turut mempengaruhi orang lain

4.4. Makrosistem

4.4.1. Perkembangan individu yang dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat

4.4.1.1. Contoh: Kaum lelaki diberi peranan dan tanggungjawab yang lebih dominan

4.5. Kronosistem

4.5.1. Perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa

4.5.1.1. Perkembangan kanak-kanak dari banyak aspek

4.5.1.1.1. Lebih maju ke hadapan serta berpandangan jauh

5. Freudian

5.1. Kelahiran pelbagai kekecewaan disebabkan kehidupan sosial.

5.2. Melalui kekerasan untuk mengurangkan kekecewaan.

5.2.1. -Kelompok minoriti yang berkuasa lemah senang menjadi sasaran. -Bagi orang kulit putih,kehitaman dikaitkan dengan ketakutan dan keinginan yang terpendam -Kekerasan lebih senang diluahkan ke atas sasaran tertentu.

6. Fungsionalisme

6.1. -Individu bertindak kepada insentif -Individu dikawal oleh hukuman dan denda

6.1.1. Tetapi masyarakat mengikat kepentingan,sebab -wujudnya pembahagian buruh -berkongsi nilai bersama yang memakmurkan dan mensejahterakan masyarakat

7. Kelas

7.1. Semua pertelingkahan ras boleh dikaitkan dengan: -Dasar dan sikap golongan kapitalis -Orang kulit putih terhadap orang bukan kulit putih -Kelas buruh

7.2. Apabila kapitalisme Eropah berkembang ke kawasan yang kaya dengan sumber asli,

7.3. Terbentuk keyakinan yang mendukung ketidaksamarataan tersebut.

7.3.1. Terbina dalam struktur masyarakat kapitalis yang memisahkan buruh kulit putih daripada kulit hitam

7.4. Menguntungkan kelas pemerintah dan pertembungan dalam masyarakat ini belum sampai ke tahap yang menunjukkan kedudukan sebenar sistem sosial tersebut dapat dilihat dengan jelas oleh kelas buruh.

8. Pilihan Rasional

8.1. Matlamat dan kecenderungan yang berbeza

8.2. Memaksimumkan ganjaran material dan kedudukan sosial.

8.2.1. Gagal memaksimumkan ganjaran yang dihajati, maka ia akan mengambil tindakan menggemblengkan kekuatan kolektif, dan dimensi yang dipilih akan menggambarkan konteks sejarah budaya masyarakat tersebut

8.2.1.1. Memilih untuk menggemblengkan kekuatan kolektif berdasarkan warisan kebudayaan, batas kumpulan bersifat terbuka.

8.2.1.2. Menggemblengkan kekuatan kolektif berdasarkan warisan fizikal, batas kumpulan bersifat tertutup

8.2.2. Gagal memaksimumkan kepuasan melalui pelbagai dimensi kumpulan sosial yang wujud dalam masyarakat, ia akan berpaling kepada soal-soal keagamaan dan ketuhanan.

8.3. Fungsi sentimen peribadi dan kepercayaan terhadap kelompok sebayanya

8.4. Membuat satu pilihan untuk bertindak, tindakan pilihan yang lain akan tertutup

8.5. Berkenaan akan mewujudkan ikatan sosial yang lebih erat dengan individu lain yang terlibat.

9. Masyarakat Majmuk

9.1. Masyarakat yang terdiri daripada kumpulan status atau tuan tanah

9.2. Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas

9.3. Kategori ras dalam masyarakat majmuk ditentukan oleh sejarah; dan kategori berkenaan dibentuk oleh persaingan dan konflik antara kumpulan