KEMAHIRAN INSANIAH

Começar. É Gratuito
ou inscrever-se com seu endereço de e-mail
KEMAHIRAN INSANIAH por Mind Map: KEMAHIRAN INSANIAH

1. Membantu ahli kumpulan membina keyakinan dalam menyuarakan pendapat serta mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk diterapkan dalam diri .

2. Setiap ahli kumpulan perlu membuat keputusan berdasarkan analisis serta penilaiannya terhadap masalah yang dihadapinya.

3. Bagaimana melaksanakan kemahiran kerja berpasukan dalam kumpulan?

3.1. Setiap ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab dan kepakaran masing-masing yang perlu digunakan untuk mencapai matlamat pasukan dengan cepat

3.2. Mempunyai matlamat kumpulan yang jelas adalah kekuatan yang mendorong ketua kumpulan untuk mewujudkan kumpulan yang kreatif dan inovatif. Matlamat ini perlu mempunyai gambaran yang realistik dan mampu menaikkan semangat serta komitmen setiap ahli kumpulan.

3.3. Ketua kumpulan perlu mengamalkan komunikasi yang berkesan dalam melaksanakan setiap tugas dan program. Ketua kumpulan atau ahli-ahli kumpulan perlu menerangkan dengan jelas berkenaan matlamat, kenapa, mengapa dan bagaimana tugas ataupun program itu hendak dilaksanakan.

4. Bagaimana menunjukkan kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah dalam kumpulan?

4.1. Setiap ahli kumpulan perlu ada kebolehan menganalisis nilai sesuatu masalah, tugasan atau maklumat bagi tujuan pemahaman yang jelas dan munasabah terhadap sesuatu masalah.

4.2. Sentiasa mempunyai bentuk pemikiran yang jelas dan bijak dan melibatkan beberapa kemahiran seperti kemahiran membuat pemerhatian, penilaian dan pertimbangan terhadap masalah yang dihadapi di dalam kumpulan.

5. Bagaimana melaksanakan kemahiran tanggungjawab sosial dalam kumpulan?

5.1. Sentiasa membantu ahli kumpulan yang berada di dalam kesusahan seperti memberi bantu kewangan atau makanan.

5.2. Sentiasa bersedia mendengar masalah yang dihadapi oleh ahli kumpulan dan memberikan kata-kata semangat.

5.3. Mengadakan aktiviti gotong-royong bersama-sama dari rumah ke rumah setiap ahli kumpulan.

5.4. Mengisi masa lapang bersama-sama dengan melakukan aktiviti berfaedah.

6. Mampu menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi organisasi termasuk masalah yang tidak diduga.

7. Meluaskan pergaulan sesama rakan atau beramah mersa bersama ahli kumpulan walaupun tidak kenali.

8. Bagaimana mengaplikasikan kemahiran komunikasi dalam kumpulan?

8.1. Sentiasa muhasabah diri dan bersifat terbuka ketika ahli kumpulan sedang menyuarakan pendapat.

8.2. Menggunakan bahasa pergaulan secara formal dan tidak menggunakan bahasa " rojak", agar semua ahli kumpulan dapat memahaminya.

8.3. Bercakap secara lemah lembut ketika berbual dengan ahli kumpulan.

9. Bagaimana mempraktikkan kemahiran kepimpinan dalam kumpulan?

9.1. Sentiasa Lemah-lembut tapi tegas.

9.2. Sentiasa mendorong, memujuk, dan mempengaruhi orang lain untuk berusaha ke arah pencapajan sesuatu objektif tertentu.

9.3. Mempunyai nilai moral seperti budi baik, tidak angkuh.