KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING / BASIC HELPING SKILLS

Começar. É Gratuito
ou inscrever-se com seu endereço de e-mail
KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING / BASIC HELPING SKILLS por Mind Map: KEMAHIRAN ASAS  KAUNSELING / BASIC HELPING SKILLS

1. Ia merupakan satu kemahiran untuk menggambarkan pembimbing atau pengamal kaunseling memahami dan menghayati apa yang dikatakan oleh klien dengan memberikan respons secara refleksi (counselor in a client shoes.

2. parasfrasa juga digunakan untuk membuat refleksi kepada apa yang dikatakan oleh klien. Tujuan utama parafrasa digunakan oleh kaunselor adalah untuk menunjukkan kepada klien bahawa mesej yang diberikan mula difahami oleh kaunselor. Ia juga bagi memastikan yang kaunselor mendapat mesej yang betul dari klien serta memberi peluang kepada klien mendengar kembali apa yang dirasa dan dikatakannya.

2.1. Contoh:

2.2. Klien :“Dah lama saya menunggu maklumbalas darinya selama tiga belas tahun, namun tiada respons langsung.

2.3. Kaunselor : “Selama 13 tahun, anda menunggu respons darinya?

3. kaunselor mendengar dan memahami apa yang dikatakan oleh klien. Parafrasa sangat sesuai digunakan di peringkat awal hubungan kaunseling kerana parafrasa merupakan pernyataan semula kenyataan dan mesej yang dibawa oleh klien untuk mendapatkan kepastian.

4. KEMAHIRAN PARAFRASA-Parafrasa ialah respons kaunselor setelah mendengar isi dan memerhatikan tingkah laku klien. Matlamat utama ialah memudahkan penerokaan ke atas klien.

5. KEMAHIRAN MEMBUAT KLARIFIKASI-untuk mendapatkan maklumat atau penjelasan yang lebih lanjut daripada klien apabila klien menggunakan perkataan atau ayat yang tidak jelas, tidak spesifik, umum ataupun kabur ketika menyatakan permasalahannya itu. Membuat klarifikasi juga adalah satu penjelasan terhadap perkara yang samar kepada satu fokus yang lebih tepat.

6. KEMAHIRAN MENYATAKAN SEMULA- Merupakan pengulangan kembali pangkal ayat atau isi kata-kata klien secara tepat, padat dan ringkas.

7. Terbahagi kepada tiga : Refleksi isi, refleksi perasaan dan pengalaman

8. Membolehkan kaunselor memahami mesej klien dengan lebih mendalam, malah ia membolehkan klien itu sendiri lebih memahami kekeliruan yang timbul.

8.1. Contoh;

8.2. “Saya agak keliru di sini, jadi saya akan cuba nyatakan semula.

8.3. Boleh anda jelaskan dan perincikan tentang perkara itu secara spesifik ?

8.4. Contoh;

8.5. “Saya kurang jelas bagaimana perasaan anda tentang perkara itu, boleh anda ringkaskan dan gambarkannya?”

9. Tujuan dorongan minima adalah untuk memberikan rangsangan kepada klien untuk terus bercerita dan menunjukkan kaunselor faham dengan apa yang diperkatakan oleh klien.

10. contoh dorongan minima dalam bentuk perkataan adalah seperti bagus , teruskan, selepas itu, jadi, terangkan lagi, oh , dan dalam bentuk anggota seperti sentuhan, angguk kepala, kerutan di dahi, senyuman, ya dan lain-lain lagi.

11. Ishammuddin Hj. Ismail (1999) menjelaskan tujuan melakukan mendorong minima; a. kaunselor memberi perhatian b. menolong penerokaan kendiri klien c. supaya klien terus bercakap d. mempengaruhi arus perbualan

12. DORONGAN MINIMA-Dorongan minima diperlukan untuk memberikan sokongan dan dorongan kepada klien untuk meneruskan perbincangan. Dorongan minima merupakan respons atau ungkapan ringkas ataupun pergerakan positif yang menggalakkan klien terus bercakap dan memberikan penjelasan.