Sejarah & garis waktu Perlembagaan Persekutuan

sejarah

Começar. É Gratuito
ou inscrever-se com seu endereço de e-mail
Sejarah & garis waktu Perlembagaan Persekutuan por Mind Map: Sejarah & garis waktu Perlembagaan Persekutuan

1. Undang-undang sebelum kedatangan penjajah

1.1. wujud sistem pemerintahan tersusun seperti: Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka & Batu Bersurat Terengganu

1.2. 2 negeri membuat sistem pentadbiran dan perlembagaan sendiri semasa pemerintahan British: Johor (1895) & Terengganu (1911)

2. Kerjasama etnik; CLC, Pilihanraya, Perikatan

2.1. CLC:

2.1.1. Penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat 1949 (CLC) terdiri daripada pelbagai etnik menyelesaikan masalah (perlembagaan, politik & ekonomi

2.1.2. Bertujuan untuk membincangkan berbagai isu (kewarganegaraan & kedudukan khas) orang Melayu & dasar pendidikan

2.1.3. Tokoh-tokoh menganggotai jawatankuasa ini: Dato Onn Jaafar, Dato' Abdul Wahab Abdul Aziz, Tun Tan Cheng Lock, C.C. Tan & E.E.C Thuraisingham

2.2. Pilihanraya Umum 1955:

2.2.1. Pilihanraya pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu beri implikasi besar kepada hubungan etnik

2.2.2. Berlaku kerjasama & toleransi cukup kukuh antara orang Melayu & bukan Melayu khususnya pembahagian kerusi pilihanraya

2.2.3. UMNO: sebanyak 35 kerusi MCA: sebanyak 15 kerusi MIC: sebanyak 2 kerusi

2.3. Perikatan:

2.3.1. Tunku Abdul Rahman membentuk kabinet terdiri darpada komposisi berbilang kaum (6 orang Melayu, 3 orang Cina & 1 India

2.3.2. Menunjukkan kerjasama baik dengan perlantikan 3 orang Cina & 1 India untuk menyeimbangkan etnik

2.3.3. Komposisi kabinet pertama ini menunjukkan bermulanya "Tapak Integrasi"

3. Surahanjaya Perlembagaan

3.1. Sebuah suruhanjaya bebas (diperkenan Ratu British & Raja-Raja Melayu) bagi merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka

3.2. Suruhanjaya ini dikenali sempena nam pengerusinya (hakim Mahkamah Persekutuan Tanah Melayu: Lord William Reid)

3.3. Terdiri daripada para ilmuan dalam bidang perlembagaan: Sir Ivor Jenning (UK), Sir William Makell (Australia), Hakim B. Malik (India) & Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

4. Terma Lantikan Suruhanjaya Perlembagaan

4.1. Menjamin kedudukan orang Melayu & kepentingan komuniti lain yang sah

4.2. Menjamin keududukan Raja-Raja Melayu

4.3. Parliamen mempunyai 2 dewan: Dewan Rakyat & Dewan Negeri

4.4. Negara persekutuan mengamalkan kuasa kerajaan Persekutuan

4.5. Satu kerakyatan

5. Malayan Union

5.1. Sebab-sebab:

5.1.1. Menyatukan negeri-negeri & meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran (NNMB, NNS & NNMTB

5.1.2. Melemahkan kuasa Raja-Raja Melayu & menyimpan perasaan anti-Melayu (kerjasama orang Melayu & Jepun)

5.1.3. Menjadi asas British bagi masyarakat tempatan memerintah negeri sendiri

5.2. Ciri-ciri:

5.2.1. Semua negeri Melayu kecuali Singapura (dijadikan tanah jajahan berasingan) dibawah pemerintahan Gabenor British

5.2.2. Kedaulatan Raja-Raja Melayu dihapuskan kecuali hal keagamaan & adat

5.2.3. Hak kerakyatan kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu tanpa mengira bangsa & keturunan

5.3. Punca penentangan orang Melayu:

5.3.1. Kedaulatan Raja-Raja Melayu dilenyapkan kecuali hal keagamaan & adat

5.3.2. Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip jus soli, penduduk terus menjadi warganegara

5.3.3. Hak sama rata kepada semua tanpa mengira bangsa

5.3.4. Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu menggunakan paksaan & ugutan

6. Persekutuan Tanah Melayu (1948)

6.1. Jawatankuasa kerja

6.1.1. Sebuah jawatankuasa kerja ditubuhkan pada Julai 1946 terdiri daripada 4 wakil Raja-Raja Melayu, 2 wakil UMNO & 6 orang Melayu

6.1.2. Bertanggungjawab merangka perlembagaan baru yang boleh diterima

6.1.3. British menubuhkan jawatankuasa Perundingan pada Disember 1947 (Eropah, Cina & India) untuk mendapatkan pandangan orang bukan Melayu

6.2. Ciri-ciri PPTM yang diisytihar pada 1 Februari 1948:

6.2.1. 9 negeri Melayu termasuk Pulau Pinang & Melaka (Singapura kekal tanah jajahan berasingan)

6.2.2. Kerajaan Persekutuan diketuai Pesuruhjaya Tinggi British & dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan & Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan

6.2.3. Majlis Mesyuarat Persekutuan dianggotai 17 ahli (7 ahli rasmi, 7 ahli tidak rasmi & 3 ahli ex-officer

6.2.4. Sultan-sultan diberi hak & kuasa memerintah dengan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri & Majlis Undangan Negeri

6.2.5. Syarat kewarganegaraan diketatkan, pemohon mesti lahir di Tanah Melayu & telah bermastautin selama 8-12 tahun (asing bermastautin selama 15 tahun) (umur minimum bagi kedua-dua situasi: 18 tahun & mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang baik)