SOP COVID19 MOTOBINA SDN BHD

Começar. É Gratuito
ou inscrever-se com seu endereço de e-mail
SOP COVID19 MOTOBINA SDN BHD por Mind Map: SOP COVID19  MOTOBINA SDN BHD

1. SEBELUM masuk ke Pejabat

1.1. 1. WAJIB membuat deklarasi tahap kesihatan setiap minggu menerusi online form

1.2. 2.WAJIB scan QR code Mysejahtera, rekod suhu harian dan disinfeksi diri sebelum ke meja masing-masing

1.3. 3. Pemakaian FACEMASK adalah wajib, 'NO MASK, NO ENTRY', Double masking dan Face shield amat disarankan.

1.4. 4. Digalakkan melakukan proses disinfeksi di kawasan kerja masing-masing sebelum memulakan kerja

1.5. 5. Ujian kit kendiri COVID-19 akan dijalankan kepada semua staff setiap 2 minggu

1.6. 6. Semua pelawat (Jika ada) atau penghantar barang dikehendaki menunjukkan status risiko pada Mysejahtera

1.7. 7. Taklimat 'refresher'mengenai SOP ini akan diberikan pada semua staff melalui 'online'

2. SEMASA berada di Pejabat

2.1. 1. Kerap mencuci tangan menggunakan sabun atau 'Hand sanitizer' - 'Sanitizer' akan ditambah terutama di kawasan 'common area'

2.2. 2. TIDAK DIBENARKAN mengadakan sebarang mesyuarat secara bersemuka. Semua mesyuarat/taklimat/perbincangan harus dilakukan secara online

2.3. 3. TIDAK DIBENARKAN aktiviti berkumpul seperti makan beramai-ramai atau mengadakan sebarang sambutan. Semua pekerja dinasihatkan untuk makan di tempat masing-masing

2.4. 4. Semua HOD perlu patuh pada peraturan baru iaitu 'ONCE OUT, LIMIT ENTRY' dimana HOD tidak dibenarkan kembali ke pejabat sekiranya telah keluar berjumpa klien atau berurusan dengan orang luar. Segala aktiviti HOD di luar pejabat masih tertakluk pada peraturan syarikat yang memerlukan HOD untuk 'tag location'.

2.5. 5. Bagi semua Project Admin, sebarang urusan secara terus dengan pekerja adalah tidak digalakkan. Anda disarankan untuk meletakkan kotak di lobi, untuk memudahkan proses penghantaran resit/dokumen

2.6. 6. Sentiasa amalkan penjarakan fizikal ketika bekerja.

3. Tapak Kerja

3.1. 1. Team Leader perlu menghantar laporan tahap kesihatan 'team members' pada pihak Safety setiap hari tanpa gagal menerusi online/whatsapp

3.2. 2. Setiap 2 minggu sekali, semua pekerja tapak perlu menjalani ujian self kit kendiri COVID. Kit akan dibekalkan 'extra' sekiranya ada antara team members mengalami gejala. Pengesanan awal dapat dibuat sebelum dihantar terus untuk mengesahkan gejala tersebut.

3.3. 3. Setiap Team juga akan dibekalkan dengan alatan sanitasi untuk lakukan sanitasi setiap hari di kawasan kerja.

4. SELEPAS keluar dari Pejabat

4.1. 1. Jika tiada keperluan untuk ke tempat awam, sila terus pulang ke rumah dan bersihkan diri sebelum bersama keluarga

4.2. 2. Jika berkeperluan ke tempat awam, jaga penjarakan dengan orang lain, dan dinasihatkan menggunakan 'double mask' dan face shield.

5. Kecemasan

5.1. 1. Sekiranya ketika ujian kendiri dibuat dan pihak safety menerima hasil ujian positif, staf tersebut akan diasingkan dan safety akan menjalankan pengesanan kontak rapat di pejabat untuk tindakan lanjut.

5.2. 2. Staf tersebut akan diminta untuk menjalani ujian PCR untuk mengesahkan 'load virus' dalam badan.

5.3. 3. Setelah keputusan PCR keluar, staf dikehendaki ke CAC untuk prosedur selanjutnya oleh KKM.