Começar. É Gratuito
ou inscrever-se com seu endereço de e-mail
UNSUR MISTIK por Mind Map: UNSUR MISTIK

1. BENTUK BENTUK

1.1. Pertapaan: Aktiviti menyinsihkan diri di tempat sunyi untuk tujuan meditasi atau mencari kekuatan spiritual

1.2. Ritual Pemujaan: Melibatkan upacara yang dilakukan untuk menghormati makhluk halus atau roh, termasuk pemujaan kubur tokoh-tokoh keramat yang dianggap dapat memberi perlindungan dan pertolongan kepada masyarakat

1.3. Penggunaan Objek Berkuasa Mistik: Seperti keris dalam budaya Melayu, di mana senjata ini dipercayai memiliki tuah atau khadam yang memberikan kelebihan kepada pemiliknya

1.4. Amalan Animisme: Kepercayaan terhadap roh alam dan makhluk halus yang menguasai elemen-elemen semula jadi, sering kali melibatkan ritual tertentu untuk berinteraksi dengan mereka

1.5. Jampi dan Mantera: Penggunaan kata-kata atau frasa tertentu dalam ritual untuk memanggil kuasa ghaib atau melindungi diri dari bahaya. Jampi ini sering digunakan dalam pemujaan dewa-dewi dalam tradisi Hindu sebelum kedatangan Islam

1.6. Pemujaan Kubur: Amalan menghormati roh orang yang telah mati, di mana masyarakat percaya bahawa roh tersebut dapat memberikan bantuan kepada orang hidup. Pemujaan ini masih dilakukan oleh banyak masyarakat Melayu Islam hingga hari ini

1.7. Penggunaan elemen alam seperti air, api, dan tanah dalam ritual mistik sebagai simbol kuasa ghaib dan hubungan manusia dengan dunia spiritual

1.8. Simbolisme Alam: Penggunaan elemen alam seperti air, api, dan tanah dalam ritual mistik sebagai simbol kuasa ghaib dan hubungan manusia dengan dunia spiritual

2. DEFINISI

2.1. Keadaan ghaib yg tidak dapat diselami oleh pemikiran manusia, keanehan, keajaiban; kemistikan keadaan mistik.

3. DALIL

3.1. وَلَا تَدْعُ مِن دُونِ ٱللَّهِ مَا لَا يَنفَعُكَ وَلَا يَضُرُّكَ ۖ فَإِن فَعَلْتَ فَإِنَّكَ إِذًۭا مِّنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ ١٠٦

3.2. Maksudnya : Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).