ISU DAN SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM (Menghalang Kemajuan)

Começar. É Gratuito
ou inscrever-se com seu endereço de e-mail
ISU DAN SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM (Menghalang Kemajuan) por Mind Map: ISU DAN SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM (Menghalang Kemajuan)

1. 1. Kewujudan keseimbangan dan keadilan dalam ajaran Islam

1.1. Keadaan ini telah menafikan sama sekali kecenderungan terhadap sistem-sistem sosial yang ekstrem tersebut.

2. 2. Tidak boleh memajukan pengetahuan

2.1. Orang Islam pernah menguasai pelbagai cabang ilmu duniawi dan pada masa yang sama, mereka tidak meninggalkan akhirat. Malangnya sekarang, orang seperti membezakan antara mengejar ilmu dunia dengan ilmu akhirat. Apabila kita mempelajari ilmu dunia, kita akan dapat melihat betapa kompleksnya dunia yang Allah ciptakan dan dapat mensyukuri betapa hebatnya sehingga Pencipta dapat membuat semua ini dan kita tak sedar langsung bagaimana perkara sebegini boleh terjadi.

3. 3. Negara islam sekarang dalam perkembangan LEMAH

3.1. Menurut penyataan ini, Malaysia merupakan contoh yang terbaik. Malaysia adalah negara yang maju dalam banyak negara Islam terkini. Mengapa? Kita dapat melihat daripada Malaysia yang sedang menikmati taraf hidup yang relatif tinggi melalui teknologi tinggi dan ekonomi yang merata. Kebanyakan negara dengan GDP per kapita tinggi dianggap negara berkembang

4. 4. Orang Islam sepatutnya banyak berfikir

4.1. Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Mahathir Mohamad merupakan orang yang berpengaruh di dunia ni. Kerana manusia yang paling "berkuasa" di Malaysia kini adalah IGP Musa. Lihatlah pada masa Pak Lah berkuasa dahulu. Cadangan Pak Lah untuk tubuhkan IPCMC ditolak mentah-mentah oleh Musa. Kini zaman Najib pula. Lagilah 'menggigil' Najib pada kekuasaan Musa. Lebih-lebih lagi kes Altahtunya dalam tangan Musa.

5. 5. Perubahan individu terhadap umat

5.1. Islam memandang pembangunan harus dimulai dengan perubahan individu yang disusuli dengan perubahan institusi. Tugas membangun dalam Islam adalah tugas yang mulia, bahkan melebihi tugas-tugas keagamaan yang bersifat ritual. Umat Islam diperkenalkan oleh al-Quran sebagai ummatan wasathan (umat pertengahan) yang tidak larut dalam spiritualisme tetapi tidak juga hanyut dalam alam materialisme. Seseorang Muslim perlu memenuhi keperluannya dan mewarnai kehidupannya bukan mengikut cara malaikat, tidak juga ala binatang.

6. 6. Agama menjustifikasikan sistem sosial sedia ada dan kedudukan seseorang individu

6.1. Menurut Marx dan Engels, agama menjadikan manusia percaya bahawa Tuhan menjadikan struktur sosial sedia ada dan manusia diperintahkan untuk mengikutnya.

7. 7. Impresif orang ramai terhadap umat Islam

7.1. Agama yang menghalang dan mengekalkan keadaan manusia dalam keadaan mundur dan papa adalah agama yang salah. Islam tidak pernah menghalang umatnya untuk menjadi maju dan tidak menghalang umatnya untuk berfikir mengikut panduan agama (namun berfikir secara berlebihan sehingga melanggar batas syarak adalah dilarang, kerana ada sesuatu perkara yang dijadikan atau terjadi di dunia ini melampaui batas logik akal untuk menghadamnya). Islam dan sains adalah selari kerana Islam ini adalah agama yang diwahyukan bukan buatan dari manusia dan sains juga ciptaan Tuhan.