Tamadun India

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
Tamadun India by Mind Map: Tamadun India

1. Pengenalan

1.1. 1. Tamadun India bersifat dinamik 2. Tamadun yang matang sejak sebelum masihi lagi 3. Tamadun India mempunyai pelbagai aspek yang penting

2. Konsep dan Takrif

2.1. Indo Arya (Utara India)

2.1.1. 1. Masyarakat berbahasa sanskrit 2. 4 buah kitab veda iaitu Rig, Yajur, Sama dan Atharva 3. 4 buah kitab ini bincangkan aspek pemikiran, kepercayaan, amalan dan kehidupan

2.2. Dravida (Selatan India)

2.2.1. 1. Bahasa Tamil 2. Mazhab Saivisme & Vaisanavisme

3. Masyarakat dan Budaya

3.1. Sistem Keluarga

3.1.1. 1. Ashrama Dharma 2. 4 Peringkat : Brahmacarya, Grahasta, Vanaprasta, Sannyasa 3. Kaum wanita terbatas

3.2. Sistem Kasta

3.2.1. 1. Menitikberatkan kelas & status dalam masyarakat dan ianya mempunyai peranan masing-masing. 4 kasta utama : Brahmin (pendidik). Ksatriya (pemerintah). Vaisya (peniaga). Sudra (pekerja).

3.3. Bahasa dan Kesusasteraan

3.3.1. 1. Kitab Veda ditulis dalam bahasa Sanskrit. 2. Antara kesusteraan sanskrit yang mempunyai ajaran ini ialah : Epik Mahabharata – dihasilkan oleh pujangga Vyasa dan karya puisi terpanjang di dunia. Epik ini mengajar supaya berpegang pada janji & mejauhi sifat negatif. Epik Ramayana – dihasilkan oleh Valmiki. Epik ini menekankan unsur moral, kebaikan & nilai-nilai murni. Bahasa Dravida : Ianya merangkumi bahasa penting di bahagian selatan India

3.3.2. Bhagavadgita – Ia merupakan sebahagian dari epik mahabharata yang mengandungi ajaran agama. Antara yang ditekankan ialah : Melaksanakan tanggungjawab tanpa mengharap balasan. Menyerah diri kepada Tuhan. Mendisiplinkan rohani & jasmani. Mengawal nafsu, kemarahan, tamak haloba, dengki dan sebagainya. Kesusteraan Sangam – Ianya mengandungi 2 koleksi iaitu Ettutokai & Pattupattu. Ettutokai : analogi 8 buah teks bertemakan zahir & batin. Pattupattu : Koleksi nyanyian.

3.3.3. Tirukkural – Dikarang oleh Tiruvalluvar adalah sastera klasik yang penting & tertua dalam kesusasteraan Tamil. Ianya menjadi pegangan masyarakat Tamil. Ianya melambangkan nilai kemanusiaan yang membincangkan sikap manusia terhadap dirinya dan alam.

3.4. Tahap Perkembangan Tamadun India

3.4.1. Tamadun Lembah Sungai Hindus

3.4.1.1. Tamadun India pada zaman ini telah menunjukkan satu pencapaian dan kematangan terutama dari sudut kebudayaan kebendaannya. Ini dapat dilihat dari aspek-aspek seperti perancangan bandar, pembinaan rumah, hubungan perdagangan, penyembahan dewa ibu dan permandian umum. Ia bermula di bahagian barat laut India, diairi oleh terusan Sungai Indus atau Sindhu (kini di daerah Baluchistan, Pakistan)

3.4.1.2. Tamadun awal India yang dikenali Tamadun Indus @ Kebudayaan Harappa. Lembah Indus merujuk kepada 2 bandar utama iaitu Mohenjo-Daro dan Harappa. Kedua-dua bandar ini mempunyai perancangan bandar yang baik dari pelbagai aspek. Contohnya : sistem jalan, longkang, benteng pengawal banjir, gudang menyimpan bijirin & perumahan yang teratur.

3.4.1.3. Agama

3.4.1.3.1. Penemuan mohor : manusia bertanduk tiga sedang duduk bersila seperti Yoga adalah bukti wujudnya unsur kerohanian dalam tamadun India. Menurut kajian, ianya juga menunjukkan adanya bentuk penyembahan shiva yang terawal. Penemuan patung wanita adalah sebagai penyembahan Dewi Ibu. Kolam permandian juga merupakan amalan keagamaan masyarakat India khususnya orang India Selatan.

3.4.1.4. Bahasa

3.4.1.4.1. Tulisan Piktografik (Corak gambar) adalah tulisan yang menandakan perkataan. Contohnya : sikat menandakan perempuan. Petikan dalam bahasa Dravida seperti Kannada,Tulu, Telegu, Konda bererti sikat.

3.4.1.5. Ekonomi

3.4.1.5.1. Antara kegiatan ekonomi masyarakat India : bertani, menternak, nelayan, dobi, penggunting rambut, penjual daging, anyaman, pedagang & peminjam wang. Pendapatan kerajaan adalah dari cukai tanah, cukai rumah, cukai kedai & air, dan cukai barangan import. Terdapat juga industri yang mengeluarkan kapas, tekstil, gula, barangan logam, gangsa, kertas, batu, kasut dan arak.

3.4.1.6. Politik

3.4.1.6.1. Kerajaan telah dibahagikan kepada wilayah, bahagian, daerah dan kampung yang diperintah oleh seorang raja. Mereka mengamalkan prinsip demokrasi. Sabha adalah Parlimen yang membincangkan perkara umum, sebagai mahkamah keadilan dan keputusan secara undi majoriti. Samiti lebih besar dari Sabha yang dikenali sebagai Majlis Perhimpunan Rakyat.

3.4.1.7. Sosial

3.4.1.7.1. Sosial : Perkahwinan, makanan, pakaian, perhiasan. Perkahwinan adalah ikatan klimaks kepada kesucian cinta yang terjalin antara teruna & dara. Persetujuan @ restu ibubapa amat penting dalam perkahwinan. Kesucian jodoh diambil kira dalam beberapa aspek antaranya asal usul, keluarga, kekuatan, umur, kelakuan, kesucian diri, sifat tolak ansur & kekayaan.

3.4.1.8. Makanan

3.4.1.8.1. Makanan masyarakat India dipengaruhi oleh kawasan kediaman mereka. Nasi adalah makan utama. Antara makanan : nasi tumbuk (aval), bubur nasi @ bijirin (kul), bubur pekat (kali), kuih (motakam), appam, tosai & puttu. Makan di atas daun pisang, arah duduk dan pakaian semasa makan adalah tradisi dalam masyarakat India. Amalan berpuasa, tidak memakan daging, amalan pengorbanan binatang untuk dewa dewi.

3.4.1.9. Kesenian dan Sastera

3.4.1.9.1. Puisi zaman sangam : bertemakan cinta, sifat mulia, pujian kepada raja & peperangan. Canka Ilakkiyam @ Kesusateraan Sangam adalah antara warisan budaya tamil yang sering digunakan istilah ini dalam penulisan & ceramah. Perkataan sangam digunakan sebagai menunjukkan kebesaran bahasa Tamil yang dikenali dengan nama “Sanggat Tamil”.

4. Tamadun India di Asia Tenggara

4.1. Keinginan untuk mencari kekayaan, masyarakat India telah menyeberangi lautan di Timur & Barat benua kecil India. Hubungan perdagangan & penyebaran agama Buddha dan Brahmanisme (Hindu) berlaku antara India dan Asia Tenggara. Perkahwinan antara pedagang dengan orang tempatan & menetap di negara Asia Tenggara.

5. Tamadun india di Tanah Melayu

5.1. Penemuan arkeologi menunjukkan bahawa pengaruh masyarakat India terdapat di Kedah. Kuala Merbok dijadikan pelabuhan kapal-kapal India untuk masuk ke Tanah Melayu. Sungai Bujang, Lembah Merbok & Gunung Jerai : Terdapat banyak patung-patung Hindu

5.2. Pengaruh Hindu di Tanah Melayu berlaku dengan menganggap “Raja” sebagai pembayang Tuhan. Pengaruh agama Buddha juga dijumpai dengan wujudnya rumah persinggahan sebagai mengenang sumbangan Buddha di Tanah Melayu.

5.3. Pengaruh Hindu telah mempengaruhi kesusasteraan Melayu sehingga wujudnya Hikayat Seri Rama, Hikayat Pandawa Lima & Hikayat Sang Boma. Pengaruh Hindu juga telah meresap dalam adat istiadat perkahwinan, pemikiran, kepercayaan, kesenian, makanan, ekonomi & politik dalam masyarakat di Malaysia.

6. Pandangan Semesta Tamadun India

6.1. Hinduisme merangkumi idea agama, falsafah dan budaya. Ia juga mempercayai kelahiran semula, Tuhan yang mutlak, peraturan sebab & akibat dan mengagungkan keadilan. Pelbagai agama wujud di India, antaranya Hindu, Buddha, Islam, Sikh, Jaina, Bahai & Zoroaster.

7. Pelbagai Agama Tamadun India

7.1. AGAMA HINDU : Ianya disebut sebagai “Sanatana Dharma” yang bermakna “agama yang kekal abadi”. Pengasas & tarikh bermulanya agama ini tidak diketahui. Terdapat 6 mazhab : Siva, Vishnu, Sakthi, Muruga, Ganesha, Surya. 5 prinsip utama : Kewujudan tuhan tunggal, manusia itu suci,perpaduan melalui percintaan, harmoni agama, pengetahuan tentang sungai, kitab & mantera yang suci.

7.2. AGAMA BUDDHA : Diasaskan oleh Siddharta Gautama, putera Raja Suddhodana Gautama dari bangsa Shakya di India. Beliau mendapat kesedaran setelah bertapa di bawah pokok “Bodhi” yang kemudiannya dinamakan Buddha bermaksud “yang mendapat kesedaran”. EMPAT KEBENARAN MULIA – Ianya membincangkan penderitaan, punca penderitaan & mengatasi penderitaan.

7.3. MAZHAB HINAYANA & MAHAYANA : Mazhab yang wujud dalam agama Buddha. Mazhab Hinanaya tersebar ke India selatan, Sri Lanka, Myanmar, Thai & Asia Tenggara. Mazhab Mahayana tersebar ke Tibet, Mongolia, Korea, China & Jepun. AGAMA SIKH : Diasaskan oleh Guru Nanak. Menyentuh kod moral & kerohanian. Percaya Tuhan wujud di mana-mana sahaja. Wehaguru (nama Tuhan) bermakna Tuhan yang menakjubkan.

7.4. LAPAN JALAN MULIA : Pandangan yang betul. Aspirasi yang betul. Pertuturan yang betul. Kelakuan yang betul. Kehidupan yang betul. Usaha yang betul. Minda yang betul. Konsentrasi yang betul. Dilarang melakukan perbuatan keji seperi menipu, minum arak, membunuh, mencuri & berzina.

7.5. Gobind Singh adalah guru terakhir. Beliau memperkenalkan 5K simbol : Kesh (rambut panjang). Kangha (Sikat). Kara (gelang besi). Kirpan (pedang kecil). Kachera (seluar jerut). Peranan Islam Dalam Tamadun India : Peranan yang besar sejak kurun ke 7 Masihi lagi. Ianya mempengaruhi semua aspek kehidupan masyarakat India. Sumbangan Islam : menyatukan pemerintahan di bawah satu kuasa berpusat di Delhi. Mewujudkan bahasa urdu, seni bina Tajmahal, wujudnya pusat pengajian terkenal.

8. Pencapaian Pelbagai Bidang

8.1. KESENIAN – Sitar, sahnai, tabala. SENI BINA – Kuil hindu, Buddha, Islam. SENI UKIR - Patung, tiang berukir, seni pahat. SENI LUKIS – Candi & kuil (lukisan yang menggambarkan keceriaan & keagamaan) SAINS & TEKNOLOGI – Matematik, astronomi, fizik, kimia, logam & perubatan.

9. Kesimpulan

9.1. Tamadun India telah berkembang ke seluruh dunia dan banyak meninggalkan kesan serta sumbangannya terhadap perkembangan tamadun lain di dunia. Tamadun India juga telah mempengaruhi budaya hidup masyarakat Islam di alam Melayu.