Formula Keluarga Bahagia

Comienza Ya. Es Gratis
ó regístrate con tu dirección de correo electrónico
Formula Keluarga Bahagia por Mind Map: Formula Keluarga Bahagia

1. HUBUNGAN BAIK ANTARA AHLI KELUARGA

1.1. Hak ibu bapa terhadap anak perempuan yang belum atau sudah berkahwin - ibu bapa berhak mendapat kunjungan serta membawa buah tangan

1.2. Anak perempuan tidak perlu membuka permasalahan suami dan isteri kepada ibu bapa – mengelakkan daripada merisaukan ibu bapa

1.3. Ibu bapa perlu memahami sekiranya anak gadis mereka mendahulukan suaminya

1.4. Gadis memerlukan validasi daripada suaminya sebelum melakukan sesuatu - suami perlu bertimbang rasa dalam menangani isu keluarga

1.5. Mendidik anak-anak sejak kecil - didikan baik dapat membentuk anak yang cemerlang dari segi akhlak dan pelajaran

2. PERMASALAH FIKAH WANITA

2.1. - mengerjakan haji dalam tempoh idah - si suami menemukan ajal sewaktu membuat perancangan umrah

2.2. Maksud idah; iaitu masa berkabung yang telah ditentukan oleh Allah untuk si balu berkabung akibat kematian atau perpisahan dengan suami

2.3. Hikmah pensyariatan tempoh idah – penghormatan atas ikatan perkahwinan bersama suami iaitu hubungan suci yang didasari kasih saying

2.4. Hukum memakai seluar jeans - ciri pakaian yang berpandukan syarak - menutup aurat, kain tidak nipis sehingga menampakkan susuk tubuh badan dan tidak menyerupai pakaian lelaki

3. PERMASALAHAN FIKAH UMUM

3.1. Pengakikahan diri sendiri dan pembahagian daging akikah

3.2. Maksud akikah; iaitu amalan yang mendekatkan diri kepada ALLAH kerana ia sebahagian daripada sunnah sebagai tanda syukur kerana dikurniakan zuriat

3.3. Permasalahan dalam menjawab azan di televisyen - azan yang perlu dijawab ialah azan yang dikumandangkan dari surau jika ia dikumandangkan serentak dari televisyen

3.4. Menguasai ilmu tajwad - kualiti bacaan al-Quran dapat dipertingkatkan

3.5. Memberi panduan dalam waktu solat sunat, solat qobliyah subuh dan solat sunat wuduk bagi mencontohi Rasulullah SAW dalam beribadah - berwuduk sebelum membaca al-Quran termasuk surah Yasin adalah bersifat mustahab

3.6. Solat jamak dan qasar untuk semua jenis musafir bertujuan ketaatan kepada ALLAH ataupun tidak

3.7. Pengamalan solat menghadap sutrah, tatacara sujud sahwi dan sifat wawas dalam memilih makanan yang halal

4. ADAB DAN AKHLAK

4.1. Mengutamakan sedekah kepada ahli keluarga, bersifat selektif dalam memberi sedekah - jangan memberi sedekah kepada individu yang dicurigai kejujurannya

4.2. Segala bentuk ibadah hendaklah dibuat dengan niat tulus ikhlas berbentuk ketaatan kepada ALLAH

4.3. Melaraskan semua niat dalam aktiviti dakwah supaya mempunyai kedudukan yang mulia dalam kehidupan

4.4. Kewajipan solat tidak boleh diabaikan oleh seseorang yang menghidapi penyakit

4.5. Umat Islam perlu mempraktikkan konsep usaha, tawakal dan redha yang betul

5. MENUJU ALAM PERKAHWINAN

5.1. Banyakkan berdoa, kenali tanda-tanda Allah, banyakkan bersedekah dan mandi bunga - mempercepatkan jodoh

5.2. Mejaga penampilan diri

5.3. Perempuan perlu menunaikan solat istikharah dan sentiasa berbincang dengan keluarga ketika memilih jodoh - suami yang baik mampu memandu keluarganya ke arah lebih baik

5.4. Penggunaan Al-Quran sebagai emas kahwin

5.5. Hukum memutuskan pertunangan - jika pertunangan itu diputuskan tanpa sebab yang munasabah, pihak yang membatalkan wajib membayar ganti rugi mana-mana yang membabitkan urusan pertunangan dan perkahwinan

5.6. Kepentingan walimatul urus - sunat muakkad sepertimana yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW jadi majlis tersebut tidak perlu terlalu meriah, cukup sekadar meraikan pasangan yang telah berkahwin

6. HUBUNGAN SUAMI ISTERI

6.1. Memohon cerai dari suami yang menipu - isteri berhak memohon cerai jika dibuktikan betul

6.2. Pasangan perlu berbincang dan menghadiri sesi kaunseling sebelum membuat keputusan

6.3. Isu isteri yang menghalang suami berpoligami - kepentigan berpoligami dan cara – cara menghadapi situasi tersebut

6.4. Permasalahan berkahwin di Thailand

6.5. Dosa balu ditanggung suami - isu suami tidak mampu membayar zakat fitrah

6.6. Kepentigan doa isteri untuk suami agar bersolat - solat merupakan tiang agama

6.7. Pasangan berkahwin bercumbuan di tempat awam dan bomohkan suami untuk menghalang poligami

6.8. Isteri berkongsi gaji dengan suami - menangani masalah kewangan dalam keluarga

7. PERMASALAHAN BERKAITAN AKIDAH

7.1. Adakah benar Allah hanya mempunyai 99 nama? - siapa yang menghafalnya akan masuk syurga – tiada keterangan dalam hadits

7.2. Kebergantungan manusia dengan ubat - perubatan merupakan ikhtiar semata-mata oleh manusia untuk mendapatkan rawatan yang boleh menyembuhkan penyakit - hanya Allah yang berkuasa mengizinkan penyakit untuk disembuhkan

7.3. Penyakit - penghapusan dosa, maka sebagai hamba Allah, kita harus beristighfar apabila diuji dengan kesakitan

7.4. Bolehkah takdir diubah melalui doa? - ketentuan Allah yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh apa pun. Contohnya: Hidup atau mati

7.5. Taqdir Mu’allaq: Iaitu takdir yang tertulis yang boleh tetap dan berubah dengan kehendak Allah, bergantung kepada sebab-sebab yang diusahakan oleh manusia - Contohnya: Panjang umur