Bab 1 Impak pembelajaran Matematik secara dalam talian semasa pandemik terhadap prestasi murid Ti...

Comienza Ya. Es Gratis
ó regístrate con tu dirección de correo electrónico
Bab 1 Impak pembelajaran Matematik secara dalam talian semasa pandemik terhadap prestasi murid Tingkatan 1 di daerah Rompin. por Mind Map: Bab 1 Impak pembelajaran Matematik secara dalam talian semasa pandemik terhadap prestasi murid Tingkatan 1 di daerah Rompin.

1. Pernyataan masalah

1.1. Ada pihak meragui keberkesanan pelaksanaan pembelajaran maya ini kerana faktor jurang digital. (Mohd Izani Mohd Zain, 2020)

1.2. Tiga implikasi utama dilihat menjadi cabaran besar kepada pendidik bagi menjalankan pembelajaran secara atas talian, iaitu kebolehcapaian internet dan kestabilan platform pengajaran, pengurusan emosi serta pentaksiran secara holistik. (Ehwan Ngadi, t.t)

1.3. Kebarangkalian ketidakterlibatan segelintir pelajar dalam menghadiri sesi kelas maya akan menyukarkan pensyarah bagi mengukur tahap kefahaman pelajar. (Syed Sallehuddin Idid Syed Salim Idid dalam Ierwan Ismail, 2020)

1.4. Capaian internet menjadi perkara utama. Bukan semua yang belajar di IPT itu berduit. Ada tinggal di luar bandar itu miskin dan tidak berkemampuan membeli peranti elektronik internet. Pelajar menggunakan telefon bimbit terpaksa membeli data semasa mengakses internet. Mereka terpaksa berbelanja banyak untuk memudahkan komunikasi. Kekangan ini menghalang penyampaian proses PdP andragogi dan pedagogi. (Mohan Rathakrishnan,2020)

2. Tujuan kajian

2.1. Untuk mengenalpasti impak pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik secara dalam talian semasa pandemik Covid-19 terhadap prestasi murid Tingkatan 1 di daerah Rompin, Pahang.

3. Objektif kajian

3.1. Mengkaji perbezaan antara kelas secara bersemuka dan kelas dalam talian.

3.2. Mengenalpasti hubungan antara kefahaman murid semasa kelas dalam talian dengan prestasi murid.

3.3. Mengkaji hubungan antara tahap pencapaian subjek Matematik dengan prestasi murid dalam kalangan murid Tingkatan 1.

3.4. Mengenalpasti kekangan yang dihadapi oleh murid untuk mengikuti kelas dalam talian.

4. Hipotesis kajian

4.1. Tidak terdapat perbezaan antara kelas secara bersemuka dan kelas dalam talian.

4.2. Tidak terdapat hubungan antara perhatian murid semasa kelas dalam talian dengan prestasi murid.

4.3. Tidak terdapat hubungan antara tahap pencapaian subjek Matematik dengan prestasi murid dalam kalangan murid Tingkatan 1.

4.4. Tiada kekangan yang dihadapi oleh murid untuk mengikuti kelas dalam talian.

5. Batasan kajian

5.1. Responden yang dipilih adalah murid Tingkatan 1 di daerah Rompin sahaja.

5.2. Dapatan kajian adalah bergantung kepada kejujuran dan rasional responden semasa memberikan jawapan memandangkan instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik.

6. Rumusan

6.1. Membincangkan latar belakang kajian yang memberi penekanan terhadap pembelajaran secara dalam talian.

6.2. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid semasa pembelajaran dalam talian.

7. SAFARINA BINTI SALIM D20182085851

8. Pengenalan

8.1. Pendidikan adalah salah satu agenda besar yang boleh mempengaruhi kualiti dan ketamadunan sesebuah bangsa di dunia. (Husin Sarju, Rohana Hamzah dan Amirmudin Udin, t.t.)

8.2. Isu pendidikan berhadapan dengan pelbagai cabaran apabila penularan Covid-19 mula dikesan dalam negara sejak beberapa bulan lepas, terutama dari segi jadual pembelajaran para pelajar (Bernama, 2020)

8.3. Pendidikan merupakan tunjang pembangunan modal sosial dan ekonomi negara (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012)

9. Latar belakang kajian

9.1. Kerajaan mengisytiharkan penutupan sekolah supaya anak-anak kita tidak perlu pergi ke sekolah. Jadi mereka tidak akan bersentuhan dengan rakan-rakan yang mungkin membawa virus COVID-19. (Muhyiddin Mohd Yassin, 2020)

9.2. Sepanjang tempoh penutupan sekolah, pengajaran dan pembelajaran akan tetap diteruskan secara 'home-based learning' mengikut kesesuaian guru dan murid. (Latifah Arifin, 2020)

9.3. Pembelajaran online adalah sama seperti pembelajaran biasa yang melibatkan komunikasi antara tenaga pengajar dengan pelajar tetapi yang membezakannya ialah mereka tidak bertemu secara bersemuka malah bertemu melalui ruang maya. (Jabatan Pembangunan Kemahiran, 2020)

10. Soalan kajian

10.1. Apakah perbezaan antara kelas secara bersemuka dan kelas dalam talian?

10.2. Bagaimanakah tahap perhatian murid semasa kelas dalam talian?

10.3. Apakah tahap pencapaian subjek Matematik dalam kalangan murid Tingkatan 1?

10.4. Apakah kekangan yang dihadapi oleh murid untuk mengikuti kelas dalam talian?

11. Kepentingan kajian

11.1. Mengetengahkan konsep Pengajaran dan Pembelajaran Matematik secara dalam talian.

11.2. Mengkaji tahap kesediaan murid menghadapi perubahan dalam sistem pendidikan.

11.3. Mengenalpasti perkara yang perlu dipertingkatkan dalam sistem pendidikan.

12. Definisi operasional

12.1. Proses pengajaran dan pembelajaran

12.2. Pembelajaran secara bersemuka

12.3. Pembelajaran secara dalam talian.

12.4. Prestasi

12.5. Tahap pencapaian

12.6. Jurang digital

12.7. Internet

13. Rujukan