Peranan dan Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya di Sekolah

Comienza Ya. Es Gratis
ó regístrate con tu dirección de correo electrónico
Peranan dan Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya di Sekolah por Mind Map: Peranan dan Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya di Sekolah

1. Kepimpinan sekolah

1.1. Kejayaan institusi atau sekolah bergantung pada gaya kepimpinan pengurus sekolah.

1.2. Pengurus yang baik dapat mewujudkan iklim sekolah yang mesra, memotivasikan dan kerjasama sebagai sebuah pasukan.

1.3. Kerencaman sosiobudaya boleh dimanfaatkan untuk mencapai matlamat sekolah.

1.4. Saling kerjasama antara sekolah dan komuniti, khusus melalui peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dapat memanfaatkan sekolah.

2. Perancangan aktiviti

2.1. Pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan dalam membina perhubungan tersebut selain daripada sekolah/ Program Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu aktiviti yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran bagi memastikan perpaduan dipupuk di kalangan murid tanpa mengira latar belakang, agama, kaum, jantina dan sebagainya.

2.2. Pihak-pihak tertentu boleh menyumbangkan sokongan samada dalam bentuk moral ataupun material bagi mengembangkan lagi pengetahuan dan perpaduan di kalangan murid.

2.3. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah berusaha untuk mengatasi masalah kepelbagaian sosio-budaya melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah. Contoh: Aktiviti tersebut adalah Program Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP), gotong-royong perdana, sukan aneka tradisional, pesta perayaan mengikut kaum etnik dan sebagainya.

3. Jenis sekolah

3.1. Budaya berbeza memandangkan warga sekolah tertentu berbentuk etnosentrik (satu kaum/etnik).

3.2. Jenis-jenis sekolah yang mempunyai fokus yang berbeza turut mengamalkan budaya yang berbeza.

3.3. Sosiobudaya yang mempengaruhi amalan budaya di sekolah juga terbatas kepada etnik majoriti tersebut.

3.4. Kepelbagaian berdasarkan budaya mikro subetnik daripada aspek bahasa dan adat resam akan diwujudkan. Contoh: Murid dan guru di SJK Tamil terdiri daripada kaum Malayali, Tamil, Gujerati dan Sikh.

3.5. Kepelbagaian sosiobudaya juga dapat dilihat dari segi kelas sosial dan amalan adat resam serta kepercayaan agama.

3.6. Sosiobudaya bawaan warga sekolah mempengaruhi warna budaya sekolah berkenaan. Contoh: Budaya bersaing, bekerjasama, berfokus dan bermatlamat menjadi pegangan warga sekolah.

4. Lokaliti sekolah

4.1. Sekolah yang terletak di bandar, kebanyakannya disertai oelh pelbagai latar belakang sosiobudaya, iaitu kelas sosiol dan etnik.

4.2. Cabaran yang dihadapi di sekolah bandar juga memberi pelbagai kesan pengaruh daripada sosiobudaya temapatan.

4.3. Sekolah di luar bandar dan pedalaman biasanya merangkumi sau atau dua kaum etnik yang mempunyai taraf sosioekonomi yang rendah.

4.4. Budaya sekolah di luar bandar dan pedalaman dipengaruhi aspek sosiobudaya setempat yang terbatas. Sebab: Masalah kekurangan guru, pertukaran guru yang kerap dan prestasi pencapaian yang rendah sering dihadapi.