1. Guru melatih dan membiasakan murid dengan rutin kelas sejak minggu pertama.
2. Guru harus mengambil tahu cara pembelajaran murid yang paling efektif bagi setiap individu untuk menentukan kaedah dan teknik pengajaran yang memberi kesan optimum.
3. Memberikan aktiviti berkumpulan yang menjadikan murid berkoperatif dan kolaboratif.
4. Guru harus menyemai rasa kepercayaan dalam diri terhadap murid-muridnya serta proses dan modal pembelajaran dalam menjayakan pembelajaran inklusif.
5. Susunan tempat murid yang dekat dengan guru agar murid dapat mendengar arahan guru dengan jelas.
6. Sentiasa mengingatkan peraturan kelas kepada para murid. Misalnya, guru boleh melekatkan peraturan kelas pada papan putih.
7. Penggunaan pelbagai sumber untuk mengajar.
8. Kaedah pengajaran dan penilaian boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian dan kebolehan murid.
9. Bagaimana seorang guru itu dapat mewujudkan pengurusan bilik darjah inklusif yang berkesan dan kondusif kepada murid-murid berkeperluan khas?