BAB 8 : DEKOLONIALISASI

Comienza Ya. Es Gratis
ó regístrate con tu dirección de correo electrónico
BAB 8 : DEKOLONIALISASI por Mind Map: BAB 8 : DEKOLONIALISASI

1. Dualisme adalah suatu konsep yang berhubungan dengan kewujudan dua elemen yang berbeza pada suatu benda atau perkara

1.1. Moral - Legal

1.2. Seni - Sains

1.3. Spiritual - Material

1.4. Kuantitatif - Kualitatif

1.5. Subjektif - Objektif

1.6. Mind-Body Problem

2. KESAN DUALISME CARTESAN

3. DUALISME

3.1. ANTROPOSENTRISME

3.1.1. Berasal dari perkataan Yunani "anthropos" yang bermaksud manusia dan kepercayaan bahawa manusia adalah entiti paling penting di alam semesta. Menganggap manusia dari segi nilai dan pengalaman manusia.

3.2. EGOISME

3.2.1. Istilah "egoisme" berasal dari bahasa Latin "ego" yang bermaksud aku.

3.2.2. Diasaskan oleh Friedrich Wilhelm Nietzshe (1844-1900)

3.2.3. lndividu yang berpegang kepada falsafah ini percaya bahawa mereka harus mengambil keputusan yang dapat memaksimumkan manfaat dan faedah kepada diri sendiri.

3.3. EUROSENTRISME

3.3.1. Merujuk kepada kecenderungan untuk mentafsir sejarah dan budaya masyarakat bukan Eropah dari sudut pandangan Barat.

3.3.2. Satu bentuk teori peresapan budaya berpusatkan Eropah (Eurosentric diffusionism), yang mempercayai Eropah sebagai pencetus peradaban manusia di kawasan tertentu dan di seluruh dunia

3.3.3. Penjajahan Epistemologi

3.3.3.1. Membangunkan ilmu kolonial berasaskan kerangka epistemologi rasionalisme bagi membincangkan tentang agama, budaya.

3.3.3.2. Memperkenalkan konsep sekularisme dalam pemikiran masyarakat.

3.3.3.3. Penjajahan epistemologi mewujudkan karakter “epistemic arrogance”.

3.3.4. Penjajahan Manusia

3.3.4.1. Proses kolonialisasi bukan sahaja sebagai penakluk, tetapi juga sebagai pencetus kemajuan dan modenisasi.

3.3.4.2. Alasan kemunduran wilayah bukan Eropah bagi justifikasi kepada penjajahan kolonialisme.

3.3.5. Penjajahan wilayah atau tanah

3.3.5.1. Memenuhi inspirasi konsep kolonialisme yang dipengaruhi slogan 3G iaitu: "God, Glory and Gold"

4. Cartesian Dualism membahagikan kehidupan kepada dua ekstrem iaitu:

4.1. Berfikir sebagai sifat mutlak manusia

4.2. Alam benda sebagai makhluk tiada apa-apa nilai dan makna

5. IMPLIKASI KOLONISASI MELALUI GAGASAN EUROSENTRISME

5.1. Ketamakan Golongan Katipalis

5.1.1. Eurosentrisme dan kolonialisme menjadi pemangkin ketamakan kapitaliskapitalis global untuk memaksimumkan keuntungan mereka tanpa menghiraukan eksploitasi dan ketidakadilan kepada negara-negara yang dijajah.

5.2. Melebar Jurang Politik, Ekonomi Dan Sosial

5.2.1. Kolonialisme mengakibatkan kewujudan jurang pemisah antara negara-negara sebelah Utara (Eropah/Amerika Syarikat/Kanada) dengan negara sebelah Selatan (Asia/Afrika/Amerika Selatan/Tengah).

5.3. Menyemarakkan Proses Antropogenik

5.3.1. Aliran Egoisme dan saintisme memberikan kesan kepada kemusnahan ekologi dan alam sekitar disebabkan oleh penggunaan sains dan teknologi yang bersifat memusnah dan mencemarkan.

5.4. Antropogenik

5.4.1. Antropogenik ialah kesan atau akibat yang dihasilkan atau dibuat oleh manusia atau sesuatu yang berlaku disebabkan oleh aktiviti manusia.

5.4.2. Sumber Pencemaran

5.4.2.1. Pembakaran terbuka

5.4.2.2. Pembukaan tanah untuk pertanian

5.4.2.3. Peningkatan pengangkutan

5.4.2.4. Kepesatan industri

5.4.3. Kesan

5.4.3.1. Kemusnahan alam

5.4.3.2. Ekosistem

5.4.3.3. Eksploitasi alam

6. SEJARAH KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN DEKOLONIALISASI

6.1. Dekolonisasi Dunia Baharu

6.1.1. Bermula di Amerika Syarikat pada tahun 1776 dengan tercetus penentangan penduduk Amerika Utara terhadap British

6.1.2. Terbentuk negara Amerika Syarikat pada 4 Julai 1776 melalui Deklarasi kemerdekaan oleh 13 koloni British

6.1.3. Diikuti dengan pemberontakan hamba pada tahun 1791 terhadap Perancis di Saint-Dominque yang menyebabkan terbentuk Hati sebagai sebuah negara pada 1 Januari 1804

6.2. Dekoloniasai Dunia Lama

6.2.1. Tercetus dengan berlaku perang dunia pertama pada 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918

6.2.2. Kejatuhan empayar Tsar pada tahun 1917 membuka jalan kepada Revolusi Bolshevik yang akhirnya membentuk wilayah baharu "Union of Soviet Socialist Republic (USSR)" pada 29 Disember 1922

6.2.3. Menyaksikan kejatuhan Empayar Turki Uthmaniah pada tahun 1922 yang mengakibatkan wilayah taklukannya diisytiharkan negara merdeka

6.3. Dekoloniasai Dunia Ketiga

6.3.1. Muncul pada pertengahan tahun 1940 selepas tamat perang dunia kedua

6.3.2. Terdiri daripada 4 fasa utama

6.3.2.1. Fasa Pertama

6.3.2.1.1. Dimulai dengan kemerdekaan tanah jajahan British

6.3.2.2. Fasa Kedua

6.3.2.2.1. Bermula pada awal 1950-an dan berakhir pada 1960-an di mana pada era ini penjajahan kuasa Eropah telah berakhir di Asia (kecuali Hong Kong), Afrika Utara dan sebahagian besar kepulauan Carribean

6.3.2.3. Fasa Ketiga

6.3.2.3.1. Berlaku pada 1970-an dengan kejatuhan kuasa Kolonial Portugal di Afrika dan Timor Timur (Timor Laste)

6.3.2.4. Fasa Akhir

6.3.2.4.1. Kejatuhan blok komunis Kesatuan Soviet pada tahun 1990-an yang menyaksikan munculnya Order Baharu Dunia

7. DEKOLONISASI

7.1. Dekolonisasi dari segi istilah ialah proses pembebasan dari cengkaman kuasa penjajah dari sudut fizikal, material, ekonomi, politik, budaya, pemikiran, dan intelektual

7.2. Dekolonisasi dari segi bahasa ialah proses membebaskan sesuatu wilayah daripana kuasa penjajahan (penyahjajahan).

8. EPISTEMIC

9. Epistemic Arrogance

9.1. Kesombongan dan kemegahan intelektual

9.2. Fokus kepada agenda 3 H

9.2.1. Head (Intellectual)/ Kognitif

9.2.2. Heart (Spiritual)/ Afektif

9.2.3. Hand (Physical)/ Psikomotor

10. Epistemic Humility

10.1. Perasaan rendah diri dan tawaduk

10.2. Melahirkan insan bersepadu:

10.2.1. Semakin berisi, semakin tunduk

10.2.2. Sintesis ilmu dan amal

10.2.3. Insan Berilmu Bersepadu

11. FAKTOR KEMUNCULAN DEKOLONIALISASI

11.1. Perang Dunia Kedua di peringkat global di mana empayar dan kuasa besar dunia menjadi oencetus utama dekolonisasi. Kuasa penjajah Eropah yang tewas seperti British dan Perancis tidak lagi mempunyai kekayaan bagi membiayai aktiviti ekonomi dan politik di tanah jajahan mereka.

11.2. Amerika Syarikat dan Soviet Union yang merupakan kuasa besar baharu selepas Perang Dunia Kedua menentang idea kolonialisme Eropah. Ini membuka ruang yang luas kepada negara - negara di Dunia Ketiga khasnya untuk membangun dengan acuan sendiri.

11.3. Diperingkat lokal, gerakan pembebasan dan kemerdekaan yang muncul di wilayah jajahan kuasa besar tidak dapat dibendung. Gerakan antikolonial dan haluan kiri mempercepatkan proses dekolonisasi daripada dominasi kuasa penjajah.