Comienza Ya. Es Gratis
ó regístrate con tu dirección de correo electrónico
TALAQ por Mind Map: TALAQ

1. DALIL HARUS TALAQ

1.1. Firman Allah subhanahu wata‘ala: Maksudnya: “Cerai (talaq) itu dua kali, selepas itu peganglah isteri kamu (ruju‘ dan kekallah) dengan cara yang baik atau lepaskanlah dengan cara yang baik.” (Surah Al-Baqarah, 2:229) Hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anh yang bermaksud: “Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah menceraikan isterinya Hafsah kemudian Baginda meruju`nya semula.” (Riwayat Abu Daud, An-Nasa’i dan Ibnu Majah)

2. RUKUN DAN SYARAT TALAQ

2.1. 1. Suami. Syarat-syarat suami ialah:

2.1.1. a) Mestilah seorang lelaki itu telah menjadi suami melalui perkahwinan yang sah, tidak jatuh talaq jika belum berkahwin atau setelah bercerai dan habis ‘iddah. b) Hendaklah dalam keadaan sedar, tidak jatuh talaq jika sekiranya gila, pengsan, mengigau dan pitam kecuali mabuk yang disebabkan meminum minuman keras dengan sengaja. c) Baligh. d) Dengan rela hati dan tidak dipaksa, tidak jatuh talaq jika diugut menceraikan isteri.

2.2. 2. Isteri. Syarat-syarat isteri:

2.2.1. a) Perempuan yang diceraikan hendaklah menjadi isteri yang sah semasa diceraikan. b) Talaq akan bertambah lagi jika suami mentalaqkan isteri yang di dalam ‘iddah perceraian talaq satu.

2.3. 3. Sighah (lafaz). Sighah talaq terbahagi kepada dua:

2.3.1. a) Lafaz sarih (terang), iaitu yang diucapkan dengan terang dan jelas. Lafaz sarih ini terbahagi kepada tiga ucapan seperti berkata: “Aku ceraikan engkau talaq satu”, “Aku lepaskan kau” dan “Aku talaqkan kau”. Talaq dengan lafaz yang seperti ini akan jatuh talaqnya walaupun tanpa niat. b) Lafaz kinayah (lafaz kiasan), iaitu cerai yang dilafazkan menggunakan bahasa sindiran seperti berkata: “Engkau haram atas diriku” atau “Pergilah balik ke rumah emak bapak kamu”. Lafaz kinayah ini akan jatuh talaq jika suami berniat menceraikan isterinya.

2.4. 4. Qasad (niat).

3. HUKUM TALAQ

3.1. Hukum menjatuhkan talaq pada asalnya diharuskan dalam Islam, tetapi ia akan berubah menjadi: 1. Wajib: Setelah rumahtangga itu gagal diperbaiki dengan keputusan hakim atau suami telah bersumpah untuk menceraikan isterinya. 2. Haram: Menceraikan isteri semasa isteri di dalam waktu haidh atau ketika suci tetapi baru disetubuhi. 3. Sunat: Jika suami tidak dapat menyempurnakan nafkah batin. 4. Makruh: Boleh menjadi haram jika menceraikan isteri tanpa sebab yang munasabah. Islam menetapkan hanya suami sahaja yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan talaq. Walaubagaimanapun, isteri juga diberikan hak untuk memohon cerai dengan cara fasakh atau khul‘ (tebus talaq).

4. PEMBAHAGIAN TALAQ

4.1. 1. Talaq raj‘i,

4.1.1. iaitu talaq yang boleh diruju‘ kembali tanpa perlu akad nikah iaitu ketika isteri dalam waktu ‘iddah (sebelum tiga kali suci daripada haidh).

4.2. 2.Talaq ba’in

4.2.1. a) Ba’in sughra ialah talaq yang tidak boleh diruju‘ oleh suami kecuali diadakan akad nikah semula iaitu perceraian sama ada melalui fasakh, khul‘ atau talaq isteri yang belum disetubuhi. c) Ba’in kubra ialah talaq yang tidak boleh diruju‘ kembali dengan cara biasa melainkan setelah syarat berikut dipenuhi: i. Setelah selesai ‘iddah si isteri. ii. Bekas isteri berkahwin dengan suami lain. iii. Suami lain menyetubuhi bekas isteri itu dan berlaku perceraian. iv. Selesai ‘iddah dari suami yang lain itu.