APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM

登録は簡単!. 無料です
または 登録 あなたのEメールアドレスで登録
APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM により Mind Map: APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM

1. Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Aqidah(59:41)/(2:177)

1.1. Kemuliaan akhlak adalah tanda keimanan seseorang kerana ia adalah hasil dari keimanannya. (Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan. (Hadis riwayat Ad-Dailami)

1.2. Akhlak mulia yang dimiliki oleh seseorang hamba merupakan amalan yang paling berat dalam timbangan di hari kiamat nanti (Tidak ada sesuatu yang lebih berat di atas neraca timbangan seorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang baik. (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi).)

1.3. Sifat-sifat Akhlak Seorang Muslim

1.3.1. Bersifat warak dari melakukan perkara-perkara yang syubhat.

1.3.1.1. mestilah menjauhkan dirinya dari segala perkara yang dilarang oleh Allah dan juga perkara-perkara yang samar-samar di antara halal dan haramnya

1.3.2. Memelihara Penglihatan

1.3.2.1. muslim itu mestilah memelihara dirinya dari melihat perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah kerana pandangan terhadap sesuatu (yang menarik itu) boleh merangsang syahwat (24:30)

1.3.3. Memelihara Lidah

1.3.3.1. muslim mestilah memelihara lidahnya dari menuturkan kata-kata yang tidak berfaedah, perbuatan-perbuatan yang buruk dan kotor, percakapan-percakapan kosong, mengumpat keji dan mengadu domba. Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya. (Hadis Riwayat Tirmizi).

1.3.4. Bersifat Pemalu

1.3.4.1. mestilah bersifat pemalu dalam setiap keadaan.

1.3.4.2. sifat pemalu seseorang:

1.3.4.2.1. tidak masuk campur urusan orang lain

1.3.4.2.2. memelihara pandangan,

1.3.4.2.3. merendah diri,

1.3.4.2.4. tidak meninggikan suara ketika bercakap

1.3.4.2.5. berasa cukup serta memadai sekadar yang ada serta sifat-sifat seumpamanya

1.3.4.3. Yang bermaksud: Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang, maka yang paling utama ialah ucapan Lailaha Illallah (Tidak ada tuhan yang sebenarnya melainkan Allah) dan yang paling rendah ialah membuang duri dari jalan dan sifat malu ialah satu cabang dari iman. (Hadis riwayat Baihaqi).

1.3.5. Bersifat Lemah-lembut dan Sabar:

1.3.5.1. wajib tertanam di dalam diri seseorang Muslim ialah sifat sabar dan lemah-lembut kerana kerja-kerja untuk Islam akan berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak menyenangkan,

1.3.6. Arahan-arahan Dari Al-Quran

1.3.6.1. 42:43 15:85 39:10 24:10 25:63

1.3.7. Arahan-arahan dari hadis-hadis Nabi

1.3.7.1. Sabda Rasulullah s.a.w: Yang bermaksud: Sesungguhnya seorang hamba itu akan mencapai darjat orang-orang yang berpuasa serta bersembahyang malam dengan sifat lemahlembutnya. (Hadith riwayat Tirmizi daripada ‘Aishah dan Abdul Qadir al-Arnaut berkata: Sanadnya sahih) Sabda Rasulullah s.a.w: Yang bermaksud: Mahukah aku memberitahu kamu suatu perkara yang dengannya Allah akan memuliakan binaan (kedudukan seseorang) dan mengangkatnya kepada beberapa darjat ketinggian. Mereka menjawab: Ya! Wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Berlemah-lembutlah kamu terhadap orang jahil, maafkanlah orang yang menzalimi kamu, hulurkanlah pemberian kepada orang yang menahan pemberiannya kepadamu dan sambunglah hubungan silaturahim terhadap orang yang memutuskannya terhadap kamu. (Hadith riwayat At-Tabrani dan Al-Bazzar)

1.3.8. Contoh-contoh Praktikal Dari Nabi-nabi

1.3.8.1. Pada hari peperangan Hunain seorang (yang tidak puas hati dengan pembahagian rampasan perang) berkata: "Demi Allah, sesungguhnya ini adalah pembahagian yang tidak adil dan tidak bertujuan mendapat keredaan Allah". Setelah diceritakan kepada Rasulullah s.a.w, baginda bersabda: Yang bermaksud: Semoga Allah merahmati Nabi Musa kerana ia disakiti lebih dari ini tetapi ia sabar. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibn Mas’ud) Abu Hurairah menceritakan: Yang bermaksud: Bahawa seorang Arab Badwi telah berkata kepadanRasulullah s.a.w: "Wahai Muhammad! Bawalah gandum ke atas dua ekor untaku, kerana kalau engkau buat begitu ia bukan harta engkau dan bukan juga harta bapa engkau". Kemudian dia menarik kain selendang Rasulullah s.a.w meninggalkan kesan kemerahan di leher baginda. Lalu Rasulullah s.a.w memerintahkasupaya membawa kepada Badwi tersebut seguni gandum dan tamar.

1.3.9. Bersifat Benar dan Jujur.

1.3.9.1. muslim itu mestilah bersifat benar dan tidak berdusta. Berkata benar sekalipun kepada diri sendiri kerana takut kepada Allah dan tidak takut kepada celaan orang.

1.3.10. Bersifat Rendah Diri

1.3.10.1. muslim mestilah bersifat tawaduk atau merendah diri khususnya terhadap saudara-saudaranya yang muslim dengan cara tidak membezakan “Tidak akan memasuki syurga sesiapa yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarrah (sedikit) sifat takbut.” (Hadis riwayat Muslim).

1.3.11. Menjauhi Sangka Buruk dan Mengumpat

1.3.11.1. Menjauhi sangka buruk, mengumpat dan mengintai-intai keburukan orang lain(49:12)/(33:58)

1.3.12. Bersifat Pemurah.

1.3.12.1. mestilah bersifat pemurah, sanggup berkorban dengan jiwa dan harta bendanya pada jalan Allah (8:3)/(2:272)

1.3.13. Qudwah Hasanah (Suri Teladan Yang Baik)

1.3.13.1. seorang muslim mestilah menjadikan dirinya contoh ikutan yang baik kepada orang ramai. Segala tingkah-lakunya adalah menjadi gambaran kepada prinsip-prinsip Islam

2. Saya Mestilah Bersifat Seorang Muslim Terhadap Keluarga Saya

2.1. menganut agama Islam, saya wajib menjadi seorang pendukung risalah ini di dalam kehidupan bahkan saya wajib menjadikan seluruh kehidupan saya mematuhi segala arahan risalah ini Yang bermaksud: "Barang siapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil peduli urusan umat Islam maka ia bukan dari golongan mereka". (Hadith riwayat al- Baihaqi dalam “Shuab al-Iman”, at-Tabari, Abu Nua’im dalam “Hilyah” dan al- Hakim.) Saya mestilah menyampaikan risalah Islam kepada "masyarakat kecil saya" yang terdiri dari ahli-ahli keluarga saya (26:213-215)

2.2. Tanggungjawab Sebelum Berumah-tangga.

2.2.1. mestilah memastikan perkahwinan saya adalah kerana Allah atau dengan kata lain membina rumah-tangga muslim, untuk melahirkan keturunan yang salih,(3:34)

2.2.2. menjadikan tujuan perkahwinan saya adalah untuk menjaga pandangan saya, memelihara kemaluan saya serta bertakwa kepada Allah "Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya maka bertakwalah ia pada separuh yang lain". (Hadis riwayat oleh Al-Tabrani Fil-Ausath)

2.2.3. mestilah memilih bakal isteri yang baik kerana dengannyalah saya berkongsi hidup dan menjadi teman dalam perjuangan, "Pilihlah untuk keturunanmu (wanita yang baik) kerana sesungguhnya keturunan itu menjadi pertikaian. Dalam satu riwayat yang lain dikatakan: Keturunan itu menjadi desas-desus". Dalam satu lagi riwayat yang lain disebut: "Hendaklah engkau berkahwin dengan orang sekupu dan kahwinkanlah (anak-anakmu) dengan yang sekupu. (Hadith riwayat Ibn Majah dan Abu Mansur ad-Dailami dalam Musnad al-firdaus)

2.2.4. memilih wanita yang baik akhlak dan pegangan agamanya sekalipun ia mungkin tidak punya harta kekayaan dan kecantikan "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana kecantikannya kerana bole jadi kecantikan itu akan membinasakannya, janganlah kamu mengahwini mereka kerana kekayaannya, kerana mungkin kekayaan itu merosakkannya tetapi kahwinilah mereka atas dasar pegangan agamanya. Hamba perempuan yang rabik dan hodoh tetapi baik agamanya adalah lebih utama". (Hadis riwayat Ibnu Majah)

2.2.5. mestilah berhati-hati supaya tidak menyalahi perintah Allah dalam urusan ini,

2.3. Tanggungjawab Selepas Berumah-tangga.

2.3.1. pemilihan bagi mendapatkan isteri yang baik oleh saya tidaklah bererti terlepasnya tanggungjawab terhadapnya selepas perkahwinan. Malah tanggungjawab yang lebih besar segera bermula sebaik sahaja saya berumah-tangga

2.3.2. mestilah berlaku baik terhadapnya dan memuliakan dalam hubungan muamalah untuk membina jambatan saling mempercayai di antara saya dengannya sebagaimana "Orang yang paling baik di antara kamu adalah orang yang paling baik perlakuan terhadap isterinya dan akulah orang yang paling baik perlakuan terhadap isteri". (Hadith riwayat Tirmizi daripada ‘Aisyah)

2.3.3. Hubungan saya dengan isteri tidak seharusnya terbatas kepada hubungan di tempat tidur dan melepaskan keinginan syahwat sahaja. Malah hubungan antara kami itu mestilah hubungan yang dapat menjalinkan persefahaman dalam pemikiran, kejiwaan dan kasih sayang. (20:132)

2.3.4. Selain dari perkara-perkara di atas, seluruh hubungan saya dengan isteri saya mestilah tidak terkeluar dari batas-batas syariat. "Tidak ada seorang yang tunduk menurut kehendak wanita melainkan Allah mencampakkannya ke dalam neraka".

2.4. Tanggungjawab Bersama Dalam Mendidik Anak-anak.

2.4.1. memandang berat dalam urusan mendidik anakanak serta menggesa supaya mencari sebab-sebab, norma-norma serta udara yang baik untuk menjamin terlaksana tarbiah yang baik. "Seorang yang mendidik anaknya (dengan baik) adalah lebih baik dari bersedekah dengan secupak". (Diriwayatkan oleh Al-Tirmizi).

3. saya mestilah muslim di sudut aqidah

3.1. beriman yang allah tidak memerlukan kepada pertolongan, buktinya daripada Allah (21:22)

3.2. beriman kepada allah yang menciptakan alam tidak sia2 (23:115-116)

3.3. beriman yang Allah mengutuskan para rasul tujuan untuk mengajarkan, memahami, matlamat penciptaan dan mengetahui asal usul (16:36)

3.4. beriman kewujudan manusia adalah mengenali Allah dengan memberi ketaatan kepadanya (51:56-58)

3.5. beriman bahawa ganjaran ornag2 yang beriman adalah syurga dan balasan adalah neraka (42:7)

3.6. beriman kejahatan dan kebaikan itu berpunca dari diri sendiri (91:7-10)/ (74:38)

3.7. beriman urusan perundangan milik allah dan manusia tidak nak mendahului atau nak membelakangi (42:10)

3.8. beriman untuk tahu nama-nama dan sifat-sifat allah yang mulia ("Allah s.w.t mempunyai sembilan puluh sembilan nama, kurang satu seratus.Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukai (bilangan) yang ganjil." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim))

3.9. berfikir merenungi kehebatan kejadian-kejadian Allah, bukan memikirkan tentang ZatNya ("Berfikirlah kamu tentang makhluk ciptaan Allah dan janganlah kamu memikirkan tentang ZatNya kerana kamu tidaklah mengetahui keadaan sebenarnya." (Hadis diriwayatkan oleh Abu Nu'aim di dalam Al-Halyah dan Al- Asbahani meriwayatkannya di dalam Al-Taghrib wa Al-Tarhib)

3.10. Berhubung dengan sifat-sifat Allah s.w.t terdapat banyak ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim

3.11. mesti meyakini bahawa pendapat dan pandangan para salaf adalah lebih utama untuk diikuti supaya dapat menyelesaikan perbahasan tentang penta'wilan dan pentha'thilan sesetengah ayat suci Al-Quran,

3.12. mesti mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata tidak menyekutukan dengan yang lain dan ittiba’ rasul (16:36)

3.13. mestilah takut hanya kepadaNya dan tidak takut kepada yang lain. (24:52)/ (67:12)

3.14. sentiasa mengingati Allah dan berzikir menyebut namaNya untuk menjadikan diam saya itu adalah dalam keadaan berfikir dan apabila bercakap adalah kerana berzikir.(13:28)/(43:36-37)

3.15. wajib menyintai Allah dengan sebenar-benar cinta. Cinta yang menjadikan hati saya sentiasa merasa rindu dan terikat denganNya. (9:24)

3.15.1. hadis halawatul iman

3.15.1.1. Jika ia mencintai Allah dan rasulNya mengatasi kasihnya kepada yang lain

3.15.1.2. Jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan kerana Allah

3.15.1.3. Jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka.

3.16. bertawakal sepenuhnya kepada Allah dalam setiap keadaan dan menyandarkan setiap urusan kepadanya. (65:3)

3.17. mestilah mensyukuri nikmat-nikmatnya ke atas diri saya yang merupakan kurniaan dan rahmat yang tidak terhitung jumlahnya.(16:78)/(36:33-35)

3.18. Allah s.w.t telahpun menambahkan kurnianya kepada orangorang yang bersyukur dan mengugut akan menambah kerugian terhadap golongan yang ingkar.(14:7)

3.19. mestilah sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada Allah (4:110)/(3:135)

3.20. mestilah sentiasa bermuraqabah (merasai berada di bawah pengawasan) dengan Allah s.w.t dalam keadaan terang mahupun tersembunyi (58:7)

4. saya mesti muslim dari sudut ibadah (51:56-58)

4.1. mestilah memastikan 'ibadah saya mempunyai hubungan dengan Tuhan yang disembah ("Baha engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya, jika engkau tidak melihatnya (sekalipun) sebenarnya Ia melihat engkau (Hadis Muttafaqun Alaih)

4.2. mestilah melakukan 'ibadah dengan penuh khusyuk sehingga saya dapat merasai kelazatan serta kemanisannya ("Adalah Rasulullah s.a.w berbicara dengan kami dan kami juga berbicara dengannya tetapi bila tiba sahaja waktu sembahyang ia seolah-olah tidak mengenali kami dan kami pula tidak mengenalinya." (Hadis diriwayatkan oleh Al-Azdi)

4.2.1. Kekhusyukan inilah yang diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w:

4.2.1.1. "Berapa ramai orang yang mengerjakan sembahyang, habuan yang ia terima hanyalah penat dan lelah. (Hadis Riwayat Al-Nasa'i)

4.2.1.2. "Berapa ramai orang yang berpuasa, ia tidak memperolehi apa-apa ganjaran kecuali lapar dan dahaga. (An-Nasa’I dan Ibn Majah daripada Abu Hurairah)

4.3. mestilah beribadah dalam keadaan hati saya merasai kehadiran Allah, membuang dan melupakan kesibukan dunia dan hiruk-pikuknya ("Allah s.w.t tidak memandang kepada sembahyang seorang lelaki yang mengerjakan tanpa kehadiran hati berserta gerak badannya." (Hadith ini diriwayatkan juga oleh Abu Mansur Ad-Dailami dlam “Musnad Al- Firdaus” daripada Ubayy Ibn. Ka’ab dan sanadnya da’if.)

4.4. Saya mesti beribadat dalam keadaan sentiasa ingin menambahnya, tidak merasa cukup dan tidak kenyang (ms 32)

4.5. mestilah mengambil berat terhadap ibadat qiamullail (sembahyang malam) serta melatih diri melakukannya sehingga ia menjadi satu kebiasaan.(73:6)/ (51:17-18)

4.6. mestilah meluangkan waktu tertentu untuk membaca Al-Quran dengan cara merenungi maksud dan pengajarannya terutama di waktu dhuha (17:78)

4.7. mestilah menjadikan doa sebagai perantaraan dengan Allah di dalam setiap urusan hidup kerana doa adalah otak bagi segala 'ibadah. ("Mintalah doa kepadaku, nescaya aku akan memperkenankan permintaanmu".)

4.7.1. Doa ketika hendak tidur

4.7.2. Doa ketika bangun dari tidur.

4.7.3. Doa ketika memakai pakaian dan menanggalnya.

4.7.4. Doa ketika keluar dari rumah dan memasukinya.

4.7.5. Doa ketika berjalan ke Masjid

4.7.6. Doa ketika memasuki masjid.

4.7.7. Doa ketika keluar dari masjid.

4.7.8. Doa ketika hendak makan.

4.7.9. Doa setelah selesai makan

4.7.10. Doa ketika memasuki tandas.

4.7.11. Doa ketika keluar tandas.

4.7.12. Doa sebelum bersetubuh.

4.7.13. Doa ketika tidak dapat tidur.

4.7.14. Wirid selepas sembahyang.

4.7.15. Doa ketika selesai majlis.

4.7.16. Doa ketika menaiki kenderaan.

4.7.17. Doa ketika bermusafir.

4.7.18. Doa ketika hujan turun

4.7.19. Doa ketika mendengar guruh.

4.7.20. Doa ketika melihat anak bulan

4.7.21. Doa kepada pengantin.

4.7.22. Doa ketika melihat kanak-kanak.

4.7.23. Doa ketika menziarahi orang sakit.

4.7.24. Doa ketika dukacita.

4.7.25. Doa takziah kematian.

4.7.26. Doa dalam sembahyang jenazah.