BAB 2: TAMADUN ISLAM

TITAS MPU 3122 - MINDMAP BAB 2 : TAMADUN ISLAM

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
BAB 2: TAMADUN ISLAM by Mind Map: BAB 2: TAMADUN ISLAM

1. 3. SUMBER-SUMBER TAMADUN ISLAM

1.1. WAHYU

1.1.1. AL-QURAN + Wahyu yg diturunkan oleh Allah swt kpd Rasulullah saw melalui malaikat Jibrail. + Mukjizat yg mengandungi prinsip2 asas Islam dan ilmu pengetahuan merangkumi ilmu kerohanian dan kebendaan yg menjadi teras membangunkan tamadun. + Tidak boleh dipertikaikan kesahihannya. + Merangkumi 3 hubungan -hubungan manusia dengan manusia -hubungan manusia dengan tuhan -hubungan manusia dengan alam sekitar

1.1.2. AL-SUNNAH / AL-HADITH + Segala yang disandarkan kepada Rasulullah saw pada perbuatan, percakapan dan pengakuan. + Sumber kedua selepas al-Quran + Menjelaskan keterangan al-Quran serta memberikan gambaran tentang tujuannya + Menegaskan hukum yang terdapat dalam al-Quran + Mengeluarkan hukum-hukum berdasarkan hadis yang sahih + Mentafsirkan al-Quran + Membincangkan hal ibadah, kewajipan membayar zakat, munakahat, pendidikan dan alam sekitar.

1.2. IJTIHAD

1.2.1. + “Pencurahan daya pemikiran secara maksimum untuk mendapatkan hukum syara’ mengenai suatu masalah yang tidak terdapat hukumnya dalam al-Qur’an & Sunnah”. + Ijtihad dilakukan dengan syarat-syarat ketat berasas panduan al-Qur’an & Sunnah oleh ulama’ Islam + Menetapkan hukum-hakam baru selaras perkembangan masa dan tempat. Ijtihad = sistem berfikir dinamik

1.3. TAMADUN DAN BUDAYA LAIN

1.3.1. Islam terbuka & tak menolak hasil tamadun asing yang tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam Nilai luar diasimilasikan melalui proses interaksi yang sihat. Cth Khalifah Umar al-Khattab ubahsuai sistem pentadbiran Rom ikut ajaran Islam

2. 4. PANDANGAN SEMESTA ISLAM

2.1. ~ Konsep mengenai alam semesta secara keseluruhan dilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi nilai tertentu. ~ Terdapat dalam al-Qur’an & al-Sunnah Tidak terbatas kepada bangsa, suku, warna kulit; meliputi semua aspek kehidupan manusia & alam ~ 3 konsep penting dibincangkan; Konsep Keimanan, Kekuasaan dan Kemanusiaan

2.1.1. KONSEP KEIMANAN IMAN - Bahasa: kepercayan yg teguh di dlm hati tentang kewujudan Allah & sifat2 kesempurnaanNya. - Istilah: mengaku dgn hati, berikrar dgn lidah & melakukan dgn anggota segala suruhan Allah & meninggalkan laranganNya.

2.1.2. KONSEP KEKUASAAN Al-Quran jelas menerangkan: - Allah S.W.T. adalah Pencipta, Penguasa & Pemilik mutlak kpd alam ini termasuklah diri manusia. - Manusia hanya sbg khalifah atau pemegang amanah yg tidak mempunyai kuasa mutlak dalam menguruskan alam ini. - Pelanggaran terhadap hukum2 tersbt akan meletakkan diri manusia dlm kebinasaan & mendpt balasan drpd Allah S.W.T.

2.1.3. KONSEP KEMANUSIAAN + Manusia dari perspektif Islam ialah makhluk mukallaf iaitu makhluk yang diberi tanggungjwb @ kewajipan2 tertentu yang diamanahkan + Kedudukan manusia dlm alam semesta ini adalah tinggi berbanding makhluk2 yang lain. + Tanggungjwb manusia adalah menjaga hubungan dgn Allah S.W.T., hub sesama manusia; t/jwb terhadap diri sendiri, masyarakat & negara & hubungan dgn alam semesta. +Ukuran kemuliaan manusia di sisi Tuhan adalah ketakwaan.

3. 5. ASAS TAMADUN ISLAM

3.1. 1- Akidah (Kepercayaan) + Bermaksud kepercayaan @ keimanan kpd hakikat @ nilai2 mutlak, tetap & kukuh dlm jiwa setiap orang Islam. + 2 aspek penting: ASPEK KEPERCAYAAN & ASPEK KAEDAH

3.1.1. ASPEK KEPERCAYAAN: + Perkara asas yg wajib diimani & diyakini + 6 aspek kepercayaandijelaskan di dlm al-Quran & Sunnah; 1) Beriman kpd Allah S.W.T. 2) Beriman kpd Malaikat 3) Beriman kpd Rasul 4) Beriman kpd Kitab 5) Beriman kpd hari Akhirat 6) Beriman kpd Qadak & Qadar

3.1.2. ASPEK KAEDAH: + 3 prinsip kriteria asas: - aspek kesatuan; akidah merupakan paksi penyatuan fikiran manusia dalam semua aspek kehidupan yg sama iaitu mencari keredaan Allah S.W.T. - aspek rasional; Akidah disandarkan juga kpd penggunaan akal fikiran logika yg rasional, dengan syaratnya: A) Menolak semua yg tidak bersesuaian dgn realiti B) Menolak pertentangan antara akal dgn wahyu C) Bersifat terbuka kpd penemuan baru - aspek toleransi; Hendaklah berlandaskan 2 prinsip; akidah & syariah

3.2. 2- Syariah (Hukum/Praktis)

3.2.1. > Syariah: undang2, aturan2 & ketetapan2 Allah S.W.T > Keistimewaan syariah: 1) Sempurna 2) Lengkap 3) Bersifat bersepadu 4) Universal 5) Mendapatkan keredaan Allah S.W.T. 6) Tetap > Manifestasi Syariah: i) Memelihara agama ii) Memelihara nyawa iii) Memelihara akal iv) Memelihara kehormatan & keturunan v) Menjaga harta benda

3.3. 3- Akhlak (Moral)

3.3.1. DEFINISI + Perkataan Arab: khuluk = budi pekerti, tingkah laku & tabiat + Menurut Imam al-Ghazali: sifat yg tertanam di dlm jiwa seseorang & drpdnya terbentuk perbuatan dgn mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu. + Aspek islam: sikap rohaniah yg memuliakan tingkah laku manusia terhadap Allah S.W.T., terhadap diri sendiri & makhluk lain.

3.3.2. + Prinsip Akhlak: universal, terperinci & tidak boleh diubahsuai + Bahagian: MAHMUDAH & MAZMUMAH + Sebab penekanan akhlak dalam islam: i) akhlak merupakan ciri yg membezakan manusia dgn haiwan ii) seseorang yg mempunyai ketinggian akhlak juga mempunyai darjat keislaman & keimanan yg tinggi iii)banyak tamadun yg telah runtuh & menjadi sejarah disebabkan oleh kepincangan & kerosakan akhlak manusia iv) tujuan nabi Muhammad S.A.W. diutuskan adalah utk menyempurankan akhlak yg mulia

4. 1. DEFINISI ISLAM

4.1. MENURUT BAHASA ARAB – SALIMA – BEBAS DARI BAHAYA SALLAMA – HORMAT, MENYERAH & MENGAKUI, PATUH ASLAMA – BERSERAH DIRI & PASRAH TASALLAMA – MENERIMA & RELA Bahasa: difahami sebagai tunduk, patuh, menyerah diri dan sejahtera Istilah: Taat kepada Allah S.W.T dengan sepenuh hati tanpa ragu serta tunduk dan patuh kepada segala perintah-Nya

4.2. Pengertian Islam dalam Islam - berasal dari ‘AS-SILMU; “DAMAI” - berasal dari “ASLAMA”; MENYERAH DIRI

4.3. Islam dalam al-Hadith "Islam ialah dengan engkau mengucap dua kalimah syahadah (tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah), mendirikan solat, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji bila berkemampuan."

4.4. Islam menurut pendapat ulama Syed Qutb; kumpulan peraturan yang diturunkan Allah kepada Rasulnya, baik peraturan yang berbentuk kepercayaan, akhlak, ibadat, muamalat dan sejarah yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya

5. 2. KONSEP TAMADUN ISLAM

5.1. ASAL PERKATAAN TAMADUN =Maddana, Tamaddana, Madani Madani - Tekankan pembangunan dan kemajuan yang seimbang antara budaya material (kebendaan) dan budaya bukan material (kerohanian) -Said Hawa “Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya relevan dengan kebudayaan itu.” Abu Bakar Hamzah “Sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan yang lahir daripadanya sama ada sesuatu yang bersifat bukan kebendaan ataupun sebaliknya.”

6. 6. KONSEP KEHIDUPAN MANUSIA MUSLIM

6.1. PERINGKAT KEHIDUPAN MANUSIA

6.1.1. ALAM ROH > Alam yang tidak dapat dikaji dengan akal tetapi boleh diketahui menerusi wahyu. > Hakikat alam roh: Menurut Islam, manusia telah mengakui keesaan Allah di alam roh.

6.1.2. ALAM JANIN > Alam janin adalah merupakan proses pertemuan roh dan jasad selama empat bulan, dari setitis mani, segumpal darah, seketul daging, terbentuk tulang temulang, dibaluti daging dan ditiupkan roh. > Hakikat alam janin: Apabila roh ditiupkan ke dalam diri janin, ditentukan empat perkara apabila di dunia iaitu ajal, rezeki, jodoh, kesudahan hidupnya. Pembentukan dan pertumbuhan yang berlaku dalam alam ini akan mempengaruhi kehidupan di dunia.

6.1.3. ALAM DUNIA > Ujian sama ada kembali kepada fitrahnya sebagaimana di alam roh atau menolak fitrah asalnya. > Berusaha mencapai ketetapan yang terbaik dalam hidup atau berserah kepada taqdir dan menurut runtunan nafsu semata-mata. > Fasa kehidupan manusia diberi pilihan untuk melakukan kebaikan atau sebaliknya dan alam ini akan menjadi penentu kehidupan di alam Barzakh dan alam Akhirat.

6.1.4. ALAM BARZAKH > Peringkat terpisahnya roh dari jasad manusia. > Menjelaskan hakikat sebuah kematian seseorang manusia dimana Kebahagiaan atau kesengsaraan bergantung kepada amalan yang ditinggalkan semasa di dunia. > Alam roh tidak akan mempengaruhi alam dunia seperti penjelmaan semula, berinteraksi dengan alam dunia, berkuasa terhadap kehidupan manusia yang masih hidup di dunia.

6.1.5. ALAM AKHIRAT > Kehidupan setelah kehancuran dunia. Manusia dihidupkan semula apabila bertemu roh dan jasad untuk diberikan ganjaran atau balasan terhadap amalan di dunia. > Kehidupan alam akhirat adalah merupakan penghujung kehidupan manusia yang kekal abadi. > Seluruh manusia dihimpunkan di padang mahsyar, dihisab, diberi syafa’at, melalui titian, dan akhirnya ditempatkan sama ada di syurga yang penuh kenikmatan atau di neraka yang penuh kesengsaraan.

6.2. CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM i) Berifat Rabbani ii) Sesuai dengan fitrah dan akal manusia iii) Tidak Membebankan iv) Sempurna dan menyeluruh v) Kesimbangan – rohani dan jasmani vi) Sepanjang masa vii) Terbuka dan toleransi viii) Kesatuan dalam kepelbagaian

6.3. SUMBANGAN TAMADUN ISLAM 1) Akidah 2) Sosial 3) Ekonomi 4) Politik 5) Ilmu Pengetahuan 6) Kesenian