POTRET HUBUNGAN ETNIK

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
POTRET HUBUNGAN ETNIK by Mind Map: POTRET HUBUNGAN ETNIK

1. Teori Ekologi

1.1. Pengasas teori : Sarjana sosiologi, Robert E. Park pada 1950

1.1.1. Kesedaran individu akan ciri-ciri status yang membezakan mereka dalam perhubungan persaingan.

1.1.2. Penghijrahan termasuk dalam perhubungan yang berlainan & manusia yang memiliki fenotaip berbeza

1.1.3. Manusia yang berstatus tinggi tidak bersaing dengan mereka yang berstatus rendah

1.1.4. Prejudis digunakan oleh kumpulan manusia yang istimewa untuk mempertahankan kepentingan mereka dan menguatkan struktur kategori

2. Freudian

2.1. Diaplikasikan oleh John Dollard pada tahun 1937 berdasarkan konsep prejudis

2.1.1. Sikap mempertahankan hak orang putih

2.1.2. Kekecewaan psikologi

2.1.2.1. Dapat dikurangkan melalui melepaskan kekerasaan

2.1.2.2. Kekerasan digunakan atas sasaran seperti orang kulit hitam yang didiskriminasi

2.1.2.3. Kelompok minoriti semakin lemah dan lebih sesuai mengadi sasaran

3. Fungsionalisme

3.1. Dirujuk oleh Talcott Parsons pada tahun 1975

3.1.1. Individu bertindak secara intensif dan dikawal oleh hukum serta denda.

3.1.2. Individu dan masyarakat mengejar kepentingan diri sendiri akibat pembahagian buruh dan perkongsian nilai yang menyejahterakan masyarakat

4. Pilihan rasional

4.1. Realiti sosial dan pandangan tingkah laku manusia diperluaskan

4.1.1. Individu memaksimumkan ganjaran material dan kedudukan sosial

4.1.2. Individu mempunyai matlamat berbeza

4.1.3. Merupakan fungsi sentimen peribadi

5. Teori Pasangan Buruh Terpisah

5.1. Diterangkan oleh Phillip Bonacich pada tahun 1972

5.1.1. Mengenai kesedaran perbezaan kuasa dalam pasaran buruh yang mengakibatkan pertelingkahan golongan kulit putih dan hitam

5.1.1.1. Peniaga memerlukan buruh murah dan lemah untuk bersaing dengan peniaga-peniaga lain

5.1.1.2. Buruh yang dibayar gaji tinggi diancam oleh buruh murah

5.1.1.3. Buruh mahal mengukuhkan kedudukan dengan menghalau buruh murah dan menuruti susunan kasta

5.1.1.4. Kelemahan buruh murah dibimbang oleh buruh mahal akibat kemudahan untuk mereka dikuasai

6. Kelas

6.1. Diperkenalkan oleh Oliver Cox pada tahun 1948 yang merujuk kepada masalah kelas dan kasta Amerika

6.1.1. Kapitalis mengaut keuntungan dan mengasingkan buruh kelas bawahan

6.1.2. Ketidaksamarataan antara kulit putih dan hitam

6.1.3. Ras diwujudkan untuk menguntungkan kapitalis

7. Pertukaran sosial

7.1. John W. Thibaut dan Harold H menyumbang kepada teori

7.1.1. Tingkah laku merupakan pembelajaran yang dibentuk melalui ganjaran dan denda

8. Masyarakat Majmuk

8.1. Dirujuk oleh J.S Furnivall (1948) dan M. G. Smith (1965)

8.1.1. Menggunakan konsep masyarakat majmuk untuk menganalisasi masyarakat di Asia Tenggara.

8.1.1.1. Wujud kumpulan manusia seperti orang Eropah, Cina, India dan pelbagai kumpulan anak tempatan

8.1.1.2. Masyarakat bergaul tetapi tidak bergabung

8.1.1.3. Setiap kumpulan berpegang pada agama, budaya, bahasa, idea dan cara kehidupan masing-masing

8.1.1.4. Msayarakat plural wujud di mana komuniti hidup bersebelahan tetapi berasingan dalam unit politik yang sama. Bidang ekonomi termasuk pembahagian buruh

9. Sistem Ekologikal

9.1. Dipelopori of Bronfenbrenner yang percaya perkembangan manusia dipengaruhi budaya masyarakat

9.1.1. Teori Mikrosistem

9.1.1.1. Persekitaran terdekat seseorang individu dan interaksi antara satu sama lain

9.1.2. Teori Mesosistem

9.1.2.1. Perhubungan antara mikrosistem dengan mikrosistem lain

9.1.3. Teori Ekosistem

9.1.3.1. Pengalaman persekitaran yang melibatkan keputusan yang dibuat dan kesan berikutnya kepada individu

9.1.4. Teori Makrosistem

9.1.4.1. Perkembangan individu yang dipengaruhi norma-norma, nilai dan amalan masyarakat

9.1.5. Teori Kronosistem

9.1.5.1. Perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa