1. pandangan ahli falsafah
1.1. islam
1.1.1. Mohamad Qatb
1.1.1.1. Pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang iaitu jasad, intelek, roh, kehidupan kebendaan dan rohaninya serta setiap aktiviti hidupnya bersifat menyeluruh dan bersepadu
1.1.2. Al-Ghazali
1.1.2.1. Pendidikan adalah satu proses yang merangkumi aspekaspek seperti intelek, latihan jasmani dan pembentukan akhlak yang mulia, berani dan hormat-menghormati
1.2. barat
1.2.1. Aristotle
1.2.1.1. Pendidikan bertujuan memberi latihan moral untuk membentuk warganegara yang baik
1.2.2. Socrates
1.2.2.1. Pendidikan sebagai ilmu yang bersifat etikal dan politikal
1.2.3. Plato
1.2.3.1. Pendidikan ialah satu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia
1.3. timur
1.3.1. Rabindranath Tagore
1.3.1.1. Pendidikan merupakan proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna dan berupaya mencapai segala aspek kehidupan termasuk fizikal, intelek, moral dan rohani. Seseorang yang berpendidikan sedia berkhidmat untuk masyarakat dan negara
1.3.2. Confucius
1.3.2.1. Pendidikan adalah satu proses memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia yang boleh dicapai melalui amalan-amalan seperti bersopan-santun, bertimbang rasa, ikhlas, menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebih muda serta taat kepada dan negara
2. cabang-cabang falsafah
2.1. Ontologi/Metafizik
2.1.1. kajian tentang kewujudan dan asas kepada pandangan yang luas
2.1.2. digunakan untuk menjawab persoalan yang melampaui penyiasatan saintifik
2.2. Epistemologi
2.2.1. kajian tentang cara mendapatkan ilmu dan sifat pengetahuan itu sendiri
2.2.2. fokus pada penerangan tentang cara kita berfikir untuk menentukan kebenaran dan memisahkan kebenaran daripada kesalahan
2.3. Aksiologi
2.3.1. bergantung kepada nilai dan ada kalanya dikaitkan dengan teori, nilai dan metanilai
2.3.2. menekankan soal moral, etika dan estetika
2.3.3. etika
2.3.3.1. fokus kepada perilaku dan adat istiadat istana
2.3.4. estetika
2.3.4.1. menumpukan kepada citarasa dan nilai sentimen
2.4. Logik
2.4.1. Induktif
2.4.1.1. kajian yang dimulakan dengan butiran khusus dan diakhiri dengan kesimpulan
2.4.2. Deduktif
2.4.2.1. kajian yang dimulakan dengan kesimpulan dan kemudian baru dicari butiran khusus tentang sesuatu kejadian