BAB 7 : MALAYSIA YANG BERDAULAT

Plan your website and create the next important tasks for get your project rolling

Kom i gang. Det er Gratis
eller tilmeld med din email adresse
BAB 7 : MALAYSIA YANG BERDAULAT af Mind Map: BAB 7 : MALAYSIA YANG BERDAULAT

1. GAGASAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

1.1. IDEA PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

1.1.1. Dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman dalam majlis makan tengah hari Persatuan Wartawan-wartawan Luar Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961

1.1.2. Idea mendapat sambutan positif

1.1.3. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan

1.1.4. JPPM adakan rundingan dgn pemimpin-pemimpin dunia

1.2. MATLAMAT PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

1.2.1. Mempercepat kemerdekaan

1.2.2. Keseimbangan kaum

1.2.3. Memajukan sosioekonomi

1.2.4. Keselamatan dan kestabilan negara

2. REAKSI PEMBENTUKAN PERSEKETUAN MALAYSIA

2.1. NEGERI-NEGERI TERLIBAT

2.1.1. Persekutuan Tanah Melayu

2.1.1.1. Penduduk Tanah Melayu menerima prinsip gagasan Persekutuan Malaysia

2.1.1.2. Parti PAS, menyokong idea pembentukan Malaysia tetapi mencadangkan pembentukan Melayu Raya yang merangkumi Indonesia

2.1.2. Singapura

2.1.2.1. Parti Tindakan Rakyat (PETIR) pimpinan Lee Kuan Yew mengalu-alukan gagasan Persekutuan Malaysia

2.1.3. Sabah

2.1.3.1. Parti Bersatu dan Parti Demokratik kenakan syarat iaitu menyokong dengan syarat Sabah merdeka terlebih dahulu

2.1.3.2. Parti Pasok Momogun pada awalnya menentang kerana Sabah perlu bersatu dgn Sarawak dan Brunei

2.1.3.3. Perikatan Sabah memenangi pilihan raya Majls Daerah pertama pada 1962

2.1.4. Sarawak

2.1.4.1. Hanya Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang menentang pada awal dan akhir pendiriannya

2.1.5. Brunei Darussalam

2.1.5.1. Idea gagasan Malaysia dapat sokongan kuat Sultan Omar Ali Saifuddin tetapi ditentang oleh Parti Rakyat Brunei pimpinan A.M Azahari

2.2. NEGARA-NEGARA JIRAN

2.2.1. Indonesia

2.2.1.1. Pendirian Indonesia berubah kerana terpengaruh dengan dakyah oleh Parti Komunis Indonesia (PKI) yang menuduh gagasan Malaysia sebagai neokolonialisme

2.2.1.2. Menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio mengutus ucapan tahniah kerana usaha untuk menubuhkan Persekutuan Malaysia

2.2.2. Filipina

2.2.2.1. Menentang & mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada wilayah Kesultanan Sulu

2.2.3. Negara-negara Barat

2.2.3.1. Gagasan Persekutuan Malaysia mendapat sokongan daripada kerajaan Britain dan Amerika Syarikat

3. PENGISYTIHARAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

3.1. Perlembagaan Persekutuan Malaysia digubal berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan hasil memorandum daripada Sarawak dan Sabah

3.1.1. Perlembagaan Persekutuan Malaysia digubal berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan hasil memorandum daripada Sarawak dan Sabah

3.2. Pada 9 Julai 1963, Perjanjian Persekutuan Malaysia ditandatangani di Malborough House, London

3.3. Isi perjanjian dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia

4. LANGKAH KE ARAH PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

4.1. 27 Mei 1961- Gagasan Persekutuan Malaysia

4.2. Julai 1961- Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)

4.3. Feb-Apr 1962 – Suruhanjaya Cobbold

4.4. Ogos 1962 – Jawatankuasa antara Kerajaan (JAK)

4.5. Sept.1962- Referendum Singapura

4.6. Ogos 1963- Suruhanjaya PBB

4.7. 16 September 1963- Pengisytiharan Persekutuan Malaysia

5. KONFROTASI DAN PERDAMAIAN

5.1. Apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan, Indonesia dan Filipina enggan iktiraf Malaysia

5.2. Indonesia dan Filipina melancarkan konfrontasi.

5.3. Tentera Indonesia menceroboh kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah.

5.4. Malaysia membuat bantahan rasmi terhadap pencerobohan tentera Indonesia kepada PBB melalui Tun Dr. Ismail bin Abdul Rahman, Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada ketika itu

5.5. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dapat bertindak kerana dihalang oleh kuasa veto Rusia. Rusia bertindak sedemikian kerana mempunyai hubungan baik dengan Indonesia

5.6. Konfrontasi terhadap Malaysia semakin kendur apabila tentera Indonesia di bawah pimpinan Jeneral Soeharto berjaya ambil alih kuasa daripada Presiden Soekarno selepas peristiwa Gestapo 30 September

5.7. Gestapo 30 September merupakan percubaan rampasan kuasa oleh PKI di Indonesia

6. USAHA KE ARAH PERDAMAIAN MALAYSIA-INDONESIA

6.1. Rundingan Tidak Rasmi di Tokyo (Mei 1963)

6.1.1. Hasilkan persetujuan untuk membawa isu konfrontasi ke sidang kemuncak di Manila

6.2. Sidang Kemuncak di Manila (30 Julai – 5 Ogos 1963)

6.2.1. MAPHILINDO (Malaysia, Filipina,dan Indonesia) ditubuhkan. Tujuan meningkatkan hubungan persahabatan negara anggota.

6.3. Persidangan di Bangkok (Februari 1964)

6.3.1. Malaysia diwakili oleh Tun Abdul Razak dan Indonesia diwakili oleh Dr. Subandrio

6.4. Persidangan di Tokyo (Jun 1964)

6.4.1. Indonesia enggan mngundurkan tenteranya

6.4.2. Menuduh Malaysia membelakangkan keputusan Sidang Kemuncak Manila

7. PEMISAHAN SINGAPURA

7.1. Singapura bangkitkan isu sensitif sehingga meretakkan hubungan baik dengan kerajaan pusat

7.2. Singapura menjadi “duri dalam daging” kepada Malaysia

7.3. Masalah Ekonomi

7.3.1. Singapura tuntut agar statusnya sebagai pusat perindustrian, perdagangan dan pelabuhan bebas tidak disaingi oleh kerajaan pusat

7.4. Konsep Malaysian Malaysia

7.4.1. Singapura tuntut hak sama rata untuk semua rakyat tanpa mengira kaum

7.4.2. Singapura menafikan institusi raja dan menentang hak istimewa orang Melayu dan bumiputera

7.5. Pertikaian Parti Perikatan – PETIR

7.5.1. PETIR bertanding menentang parti Perikatan dalam pilihan raya 1964 di Sem. Malaysia.

7.6. Rusuhan Kaum

7.6.1. Rusuhan kaum di Singapura gugat keselamatan

7.7. Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman membuat keputusan – singkirkan Singapura

7.8. Pengisytiharan Pemisahan Singapura dari Malaysia dibuat pada 9 Ogos 1965.