Penubuhan Malaysia

Kom i gang. Det er Gratis
eller tilmeld med din email adresse
Penubuhan Malaysia af Mind Map: Penubuhan Malaysia

1. Selepas Perang Dunia II, wujud keinginan pihak British untuk mencantumkan wilayah-wilayah di Tanah Melayu di bawah skim Malayan Union tetapi telah gagal kerana ditolak oleh penduduk Melayu di Tanah Melayu.

1.1. Idea penggabungan ini turut lahir dari pandangan seorang anak tempatan iaitu Ghazali Shafie dan di kalangan pemimpin politik tempatan.

2. penamatan konfrontasi 1-menggunakan pendekatan diplomatik 2-usaha -usaha penyatuan wilayah di bawah satu persefahaman dan kerjasama yang menggabungkan Malaysia,Filipina dan indonesia dalam pertubuhan maphilindo juga gagal 3-usaha damai dengan nagara-negara berkecuali seperti thailand dan jepun tpi menemui gagal juga 4-1965 ,senario politik indonesia telah berubah berikutan tercetus satu peristiwa cubaan rampasan kuasa iaitu gerakan 30 september 1965 atau lebih dikenali sebagai G30S/PKI 5-berjaya digagalakan oleh pihak tentera nasional indonesia 6-peristiwa ini telah menamatkan pengaruh komunis dalam pemerintahan sukarno yamg juga turut didakwa sebagai dalang terhadap dasar konfrontasi indonesia ke atas malaysia . 7- ia selanjutnya membuka jalan ke arah penamatan konfrontasi dengan lebih cepat. 7- mengadakan perbincangan secara sulit di kalangan pemimpin tentera indonesia 8-akhirnya 11 ogos 1966 perjanjian pemulihan persahabatan telah dimeterai di Bangkok.

3. Pengenalan

3.1. Menyedarkan tentang kewujudan konsep federalisme sebagaimana yang diiktiraf oleh Wheare (1964)

3.2. Terdapat 2 peringkat kerajaan iaitu : 1) Kerajaan Pusat. 2) Kerajaan Negeri yang mempunyai bidang kuasa masing-masing yang terhad.

4. Latar Belakang

4.1. Sabah, Sarawak dan Singapura serta Tanah Melayu berada dalam sistem pentadbiran yang berbeza dan Tanah Melayu merupakan wilayah yang paling awal mencapai kemerdekaan iaitu pada tahun 1957.

4.1.1. Singapura dibenarkan unruk menjalankan pemerintahan sendiri sejak tahun 1955 tetapi masih belum mencapai kemerdekaan.

4.2. Bermula 1981, wilayah Sabah telah menjadi unit politik yang tersendiri dan berada di bawah naungan British dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British atau The British North Chartered Company.

4.2.1. Wilayah Sarawak dikuasai oleh Raja Brooke yang telah berjaya mendapatkan jajahan tersebut dari Kesultanan Brunei dan berkuasa dalam hal ehwal dalaman negeri serta menerima nasihat Inggeris dalam hal ehwal luar negara.

4.3. Pada tahun 1946, Brooke telah menyerahkan kedaulatan takhta pemerintahan Brooke kepada British.

4.3.1. Pada tahun 1982, Lord Basey iaitu Pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara mencdangkan pencantuman wilayah Borneo Utara dengan Tanah Melayu atas kepentingan ekonomi dan pentadbiran jelajah British namun cadangan ini tidak direstui oleh para pemegang saham syarikat tersebut pada tahun 1984.

4.4. Tunku Abdul Rahman telah memperkatakan tentang pencantuman Persekutuan Tanah Melayu dengan Pulau Singapura dan telah disebut dalam Perhimpunan Agung Tahunan UMNO pada tahun 1955.

4.4.1. Dalam perbincangan antara Tunku dengan Malcalm MacDonald, pada tahun 1958, beliau menyatakan kesediaan untuk bergabung dengan Singapura sekiranya pada masa yang sama wilayah Borneo Utara bergabung dengan Tanah Melayu.

5. Situasi Sebelum Percantuman

5.1. Wilayah Borneo juga mengalami kemorosotan dalam pencapaian ekonomi dan politik mereka kerana soal kekurangan tenaga buruh dan lebih lambat berkembang berbanding wilayah-wilayah lain.

5.1.1. Tahun 1960, Singapura telah mengalami peningkatan masalah ekonomi kerana peningkatan populasi penduduk yang mendadak dan pada masa yang sama, perdagangan entrepot tradisional mereka menghadapi penurunan apabila Indonesia dan Malaysia mula pergantungan urusan perdagangan mereka dengan negara itu.

5.1.2. Beberapa pertubuhan yang bersifat politik telah muncul seperti Clandestine Communist Organization (CCO) dan penubuhan Parti Bersatu Rakyat Sarawak atau Sarawak United People's Party (SUPP) pada tahun 1959 dicurigai oleh British kerana pihak British mendakwa sebahagian dari anggota SUPP mempunyai hubungan dengan CCO.

5.2. Di Brunei, 29 September 1959, Sultan Brunei telah menandatangani satu perjanjian baru dengan British yang memberikan hak kepada British untuk mengawal hal ehwal luar dan pertahanan serta perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan dalaman negara itu.

5.3. Menurut Tunku (1977), Sultan Sir Omar Ali Saifuddin sangat beriya mahukan percantuman ini. Kesungguhan ditunjukkan dengan kekerapan datang untuk berbincang dengan Tunku.

5.3.1. Di Borneo Utara dan Sarawak pula , sebilangan rakyat tempatan beranggapan bahawa sekiranya berlaku penyatuan, peluang-peluang mereka untuk memegang jawatan dalam kerajaan akan berkurangan berbanding dengan tempoh sebelum wujudnya penyatuan dengan Tanah Melayu.

5.3.2. Pesuruhjaya Tinggi British juga diberikan kuasa dalam menentukan sesuatu perlantikan jawatan tertinggi dalam kerajaan Brunei dan pada masa yang sama , Sultan Brunei akan menerima nasihat dari Pesuruhjaya Tinggi British dalam kebanyakan hal ehwal pentadbiran kecuali perkara-perkara berkaitan dengan agama dan adat-istiadat Melayu.

5.4. British pula memikirakan cara untuk perlahan-lahan keluar dari tanggungjawab politik dan pertahanan di tanah jajahan mereka di seluruh dunia dan pada masa yang sama mengekalkan world rolw atau peranan sejagat yang dimainkan oleh kuasa itu dalam dunia antarabangsa.

5.4.1. Persidangan Agung Petubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1960 meluluskan Perkara 1514(XV) yang menyarankan pemberian hak kemerdekaan dan peluang untuk menentukan masa depan ekonomi oleh rakyat negara itu sendiri bagi setiap negara yang masih dijajah oleh penjajah asing

6. • Perwakilan Malaysia ( Abdul Hamid Khan & Zainal Abidin Sulong ) ke Singapura dalam Persidangan Komanwel. • Menerangkan tujuan penubuhan Malaysia. • Ghazali Shafie turut mengadakan perbincangan dengan tokoh-tokoh Singapura, Sabah & Sarawak. • Hasilnya, dapat menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia. • Pada Jun 1961, Tunku melawat Sarawak & Borneo Utara serta Brunei. • Bertujuan beri penjelasan tentang penibuhan Malaysia. • Hasilnya, dapat mengurangkan kekeliruan dan kebimbangan Sarawak dan Borneo Utara. • Namun gagal meyakinkan Brunei bahkan dikecam oleh A.M. Azahari kerana beranggapan menjatuhkan Brunei.

7. Faktor-Faktor Mendorong Percantuman

7.1. Sabah & Sarawak

7.1.1. • (1958) Datu Mustapha datu Harun menyampaikan hasrat ingin bergabung dengan Tanah Melayu. Mereka datang ke Kualau Lumpur dalam Persidangan Suruhanjaya Ekonomi. • Tuanku Haji Bujang, Abdul Rahman Yaacob, Datok Abndar Abang Openg & Temenggung berhasrat mengadakan hubungan lebih erat dengan Tanah Melayu.

7.2. Singapura

7.2.1. • (1956) Lim Yew Hock berhasrat bercantum dengan Tanah Melayu namun ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. • Lee Kuan Yew menyatakan mustahil Singapura akan merdeka tanpa Tanah Melayu. • Sehingga 1960-an, Tunku tidak menunjukkan minat untuk bergabung dengan Singapura kerana perbezaan politik. • Lee Yew Kuan memujuk Tunku untuk bergabung kerana gusar Singapura lebih merbahaya jika berada di luar Malaysia. • Ini bagi mengawal keselamatan dan ekonomi bersama.

8. Usaha-usaha Ke Arah Penubuhan Malaysia

8.1. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia

8.1.1. - Ditubuhkan di Singapura pada Julai 1961 oleh Donald Stephens - Peranan jawatankuasa ini : Menerangkan kpd orang ramai tentang faedah gagasan Malaysia Meninjau Pendapat Rakyat Membincangkan perkara berkaitan dgn penubuhan Malaysia Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia

8.2. Suruhanjaya Cobbold

8.2.1. - Dianggotai tiga pegawai British iaitu Lord Cobbold,Sir Anthony Abell,Sir David Watherston serta dua orang rakyat tempatan iaitu Dato Wong Pow Nee dan Tan Sri Ghazali Shafie - Bertujuan utk meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia dan membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada British - Hasil laporan : 1/3 sokong tanpa syarat 1/3 sokong dgn syarat kepentingan mereka dilindungi 1/3 inginkan kemerdekaan dahulu - Antara cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold ialah : Perlembagaan Malaysia berasaskan Perlembagaan Perseketuan Tanah Melayu Sabah dan Sarawak diberi kuasa menentukan dasar imigresen Kedudukan istimewa penduduk Sabah dan Sarawak terjamin Nama Malaysia digunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

8.3. Jawatankuasa antara Kerajaan

8.3.1. - Ditubuhkan pada Ogos 1962 - Dianggotai oleh wakil-wakil drpd PTM,Britain,Sabah dan Sarawak - Dipengerusikan oleh Lord Landsdowne dan dibantu oleh Tun Abdul Razak - Bertujuan utk berunding tentang hak dan kepentingan Sabah dan Sarawak sebelum penyertaan mereka dalam Perseketuan Malaysia - Bermesyuarat sebanyak 24 kali bagi mewajarkan kemasukan Sabah dan Sarawak - Hak dan kepentingan Sabah dan Sarawak turut dibincangkan

9. konflik dengan filipina 1- filipina menentang penubuhan malaysia dan mendakwa sabah adalah sebahagian daripada wilayah kesultanan sulu 2-apabila gagasan penubuhan malaysia mula diutarakan, presiden filipina iaitu DIOSDADO MACAPAGAL mula membangkitkan soal tuntutan ke atas sabah pada tahun 1961

10. reaksi terhadap penubuhan malaysia

10.1. Dalam negeri 1-parti rakyat malaysia melihat pertubuhan ini merugikan dan mahu gabungan yang lebih besar mengikut konsep melayu raya 2-pertubuhan islam semalaysia merugikan dan mahu konsep gabungan yang lebih besar lagi iaitu maphilindo

10.2. pihak antarabangsa 1-Australia sahaja yang menyokong 2-Britain dan Amerika tidak menyatakan pendirian secara terbuka 3-perdana menteri british menyatakan penubuhan malaysia penting bagi kestabilan politik rantau asia tenggara

11. konfrontasi malaysia-indonesia 1-mendakwa bahawa konfrontasi menentang malaysia adalah kerana malaysia merupakan"pengikut setia" kepada neo kolonialisme dan neo imperialisme 2-indonesia melancarkan konfrontasi ekonomi sahaja. 3-menurut british , asas kepada penentangan sukarno ialah impiannya untuk menguasai tanah melayu dan menjadikannya sebagai sebahagian dari indonesia malaysia raya. 4-konfrontasi ini merupakan sebahagian dari kesan pengaruh parti komunis indonesia dalam pemerintahan presiden sukarno 5-kempen "ganyang malaysia" 6-malaysia mengemukakan aduan kepada U-thant tentang kejadian serangan indonesia kepada malaysia 7-indonesia melancarkan sabotaj terhadap wilayah wilayah malaysia khususnya sabah dan sarawak

12. Referendum di Singapura

12.1. Singapura mencapai taraf berkerajaan sendiri tanpa terlibat dalam Suruhanjaya Penyiasat dan Jawatan Kuasa Antara Kerajaan tetapi Singapura bersama dalam Penubuhan Malaysia melalui Kertas Putih [ Perintah 33, 1961 & diluluskan oleh Majlis Undangan Singapura (Disember 1961) ].

12.1.1. Ditentang oleh pihak pembangkang dan mendakwa Penubuhan Malaysia akan mewujudkan penjajahan baru dan rakyat Singapura akan menjadi 'rakyat kelas kedua'.

12.1.1.1. TINDAK BALAS KERAJAAN

12.1.1.1.1. Menetapkan satu referendum/pemilihan 1 dari 3 ketetapan

12.1.1.1.2. Akibat tindakan tersebut - Parti Pembangkang (Barisan Sosialis) iaitu pro-komunis :

13. Perundingan dengan Brunei

13.1. menunjukkan pendirian yang tidak tetap tentang minat terhadap Penubuhan Malaysia walaupun Sultan Brunei menyokong rancangan tersebut.

13.2. turut berusaha dalam mendapatkan pandangan rakyat melalui Suruhanjaya Penyiasat.

13.2.1. • Diketuai oleh Menteri Besar Dato' Marsal bin Maun • Ahli lain2 :  Hashim Bin Tahir  Orang Kaya Pekerma Dewa Awing Lukan Bin Uking  A.M. Azahari bin Sheikh Mahmud  Pehin Bendahari Cina Hong Hok Tin  Orang Kaya Ginang anak Perait

13.2.2. membuat tinjauan tentang pandangan rakyat tetapi ia tidak dapat dibuat secara menyeluruh dengan menemui setiap individu di segenap tempat dan kawasan pendalaman

13.2.3. perjumpaan yang dianjurkan kurang mendapat sambutan rakyat dan hanya dihadiri oleh penghulu.

13.2.4. hasil siasatan suruhanjaya ini dinamakan "Penyatuan Suruhanjaya Melayu Raya Negara Brunei" telah dipersembahkan kepada Sultan Brunei pada 3 Feb 1962

13.3. tindakan Sultan Brunei

13.3.1. membuat keputusan tidak menyertai Malaysia memandangkan majoriti rakyat tidak jelas tentang Penubuhan Malaysia

13.3.2. melawat Kuala Lumpur untuk meneliti perkara penting yang melibatkan masa depan Brunei dan Penubuhan Malaysia

13.3.3. kerajaan Persatuan Tanah Melayu memberi 48 jam kepada Brunei untuk membuat keputusan dalam menyertai Persekutuan Malaysia.

13.3.4. dijemput oleh pihak British untuk ke London bagi menyertai perbincangan bersama-sama Tunku.

13.3.5. menyatakan pendiriannya bahawa beliau tidak akan hadir perbincangan tersebut melainkan jaminan tentang hak dan masa depan Brunei dituntut oleh negara itu bukan dituntut oleh Persekutuan Tanah Melayu yang melibatkan soal pembayaran cukai kerajaan Persekutuan.

13.4. Parti Rakyat Brunei

13.4.1. A.M. Azahari & melancarkan pemberontakan pada 8 Disember 1962. dengan bantuan Indonesia

13.4.2. Menjadi PM Brunei

13.4.3. Menubuhkan Borneo Raya iaitu gabungan Brunei, Sabah dan Sarawak & Menubuhkan Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU) dan menawan beberapa bandar seperti Weston di Sabah, Limbang, Serian dan Miri di Sarawak

14. Perjanjian dan Pengisytiharan Malaysia

14.1. perjanjian penubuhan Malaysia telah ditandatangani di antara kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura pada 9 Julai 1963 di Malborough House London

14.2. perjanjian ini mengesahkan peralihan kuasa negeri jajahan dan naungan British kepada Persekutuan Malaysia pada 31 Ogos 1963.

14.3. Penubuhan Malaysia telah diisytiharkan pada 16 September 1963 serentak di seluruh negara iaitu di Kuala Lumpur, Singapura, Kuching dan Jesselton.