Konsep Kerja Dalam Islam

Iniziamo. È gratuito!
o registrati con il tuo indirizzo email
Konsep Kerja Dalam Islam da Mind Map: Konsep Kerja Dalam Islam

1. Isi Perbincangan

1.1. Wanita bekerjaya merupakan insan yang penting

1.1.1. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah senang terhadap mukmin yang bekerja”

1.1.2. Menurut Ibn.Qayyim Abu Abd. Allah al-Dimashqi (1953), wanita dibenarkan menceburi pelbagai bidang pekerjaan dan Islam mensyaratkan supaya kegiatan dan pekerjaan hendaklah bersesuaian dengan fitrah kejadian wanita dan tidak bertentangan dengan hukum syarak, iaitu tidak mendatangkan kemudharatan, fitnah dan bencana kepada orang lain.

1.1.3. Oleh itu, kaum perempuan dintuntut untuk berkerja sehingga tidak melanggar undang undang syarak.

1.2. Salah faham tentang konsep agama, dunia, ibadat, kerja dan lain lain akan mendatangkan kesan buruk

1.2.1. Firman Allah s.w.t: Maka apabila kamu telah selesai sembahyang maka bertebaranlah di muka bumi dan carilah kuniaan Allah s.w.t. dan ingatlah Allah s.w.t. sebanyak-banyaknya mudah-mudahan kamu berjaya. (al-Jumu’ah: 10)

1.2.2. Sesuatu perniagaan yang dijalankan itu sekiranya ada unsur-unsur perjudian, penipuan, penindasan dan lain-lain ia adalah haram dari segi syarak.

1.2.3. Dengan itu, salah faham tentang konsep agama dengan kerja juga akan mendatangkan kesan buruk. Kita seharusnya patut membahagikan ibadat dengan kerja dengan sebaiknya.

1.3. Bekerja merupakan satu kegiatan yang disuruh oleh agama

1.3.1. Firman Allah dalam Surah At-Taubah, ayat 105 yang bermaksud: "Dan katakanlah (wahai Muhammad); Bekerjalah kamu maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan me/ihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui perkara-perkarayangghaib dan yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".

1.3.2. Kewajiban mencari rezeki halal. Berikut hadits yang menguatkannya: “Bekerja mencari yang halal itu suatu kewajiban sesudah kewajiban beribadah” (HR. Thabrani dan Baihaqi)

1.3.3. Rezeki memang menjadi urusan Allah dan kita sebagai manusia hanya diwajibkan untuk selalu berusaha sekuat tenaga sekaligus tidak merasa sombong dengan rezeki yang sudah didapatkan.

2. Pendahuluah

2.1. Sebagai seorang manusia hamba Allah, wajib bagi kita bekerja mencari nafkah dan belanja kehidupan. Sumber kewangan boleh diperolehi dari usaha dan ikhtiar. Oleh yang demikian usaha dan ikhtiar adalah wajib menurut Ahli Sunnah wal Jamaah. Begitu juga harta yang diperolehi itu mestilah halal menurut pertimbangan syarak. Ia bergantung dengan cara memperolehinya iaitu samada dengan jalan yang halal dan diharuskan syarak.

3. Objektif Kajian

3.1. Wanita bekerjaya merupakan insan yang penting

3.2. Salah faham tentang konsep agama, dunia, ibadat, kerja dan lain lain akan mendatangkan kesan buruk

3.3. Bekerja merupakan satu kergiatan yang disuruh oleh agama

4. Refleksi

4.1. Berdasarkan kajian yang saya lakukan ini, saya dapat mengetahui hukum hakam tentang konsep kerja dalam islam. Saya juga dapat mengtahui pekerjaan mana yang melanggar dengan hukum syarak. Selain itu, saya mengetahui bahawa pekerjaan amatlah disuruh oleh agama.

5. Kesimpulan

5.1. Kesimpulannya, kita dapat mengetahui wanita berjaya merupakan insan yang penting. Seterusnya, kita dapat mengetahui salah faham tentang konsep islam dan kerja juga mendatangkan kesan buruk. Akhir sekali, kita juga dapat mengetahui bekerja merupakan satu kegiatan yang disuruh oleh agama.

6. Rujukan

6.1. Mohamed SharifMustaffa & Roslee Ahmad Jabatan Pendidikan Sains Sosial Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Jilid 8 Oktober 2002, hal. 63-70.

6.2. ‘Adawiyah Ismail Salasiah Hanin Hamjah, Jurnal al-Hikmah 4 (2012): 3-14

6.3. Atikullah Hj. Abdullah, Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, Jilid 6 (Julai) 2013 37-48