BAB 2 PERKAKASAN MULTIMEDIA

Iniziamo. È gratuito!
o registrati con il tuo indirizzo email
BAB 2 PERKAKASAN MULTIMEDIA da Mind Map: BAB 2 PERKAKASAN MULTIMEDIA

1. OBJEKTIF 1)Komponen yang diperlukan bagi sistem komputer multimedia untuk membangunkan dan juga menyampaikan aplikasi multimedia, seperti melayari web atau bermain games.

2. ▪️UNIT SISTEM - Pemproses adalah merupakan otak komputer dimana ia bertugas untuk membuat pengiraan, memproses data yg diterima dari ingatan utama dan mengawal komponen lain dalam komputer serta membuat keputusan. Kelajuan pemproses diukur dalam unit megahertz (Mhz)

2.1. ▪️ MMX ( MULTIMEDIA EXTENSION) Pemecut multimedia dalam pemproses Intel Pentium yang menambah kelajuan pemprosesan media dan komunikasi sebanyak 40 peratus hingga 60 peratus. Pentium yang piawai menghantar 1 bait data pada satu masa kepada CPU untuk diproses. Pentium MMX mampu menghantar 8 bait pada satu masa dan semua diproses serentak. ▪️INGATAN UTAMA KOMPUTER RAM (random access memory) adalah merupakan ingatan utama sebuah komputer dimana data dan juga maklumat disimpan secara sementara. RAM bersifat volatile, iaitu data yang tersimpan didalamnya akan hilang apabila komputer ditutup. RAM diukur dalam unit megabait (MB). TERDAPAT TIGA JENIS RAM SEPERTI BERIKUT: -RAM dinamik (DRAM) – SIMM RAM (Single-Inline Memory Module), EDO RAM (Extended Data Output) dan SDRAM (Synchronised DRAM). -RAM statik (SRAM) – ingatan separa dengan kelajuan yang tinggi. -RAM video (VRAM) – digunakan untuk menyimpan dan menghantar isyarat video ke skrin/monitor.

2.2. UNIT PAPARAN ▪️Komponen utama yang diperhatikan pada sebuah PC. Ia adala salah satu komponen yang termahal pada satu sistem komputer. Unit paparan dihasilkan menggunakan teknologi state-of-the-art seperti TFT (thin film transistor), active matrix, touch- sensitive display dan LCD (liquid crystal display). Saiz skrin diukur secara melintang (diagonal) dalam unit inci.

2.3. DUA JENIS UNIT PAPARAN YANG TERDAPAT: ▪️Monitor CRT (cathode ray tube). Saiz skrin 14”, 15”, 17”, 19” dan 21”.Panel rata LCD atau TFT. Saiz skrin 8” – 14”. Digunakan pada komputer laptop seperti notebook. Namun sudah ada panel rata ini yang dijual secara berasingan dan bolehdigunakan untuk komputer desktop. Kelebihan panel rata berbanding monitor CRT.

3. CD-ROM ▪️CD-ROM (compact disk-read only memory) mengandungi data komputer dan juga track audio. CD-ROM yang terkini boleh membaca dan memainkan data daripada format lain seperti videodisk. CD-ROM yang asal boleh membaca data dengan kelajuan 150 kilobait sesaat. CD-ROM 2X (double-speed) boleh membaca data pada 300 kilobait sesaat. Kelajuan CD-ROM sekarang telah mencapai sehingga 40X. Papan Adapter Audio Digital Satu kad yang membenarkan komputer untuk menerima input audio daripada mikrofon, mendigit audio, membenarkan rekod/edit/trim/mix audio, memainsemula fail bunyi yang disimpan dalam CD atau cakera keras, dan menyalurkan audio melalui speaker atau earphone. Sebuah sistem komputer multimedia perlu mempunyai keupayaan untuk merekod dan memain semula fail audio digital. Piawaian MPC menggunakan bunyi 8-bit. SPEAKER AUDIO ▪️Anda memerlukan sepasang speaker untuk mendengar bunyi yang dihasilkan oleh komputer. Sebuah speaker yang baik mempunyai amplifier yang boleh mengawal bunyi yang dihasilkan dengan lebih baik. Papan Adapter Video Overlay Papan adapter video memberikan kemudahan untuk memaparkan sumber video daripada kamera video, VCR dan videodisk, menangkap (capture) imej tetap, merekod dan mendigit video bergerak, memampat (compress / decompress), memproses imej dan memain semula video. KAD GRAFIK / 3D ▪️Kad yang digunakan untuk memaparkan grafik dan juga memecut grafik 2D dan 3D. Kad ini biasanya mempunyai ingatan tersendiri seperti VRAM atau SGRAM bersaiz antara 1 MB hingga 16 MB.

3.1. TUNER TV ▪️Sebuah kad tuner TV membenarkan komputer anda untuk menyiarkan rancangan daripada chanel televisyen. Terdapat juga kad tuner TV yang mempunyai keupayaan untuk disambungkan kepada input video. MIDI ▪️Setiap komputer multimedia perlu mempunyai keupayaan untuk memainkan fail MIDI. Kebanyakkan kad audio mempunyai keupayaan ini. Anda juga boleh mendapatkan sebuah kad MIDI yang berasingan, yang mempunyai jack MIDI IN dan MIDI OUT untuk disambungkan kepada peralatan muzik. PENCETAK ▪️Pencetak merupakan salah satu aksesori keperluan dalam multimedia. Kualiti satu- satu cetakan ditentukan oleh resolusi atau dot per inci (dpi) yang boleh dihasilkan oleh pencetak. Resolusi yang biasa ialah 300 dpi. Bagi menghasilkan cetakan dengan kualiti yang baik, resolusi setinggi 2,400 dpi diperlukan, namun semakin banyak dakwat yang diperlukan. Pencetak laser menghasilkan cetakan yang terbaik dan terpantas, tetapi harganya juga agak tinggi. Pencetak inkjet juga menghasilkan cetakan yang baik. STORAN BACA/TULIS ▪️Storan baca/tulis juga dikenali sebagai storan sekunder. Aplikasi multimedia terutama yang mengandungi banyak audio dan video digital memerlukan ruang storan yang besar.

4. PERALATAN KOMUNIKASI ▪️Jika komputer anda dihubungkan kepada Internet, anda mempunyai laluan kepada berjuta maklumat multimedia. Berikut adalah peranti-peranti yang diperlukan untuk anda berhubung kepada Internet atau Intranet. MODEM ▪️Modem sama ada luaran atau dalaman diperlukan oleh seorang pengguna di rumah untuk berhubung kepada Internet. Modem ini dihubungkan ke Internet melalui talian telefon. Modem dalaman menggunakan satu kad yang diletakkan pada slot dalam komputer. Manakala modem luaran disambungkan kepada port bersiri. Kelajuan modem diukur dalam bit per saat (bps) atau kadar baud (baud rate), yang menerangkan berapa banyak bit boleh dihantar dalam satu saat. Kelajuan modem yang ada ialah 14,400 bps, 28,800 bps dan 56,000 bps (56K). HUBUNGAN INTERNET ▪️Protokol data komunikasi yang digunakan untuk berhubung kepada Internet ialah TCP/IP (transmission control protocol / Internet protocol). TCP/IP adalah satu set piawaian komunikasi dimana pelbagai jenis komputer pada Internet berkomunikasi bersama. Ia juga dikatakan “bahasa” bagi Internet. Bagi mendapatkan satu hubungan yang pantas ke Internet, komputer multimedia anda perlu mempunyai komponen seperti berikut:  Kad rangkaian.  LAN (local area network) yang berhubung ke Internet.  Hubungan rangkaian TCP/IP.  Winsock.dll yang diinstall dalam Windows. Winsock adalah satu perisian sistem yang membenarkan aplikasi seperti Internet Explorer untuk berkomunikasi. PERANTI INPUT AUXILIARY ▪️Peranti input auxiliary yang dibincangkan digunakan untuk mendigit teks dan gambar untuk tujuan pembangunan aplikasi multimedia. Pengimbas Handheld Pengimbas bersaiz kecil kebiasaannya digunakan untuk mengimbas teks. Resolusi imej diukur dalam dot per inci (dpi).

5. PENGIMBAS FLATBED ▪️Pengimbas flatbed sangat sesuai digunakan untuk mengimbas teks ataupun grafik. Pengimbas ini bolehmengimbas gambar pada saiz yang besar. PENGIMBAS SLAID ▪️Pengimbas slaid mempunyai satu slot dimana slaid berukuran 35mm boleh dimasukkan dan diimbas. Slaid yang diimbas kemudiannya boleh disimpan sebagai satu imej bitmap. KAMERA DIGITAL ▪️Kamera digital berperanan dengan menangkap gambar dan kemudiannya menghasilkan imej bitmap digital yang boleh digunakan secara terus pada sebuah komputer. Imej yang dihasilkan akan disimpan secara sementara didalam cip ingatan pada kamera tersebut atau dalam sebuah disket video.

6. 5 KATEGORI KOMPONEN ▪️Unit sistem ▪️Aksesori multimedia ▪️Storan baca/tulis ▪️Peralatan Komunikasi ▪️Peranti input Auxiliary

7. PLATFORM MULTIMEDIA ▪️Piawaian yang terdapat pads beberapa platform sistem multimedia.Semua kemudahan tersebut disediakan melalui Papan adapter tambahan ▪️STESEN KERJA UNIX-Pelayan server Dan stesen kerja menggunakan pemproses Jenis RISC(Reduced Instruction Set Computing).Sistem Operasi Unix/Linux dan X-Windows ▪️IBM PS/2-Komputer IBM PS/2 pada asalnya dibina khas untuk melaksanakan aplikasi multimedia kerana sistem ini telah dilengkapi dengan perkakasan serta peranti yang sesuai untuk memperolehi media daripada sumber dan juga untuk memainkan semula aplikasi multimedia. ▪️ KOMPUTER PERIBADI PC -Piawaian industri minima bagi sistem komputer multimedia.

8. SISTEM ASAS ▪️Sebuah komputer peribadi dengan skrin beresolusi tinggi. ▪️Sebuah pemacu CD-ROM ▪️ Speaker Dan mikrofon ▪️Papan adapter untuk menyahmampat (decompress) dan main semula bahan audio dan video ▪️Pemacu peranti untuk kegunaan adapter Dan library bagi kegunaan peralatan Pembangunan FUNGSI-FUNGSI TERTENTU DAN MENGAWAL BAHAGIAN SISTEM TERTENTU ▪️Papan adapter untuk capture ,digitiser,compress,manipulate Dan edit bahan audio dan video. ▪️Untuk membangunkan aplikasi ,menyokong pengeditan bahan audio dan visual menyediakan pemacu peranti bagi Papan adapter ▪️ Perpustakaan Persian untuk fungsi asas,antara muka pengaturcaraan aplikasi (APIs) Dan sokongan sistem ▪️Peralatan pengarangan untuk aplikasi yang tertentu seperti Persian DTP ▪️Perpustakaan mengandungi clip,art,muzik dan video TIGA FUNGSI UTAMA ▪️Input data daripada Sumner ▪️Melaksanakan pembangunan aplikasi ▪️ Output data kepada media sabaran seperti CD ROM dan Internet

9. CAKERA KERAS ▪️Setiap komputer multimedia didatangkan dengan sebuah cakera keras. Saiz cakera keras diukur dalam unit megabait (MB). Namun kapasiti cakera keras hari telah mencapai sehingga 14 gigabait (GB) dan mungkin lebih. Kelebihan utama cakera keras dibandingkan dengan peranti storan lain ialah kelajuan untuk membaca data. Data yang tersimpan didalamnya akan kekal kecuali dihapuskan (delete) oleh pengguna. Cakera keras juga adalah merupakan sebuah peranti magnetik. Beberapa jenis yang popular adalah seperti berikut: 🔸CD-R (recordable) 🔸CD-RW (rewritable) 🔸DVD (digital versatile disc) 🔸CD-R Dan juga CD-RW boleh menyimpan data sehingga 650 MB. DVD mampu menyimpan data sehingga tujuh kali lebih banyak daripada sebuah CD-ROM,iaitu 4.7 GB pada satu aras. Sebuah DVD dua-aras mampu menyimpan data sehingga 17 GB, iaitu 8.5 GB pada satu aras. Peranti Storan Boleh-Alih Terdapat beberapa jenis storan boleh-alih yang memudahkan pengguna untuk memindahkan data daripada satu komputer ke komputer di tempat lain. Peranti jenis ini mempunyai kelebihan dan kekurangan mengikut jenisnya.

9.1. ANTARA BEBERAPA YANG SERING DIGUNAKAN MENGIKUT JENIS IALAH: 🔸Pemacu Cakera Kepadatan-Tinggi (high-density disk drive) / Super Disk. 🔸IomegaZip – menggunakan katrij berkapasiti 100 MB – 2 GB. 🔸LS-120 – menggunakan cakera lembut 120 MB serta boleh membaca cakera liut 720 kB dan 1.44 MB (backward compatibility). Pemacu Cakera MAGNETO-OPTIKAL ▪️(magneto-optical disk drive) – menggunakan kombinasi teknologi magnetik dan optikal. Mempunyai saiz 3.5” – 12” dengan kapasiti storan daripada 8 GB. KAD PCMCIA ▪️PCMCIA (personal computer memory card international association) adalah merupakan satu piawaian bagi periferal komputer bersaiz kad kredit. Kebanyakkan kad PCMCIA digunakan pada sebuah notebook. Pada asalnya kad PCMCIA