Get Started. It's Free
or sign up with your email address
Rocket clouds
ASAS-ASAS AQIDAH by Mind Map: ASAS-ASAS AQIDAH

1. Malaikat merupakan salah satu makhluk ciptaan Allah (diperbuat dari cahaya) yang selalu menyembah Allah dan selalu taat kepadaNya. Kepentingan beriman dengan malaikat adalah mendorong manusia untuk terus meningkatkan amal baik kerana sekecil apapun kebaikan dan keburukan pasti akan dicatat. Selain itu, manusia juga akan sentiasa berhati-hati dalam melakukan segala perbuatan.

2. BERIMAN DENGAN ALLAH

2.1. AFIQ- kepentingan beriman kepada allah penting kerana allah telah memberi segalanya kepada kita dan kita perlu mentaatinya serta melakukan segala perintahnya dan tinggal segala larangannya. - Maksud: Menanamkan sepenuh keyakinan tentang kewujudan ALLAH, sifat Rububiyyah, Uluhiyah, nama dan sifat-sifatnya.

2.2. Kita harus yakin bahawa Allah adalah pemilik segala sesuatu, hanya Allah satu-satunya pencipta yang berhak kita sembah. Kepentingan beriman dengan Allah adalah supaya hati menjadi tenang, tidak mudah goyah oleh ajakan nafsu jahat atau orang yang menyesatkan. Selain itu, kita akan sentiasa mendapat bimbingan daripadaNya.

3. BERIMAN DENGAN RASUL

3.1. AFIQ- Kepentingan kepada rasul adalah wajib kerana semua rasul membawa pengajaran dan risalah tauhid yang saling melengkapi sejak nabi Adam a.s dan nabi Muhammad S.A.W.

3.1.1. AFIQ- maksud: seorang muslim memiliki ketetapan hati, memiliki kepercayaan, serta memiliki keyakinan bahwa seluruh Rasul yang telah Allah SWT utus adalah benar adanya dan tidak ada sedikit keraguan apapun didalamnya

3.2. Rasul diutus oleh Allah untuk membimbing manusia ke jalan yang benar kerana seperti yang kita ketahui, manusia sering melakukan dosa sejak ribuan tahun yang lalu. Kepentingan beriman kepada Rasul Allah adalah untuk memperbaiki dan mensucikan jiwa manusia dengan memperingati dan mengambil iktibar dari kisah-kisah Anbiya dan kaum-kaumnya.

4. BERIMAN DENGAN KITAB

4.1. AFIQ- maksud: mempercayai dan meyakini dengan sepenuh hati bahwa Allah SWT. telah menurunkan kitab-kitab sucinya kepada Rasul-rasul pilihannya.

4.1.1. Kepentingan:

4.2. Kita harus yakin bahawa kitab adalah Kalam Allah (ucapan dari Allah) yang berisi perintah, larangan, janji Allah (balasan baik atau buruk). Kepentingan beriman dengan Kitab Allah adalah kerana Al-Quran boleh menjawab hal-hal yang tidak dapat dijawab oleh ilmu pengetahuan dan akal manusia. Selain itu, ketakwaan terhadap Allah juga akan terjaga (membuat suruhanNya dan meninggalkan laranganNya). Oleh itu, manusia akan lebih optimis untuk meraih kebahagiaan di dunia dan di khirat.

5. BERIMAN DENGAN HARI KIAMAT

5.1. AFIQ- maksud: mempercayai bahwa seluruh alam semesta dan segala isinya pada suatu saat nanti akan mengalami kehancuran dan mengakui bahwa setelah kehidupan di dunia ini akan ada kehidupan yang kekal di akhirat nanti.

5.2. Maksud beriman kepada hari kiamat adalah percaya dan yakin bahawa seluruh alam semesta dan isinya akan hancur dan selepas itu akan ada kehidupan yang kekal (akhirat). Kepentingan beriman kepada hari kiamat adalah untuk menjelaskan tujuan hidup manusia di dunia yang sementara untuk bekalan di akhirat (kehidupan yang selama-lamanya dan kekal). Selain itu, kepentingan beriman dengan hari kiamat adalah supaya manusia sentiasa berlapang dada dan ikhlas terhadap ketentutan Allah.

6. BERIMAN DENGAN QADA'DAN QADAR

6.1. AFIQ- maksud: menyakini dengan sepenuh hati adanya ketentuan Allah SWT yang berlaku bagi semua mahluk hidup.

6.2. Beriman dengan qada' dan qadar bermaksud percaya bahawa segala sesuatu yang terjadi, baik mahupun buruk adalah kehendak Allah. Kepentingan beriman dengan qada' dan qadar adalah untuk melatih diri manusia sentiasa sabar dan bersyukur dengan dugaan yang diberi oleh Allah kerana setiap mudharat yang diberiNya pasti ada maslahat (kebaikan) dan percya bahawa Allah tidak akan membebani sesuatu kaum lebih dari kemampuannya. Selain itu, ia dapat melatih diri manusia untuk menjadi seorang yang tidak berputus asa dan berusaha untuk menyempurnakan kehidupan.

7. BERIMAN DENGAN MALAIKAT

7.1. AFIQ- maksud: meyakini adanya malaikat walaupun kita tidak dapat melihat mereka dan meyakini bahwa mereka adalah salah satu ciptaan Allah.

7.1.1. Kepentingan: -Menghindarkan daripada sifat taksub yang dicela ketika berhadapan dengan agama- agama terdahulu.