PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM PADA ZAMAN RASULULLAH SAW

PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM PADA ZAMAN RASULILLAH SAW

Laten we beginnen. Het is Gratis
of registreren met je e-mailadres
PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM PADA ZAMAN RASULULLAH SAW Door Mind Map: PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM PADA ZAMAN RASULULLAH SAW

1. TERANG-TERANGAN (JAHRI) : 1. Dakwah pada peringkat ini menerima tentangan yang hebat dari kafir Quraisy. 2. Penganut Islam khususnya golongan hamba dan orang miskin menerima pelbagai penyeksaan .

2. PENDEKATAN DI MEKAH

2.1. Dakwah selama 13 tahun di Mekah menitikberatkan : 1. Pembinaan akidah 2. Pemulihan akhlak 3. Strategi dakwah 4. Pembentukan 'modal insan' untuk penyebaran dakwah Islamiah Sulit (SIRRI)

3. PEMBINAAN AKIDAH

3.1. 1. Menentang segala bentuk syirik, khurafat dan tahyul. 2. Daripada konsep berbilang Tuhan kepada mentauhidkan dan mengEsakan Allah SWT serta menolak sebarang penyekutuan terhadap Allah SWT

4. PEMULIHAN AKIDAH

4.1. 1. Menentang adat istiadat dan pegangan masyarakat yang menjejaskan umat. 2. Menekankan konsep tolong-menolong, hormat-menghormati, kerjasama dan seumpamanya (sikap mahmudah). 3. Berusaha membentuk ukhwah dan mewujudkan perpaduan umat

5. STRATEGI DAKWAH

5.1. SULIT (SIRRI) : 1. Menyeru orang perseorangan daripada keluarga terdekat dan sahabat rapat. 2. Rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam menjadi markas dakwah Islamiah 3. Strategi dakwah secara sulit ini berjalan selama 3 tahun 4. Antara orang yang mula menerima Islam; Khadijah Al Khuwailid, Abu Bakar As Siddiq, Uthman bin Affan Zaid bin Harithah dan Ali bin Abi Talib.

6. PENDEKATAN DI MADINAH

6.1. - Rasulullah SAW berhijrah ke Yathrib (Madinah) pada tahun 622 Masihi Perubahan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di Madinah, 1. Pembinaan institusi masjid 2. Pembinaan masyarakat 3. Penggubalan piagam madinah 4. Penyebaran dakwah Islamiah secara intensif

7. PEMBINAAN INSTITUSI MASJID

7.1. Institusi masjid - Pusat pembinaan masyarakat dalam semua sudut pembangunan insan sama ada rohani, jasmani dan aqli. 1. Masjiq Quba' 2. Masjid Nabawi

8. PIAGAM MADINAH

8.1. - Kerangka pembentukan negara Islam pertama pada tahun 622 Masihi yang didokong oleh warganegara Madinah yang terdiri daripada golongan Quraisy dan golongan Yathrib.

8.2. LANGKAH PEMBENTUKAN PIAGAM MADINAH : 1. Penubuhan masjid 2. Persaudaraan 3. Persepakatan

8.3. - Sahifah Madinah - 2 bahagian - 47 fasal - Bahagian I (1-23) : Peraturan mengenai golongan muhajirin dan ansar - Bahagian II (24-47): Hak dan tanggungjawab kabilah Yahudi di Madinah.

9. BIODATA RASULULLAH

9.1. Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib Tarikh lahir : Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571 Masihi) Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (Ummu Aiman) Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah

10. KELAHIRAN DAN PEMBENTUKAN TAMADUN ISLAM

10.1. Permulaan Tamadun Islam : - Peristiwa penurunan wahyu pertama kepada Rasulullah SAW daripada Allah SWT melalui malaikat Jibril di Gua Hira'.

10.2. - Pembinaan Tamadun Islam oleh Rasulullah dapat dilihat dalam dua pendekatan : 1.Pendekatan di Mekah 2.Pendekatan di Madinah

11. PEMBINAAN MASYARAKAT

11.1. 1. Mempersaudarakan golongan muhajirin & ansar. 2. Peranan kaum muhajirin dan ansar membantu Nabi Muhammad dalam hal keagamaan dan pentadbiran 3. Mengukuhkan ketenteraan Islam 4. Membantu golongan muhajirin 5. Menyumbangkan harta benda dan buah fikiran