1. Sebab Islam menyuruh umatnya bekerja: - Bekerja merupakan tanggungjawab setiap individu bagi memenuhi keperluan peribadi seperti menyara diri sendiri,keluarga dan tuntutan sosial seperti membangunkan ekonomi negara. -Bekerja merupakan ibadat dalam Islam kerana orang yang bekerja dikira telah menunaikan satu keperluan fardu ain iaitu menyara keluarga. -Bekerja akan memudahkan umat Islam menunaikan ibadat kepada Allah SWT melalui harta, bersedekah dan menderma. -Orang yang bekerja dipandang mulia dan disukai oleh Allah SWT dan RasulNya.
2. Bekerja dikatakan sebagai pelaksanaan amanah Allah SWT kerana: -Dengan bekerja dalam bidang penyelidikan manusia dapat memakmurkan alam ini dengan pelbagai penemuan dan peralatan baru untuk keselesaan hidup manusia. -Dengan bekerja dalam bidang arkitek dan teknologi bangunan, manusia dapat membina bangunan yang selesa didiami. -Dengan bekerja dalam bidang pertanian manusia dapat memajukan tanah serta dapat memelihara dan memulihara alam ini supaya menjadi tempat yang selesa untuk didiami.
3. Pengertian pekerjaan menurut Islam: Satu usaha yang dilakukan untuk mendapatkan wang atau harta dengan cara yang halal dan tidak bertentangan dengan hukum syarak.
4. Maksud bekerja kerana Allah SWT Mengusahakan sesuatu atau melibatkan diri di dalam kegiatan tertentu secara berterusan untuk mencari nafkah kerana Allah SWT.