Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca

Laten we beginnen. Het is Gratis
of registreren met je e-mailadres
Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca Door Mind Map: Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca

1. SQ4R

1.1. Teknik membaca kritis yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.

1.1.1. S (survey) - Murid membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal tentang isi bacaan mengikut pemahaman masing-masing.

1.1.2. Teknik bacaan yang sesuai digunakan ialah teknik skimming dan scanning.

1.1.2.1. - Memfokuskan terhadap bahan atau teks yang berkaitan tajuk utama, sub tajuk/tajuk kecil, gambar, simbol, ilustrasi, grafik dan pemenggalaan teks.

1.2. R (Reflection) - merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal.

1.3. R (Review) - Pada peringkat ini, murid-murid dikehendaki membaca semula soalan dan jawapan yang ditulis atau dicatat.

1.3.1. peringkat untuk mengesahkan jawapan yang dikemukakan oleh murid-murid pada peringkat recite (menyebut/mengulang).

1.3.1.1. Murid-murid perlu mempastikan bahawa semua bahagian sudah dijawab berdasarkan fakta dan maklumat dalam teks.

1.3.1.1.1. Murid-murid sepatutnya tidak tertinggal maklumat atau fakta dalam tugasan pada peringkat question (menyoal).

1.4. R (Recite) -(imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga. Setelah selesai membaca, pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh.

1.4.1. Setelah murid-murid membaca keseluruhan teks, mereka dikehendaki mengingat kembali kesemua atau sebahagian maklumat yang terdapat.

1.4.1.1. Setelah murid-murid membaca keseluruhan teks, mereka dikehendaki mengingat kembali kesemua atau sebahagian maklumat yang terdapat.

1.4.1.1.1. Murid-murid perlu menyenaraikan maklumat yang berkaitan soalan atau tugasan sebelum dapat menjawab semua soalan tugasan berdasarkan maklumat dalam teks.

1.5. R (Read) - Baca ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraikannya sebelum ini.

1.5.1. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannyasepanjang melakukan pembacaan.

1.5.2. mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.

1.6. Q (Question) - pelajar membina soalan daripada tinjauan yang telah dilakukan.

1.6.1. Soalan yang boleh dibina dengan menggunakan prinsip 5W 1H iaitu What (apa?), When (bila?), Where (di mana?), Why (mengapa?), Who (siapa?) dan How (bagaimana?)

2. RADAR -Radar direka oleh Martin pada tahun 1983. Teknik ini membolehkan pelajar menghubungkaitkan apa yang diketahui dengan perkara yang baru.

2.1. R (Read / Membaca) -Pelajar dikehendaki membaca petikan serta mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Pelajar juga boleh mendapat maklumat daripada teks yang diberi serta membandingkan dengan maklumat lain.

2.2. A (Analogize / Menganalogi) - Pelajar menerangkan bagaimana konsep , barang, idea, tempat berhubungkait dan mempunyai persamaan.

2.3. D (Discuss /Berbincang) - Pelajar menyenaraikan persamaan yang terdapat pada barang, idea atau tempat. Guru membantu pelajar membuat perbandingan serta menentukan persamaan yang penting tentang konsep, barang, idea atau tempat.

2.4. A (Apply / Mengaplikasi ) -Bincang secara mendalam tentang dua perkara yang dibandingkan.

2.5. R (Review/Research, Menyemak/Menyelidiki) - Membuat penyelidikan lanjutan tentang apa yang dibincangkan atau merumus semula apa yang telah dibincangkan.

3. KWLH

3.1. Teknik KWLH ialah satu teknik membaca secara kritis yang memerlukan pelajar meninjau perkara-perkara yang telah diketahui, yang akan diketahui dan yang telah dipelajari.

3.1.1. K (What I Know / Tahu) - Murid-murid mencatat maklumat yang sudah diketahui berdasarkan tajuk atau perkara yang akan dibincangkan.

3.1.2. W (Want / Ingin Tahu) - Murid-murid mencatat maklumat yang ingin diketahui dengan lebih lanjut berdasarkan tajuk atau perkara yang dibaca.

3.1.3. L (What I Learned / Pelajari) - Murid-murid dikehendaki mencatat isi penting yang diperoleh daripada bahan bacaan berdasarkan tajuk atau teks. Dengan perkataan lain, murid-murid menjawab soalan yang dibina sendiri.

3.1.4. H (How Much I Want To Know / Bagaimana) - Murid-murid dikehendaki mencatat bagaimana, bila dan di mana untuk mendapatkan maklumat yang belum lengkap berdasarkan teks yang diberi. Murid-murid juga berupaya mengemukakan cadangan untuk merujuk sumber lain.