Teori Hubungan Etnik
by Wei Sheng
1. Pilihan Rasional 1. Pendekatan teoretis yang cuba meneliti realiti sosial dengan cara melihat pilihan tingkah laku manusia di peringkat individu dan kumpulan dipopularkan. – Sowell, Schelling, Banton dan Mansor
2. Teori Ekologi 1. merupakan antara sarjana sosiologi yang terawal yang membicarakan persoalan hubungan ras. Beliau dipengaruhi oleh pendekatan Darwin (1859) tentang “kemenangan bagi yang tergagah”. - Manusia memiliki fenotaip yang berbeza - Individu sedar akan ciri-ciri status - Manusia yang berstatus tinggi tidak mahu bersaing atas dasar sama rata dengan mereka yang memiliki status rendah. - memperkukuh struktur kategori tersebut.
3. Freudian 1. Merujuk kepada konsep prejudis sebagai satu sikap untuk mempertahankan hak orang kulit putih – Dollard 2. Usul oleh Dollard : - Kehidupan sosial mengakibatkan lahirnya pelbagai kekecewaan psikologi dalam diri individu. - Kekecewaan itu dapat dikurangkan dengan melepaskan kekerasan.
4. Sistem Ekosistem 1. Perkembangan manusia dipengaruhi oleh sistem atau budaya di sekeliling. – Brofenbrenner 2. Mikrosistem - melibatkan persekitaran yang terdekat, seperti kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. 3. Mesosistem - perhubungan antara mikrosistem dengan mikrosistem yang lain. 4. Eksosistem - pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung, tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau orang dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. 5. Makrosistem - perkembangan individu yang dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat. 6. Kronosistem - perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa.
5. Pasaran Buruh Terpisah 1. Kesedaran terhadap perbezaan kuasa dalam pasaran buruh yang boleh melahirkan pertelingkahan antara golongan buruh kulit putih dan kulit hitam. – Bonacich 2. Sesetengah pasaran buruh terpisah mengikut garis etnik, yakni kumpulan ras yang mendapat gaji tinggi dibezakan daripada buruh murah mengikut ciri-ciri etnik.
6. Kelas 1. Masalah hubungan ras dan etnik di Amerika Syarikat berhubung kait dengan persoalan kelas dan sistem kasta. – Cox 2. Rumusan Cox dalam teori ini : - Buruh dalam kedudukan tertindas apabila kapitalisme Eropah berkembang ke Kawasan yang kaya dengan sumber asli. - Terbentuk keyakinan yang mendukung ketidaksamarataan. - Kategori ras menguntungkan kelas pemerintah
7. Pertukaran Sosial 1. Manusia terlibat dalam aktiviti sosial bagi mendapatkan ganjaran, keuntungan dan meminimumkan kos. – Thibaut dan Kelly 2. Menunjukkan kehidupan manusia sebagai ikhtiar sosial kerana dalam kebanyakan kes, manusia cuba memenuhi keperluan diri hanya dengan atau melalui kerjasama dengan individu lain.
8. Fungsionalisme 1. Membayangkan individu bertindak kepada insentif dan dikawal oleh hukuman dan denda – Parsons 2. Individu mengejar kepentingannya, tetapi masyarakat mengikat kepentingan ini dalam satu pola yang sama sebab wujudnya pembahagian buruh. 3. Individu juga berkongsi nilai bersama yang memakmurkan dan mensejahterakan masyarakat.
9. Masyarakat Majmuk 1. Mengenal pasti masyarakat di Asia Tenggara, kawasan wujudnya satu rantai manusia - orang Eropah, Cina, India, dan berbagaibagai kumpulan anak tempatan. – Furnivall dan Smith 2. Mereka bergaul tetapi tidak bergabung dengan setiap kumpulan berpegang pada agama, kebudayaan, bahasa, idea dan cara hidupnya sendiri. – Furnivall 3. Teori struktural fungsionalisme dan Marxisme tidak menjelaskan ciri-ciri utama masyarakat yang dipisahkan oleh batas etnik dan ras. – Kuper