Akta Kanak-kanak 2001 di Malaysia

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
Akta Kanak-kanak 2001 di Malaysia by Mind Map: Akta Kanak-kanak 2001 di Malaysia

1. Definisi kanak-kanak: Mengikut akta ini, kanak-kanak dedifinasikan sebagai seseorang yang berumur di bawah 18 tahun.

2. Hak setiap kanak-kanak

2.1. Tinggal di dalam komuniti dan persekitaran yang aman damai.

2.2. Mempunyai keluarga yang akan menjaga dan menyayangi

2.3. Mendapatkan pendidikan yang baik dan membentuk potensi diri.

2.4. Untuk dilindungi daripada penderaan eksploitasi, kecuaian, dan keganasan bahaya.

2.5. Dipertahankan dan diberi bantuan oleh Kerajaan.

2.6. Berupaya mengekspresi pandangan sendiri

2.7. Diberi peluang untuk beramah dan beriadah

3. Peruntukan dalam Akta: Pemulihan, Pengendalian kes kanak-kanak yang terlibat dengan kes jenayah, Pengendalian kes kanak-kanak yang perlu perlindungan segera, Khidmat Luar &Penglibatan komuniti setempat

4. Tujuan diperkenalkan: Akta ini adalah untuk menyatukan dan meminda undang-undang yang berhubung dengan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kanak-kanak dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan.

5. Sebab kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan perlindungan

5.1. Kanak-kanak besar kemungkinan akan dicederakan atau dianiayai

5.2. Kanak-kanak berkelakuan memudaratkan diri - Ibu bapa tidak upaya memperbaiki keadaan atau langkah memperbaiki keadaan diambil tetapi gagal

5.3. Kanak-kanak berada di jalan-jalan atau premis untuk mengemis, penjajahan yang menyalahi undang-undang.

5.4. Pertelingkahan ibubapa sehingga hubungan kekeluargaan terganggu dengan serius menyebabkan kanak-kanak alami kecederaan emosi.

5.5. Ibubapa/penjaga tahu tentang kecederaan/ penganyaiaan atau kemungkinan, tidak melindungi/ tidak mungkin melindungi kank-kanak

5.6. Ibubapa/penjaga tidak layak/telah abaikan/tidak upaya mengakibatkan kanak-kanak terlibat dalam pergaulan tidak sihat.

6. Kepentingan Akta dalam menjaga kebajikan kanak-kanak: Berperanan dan bertanggungjawab memberi jagaan, perlindungan, dan pemulihan kepada kanak-kanak agar mereka dapat hidup dengan sejahtera. Ini adalah selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak.