Ciri-ciri Personaliti, Etika dan Perwatakan Guru Sebagai Pembina Negara Bangsa

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
Ciri-ciri Personaliti, Etika dan Perwatakan Guru Sebagai Pembina Negara Bangsa by Mind Map: Ciri-ciri Personaliti, Etika dan Perwatakan Guru Sebagai Pembina Negara Bangsa

1. Ciri-ciri Personaliti

1.1. Personaliti menarik

1.1.1. Personaliti yang menarik dari guru-guru akan menjadi ikutan murid-murid. Contohhnya seperti pakaian yang kemas dan gerak kerja yang tersusun.

1.2. Mempunyai kualiti sosial yang tinggi

1.2.1. guru yang memberi komitmen terhadap tugas yang diberikan serta sentiasa menepati masa akan disenangi oleh orang sekeliling.

1.3. Kreatif dalam melakukan sesuatu

1.3.1. Guru perlu mempelbagaikan cara dan pendekatan yang berbeza dalam pengajaran dan pembelajaran seperti penggunaan ICT

1.4. Pengawalan emosi

1.4.1. Guru perlu bijak dalam mengatasi tekanan dan sentiasa tenang di hadapan murid. Guru juga perlu bersifat empati terhadap anak didiknya.

1.5. Mempunyai sikap kepimpinan yang baik

1.5.1. Sikap kepimpinan yang baik mampu mengawal suasana pengajaran dan pembelajaran dengan lebih cekap. Guru juga adalah agen yang dipertanggungjawabkan memimpin murid ke arah pembentukan budaya yang lebih baik.

2. Etika Guru sebagai Pembina Negara Bangsa

2.1. Tanggungjawab terhadap murid

2.1.1. Guru perlu bersikap adil dalam memberi layanan kepada semua murid tanpa mengira bangsa dan agama.

2.2. Tanggungjawab terhadap ibu bapa

2.2.1. Guru perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan ibubapa murid seperti sentiasa memaklumkan perkembangan anak-anak mereka kepada mereka.

2.3. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara

2.3.1. Guru harus memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat terutama dalam kalangan murid sekaligus menunjukkan tingkah laku yang baik kepada mereka supaya dijadikan ikutan.

2.4. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan

2.4.1. Guru perlu menjaga nama baik profesion keguruan, rakan sejawat di samping sedia membantu dan bekerjasama dengan rakan sejawat yang lain.

3. Perwatakan Guru sebagai Pembina Negara Bangsa

3.1. Murabbi

3.1.1. Guru sentiasa mengajar, menyayangi murid dan membimbing mereka dalam pembentukan sahsiah terutamanya.

3.2. Muaddib

3.2.1. Guru sentiasa mengajar tentang adab dan akhlak kepada murid sehingga kemenjadian adab mereka tercapai.

3.3. Mursyid

3.3.1. Guru hendaklah mendidik murid pada jalan yang benar selain mempunyai sikap yang baik dari seluruh aspek sebagai contoh teladan kepada murid.

3.4. Muallim

3.4.1. Guru sentiasa berusaha untuk memberi ilmu kepada murid sehingga mereka faham dengan jelas.

3.5. Mudarris

3.5.1. Guru bertanggungjawab menyampaikan ilmu yang ada padanya kepada murid yang dapat membina pemikiran, rohani, jasmani ,emosi dan juga sosial.