Get Started. It's Free
or sign up with your email address
KONSEP JIHAD by Mind Map: KONSEP JIHAD

1. Pendapat ulama mengenai jihad di Syria

1.1. Sheikh Abdullah Musthafa Rahhal (Ketua Rabitah Ulama Ildib di Syria)

1.1.1. Generasi muda yang datang berjihad tidak mengikut cara jihad Islam yang sebenar

1.1.2. Semangat berkobar pada awalnya untuk berjihad padahal mereka tidak berjihad atas nama Islam

1.1.3. Generasi muda tidak perlu menyertai jihad di Syria kerana dikhuatiri terpesong

1.1.4. Walaupun mereka datang dengan niat yang baik dan semangat yang berkobar-kobar tetapi niat mereka mungkin terpesong kerana kurang ilmu pengetahuan

1.1.5. ISIL didapati menggunakan nama-nama ulama palsu yang datang dari negara lain

1.2. Dr Ali al-Qarah Daghi (Setiausaha Kesatuan Ulama Sedunia)

1.2.1. Jihad di Syria adalah jihad yang meragukan kerana keadaanya yang tidak menentu jadi beliau menyeru kepada jihad dari segi kewangan dan kemanusiaan

1.3. Sheikh Muhammad Husin Kanu (ulama di Syria)

1.3.1. Orang Islam dari Malaysia atau negara-negara lain tidak perlu terlibat dalam berjihad di bumi Syria

1.4. Sheikh Muhammad Muwaffaq al-Murabi (Naib Mudir Maahad al-Fatah Islami)

1.4.1. Tidak patut pemuda Malaysia datang ke bumi Syria untuk berperang tetapi lebih utama dalam memberi bantuan kemanusiaan

1.5. Sheikh Usamah Rifaie (tokoh ulama terkenal Syam)

1.5.1. Tidak perlu pemuda dari Malaysia menyertai misi jihad tetapi hanya menyertai misi kemanusiaan

1.6. Sheikh Muhammad Said Ramadhan al-Buti (ulama yang terkenal digelar sebagai Syahid al-Mihrab)

1.6.1. Kita harus berwaspada dan mengikut segala saranan Rasulullah SAW yang menyuruh umatnya menghindari tindakan yang menimbulkan huru-hara yang tidak diketahui tujuan mereka berjihad

1.7. Dr Abdul Aziz Hanafi (Pengerusi Gabungan Instituti Pondok,Tahfiz dan Ilmuwan Islam)

1.7.1. Beliau menyokong kenyataan yang dikeluarkan Sheikh Abdullah Musthafa Rahhal kerana apa yang dikatakan beliau perlu diambil iktibar oleh belia Malaysia yang mungkin ghairah apabila mendengar seruan jihad sedangkan mereka mungkin membunuh dan merosakkan lagi keadaan tanpa memahami keadaan sebenar

2. Konsep Jihad menurut Imam Al-Banna

2.1. Jenis jihad dalam Islam ialah

2.1.1. perasaan yang kuat diliputi kelembutan hati itu kepada kehebatan dan kemuliaan Islam

2.1.2. rindu kepada kekuasaan pemerintahan dan kekuatan Islam serta menangis sedih atas kelemahan umat Islam dan kehinaan yang menimpa mereka

2.2. Jenis jihad di jalan Allah ialah

2.2.1. kebimbangan yang berterusan ini dan suasana ini hendaklah membawa kepada pemikiran yang kuat untuk berjaya

2.2.2. menyumbang sebahagian waktu,harta dan tuntutan diri kamu untuk kebaikan Islam serta generasi Muslimin

2.2.3. menyuruh kebaikan,mencegah kemungkaran,patuh kepada Allah,Rasul dan kitab-kitabNya,taat dan menasihati para pemimpin Muslimin serta orang awam

2.2.4. mengingkari orang yang menentang agama Allah dan memboikot orang yang memusuhi Allah dan RasulNya

3. Kategori Jihad

3.1. Jihad melalui pendidikan

3.2. Jihad dengan menyumbang harta benda

3.3. Perang berbentuk mempertahankan diri apabila berdepan dengan musuh Islam

3.4. Perang berbentuk menyerang apabila cuba menyebarkan dakwah dan dihalang

3.5. Kerahan tenaga ketika musuh menyerang negara Islam dan menggugat agama Islam

4. Definisi Jihad

4.1. Segi bahasa : berasal dari perkataan جاحد iaitu bersungguh-sungguh

4.2. Segi istilah : berusaha gigih untuk menegakkan sebuah masyarakat Islam dan meletakkan kalimah Allah di tempat yng tertinggi seterusnya membawa syariat Allah untuk memimpin seluruh alam.

4.3. 4 peringkat

4.3.1. Jihad melawan musuh yang jelas

4.3.2. Jihad melawan syaitan

4.3.3. Jihad melawan nafsu

5. Jihad melawan nafsu

5.1. untuk mempelajari ilmu dan agama yang benar

5.2. untuk mengamal ilmu selepas mempelajarinya

5.3. untuk menyampaikan ilmu kepada orang yang jahil.Jika tidak sampaikan akan dianggap sebagai orang yang menyembunyikan ilmu

5.4. untuk bersabar menanggung beban dakwah dan cercaan manusia