Definisi & Konsep Pendidikan
by Fatin Amirah
1. Konsep Pendidikan Dari Perspektif Timur
1.1. Confucius
1.2. Pendidikan ialah proses untuk memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia dan ini boleh dicapai melalui amalan tingkah laku yang brsopan santun, bertimbang rasa, ikhlas hati, sederhana, menghormatiorang tua, menyayangi orang yang lebih muda serta taat kepada pemerintah dan cintakan negara.
1.3. Aristotle
1.4. Pendidikan sebagai ilmu yang bersifat etikal dan politikal yang bertujuan memberikan peluang kepada setiap warganegara untuk mencapai kebahagiaan hidup. Proses pendidikan akan melatih warganegara mematuhi peraturan dan tingkah laku yang baik dan cekap dalam pengurusan pentadbiran dan berupaya mempertahankan kedaulatan negara.
1.5. Plato
1.6. Suatu proses yang membentuk individu yang berakhlak mulia, memberi latihan moral kewarganegaraan yang baik., dapat membentuk warganegara yang baik, setia dan mematuhi undang-undang negara.
2. Konsep Pendidikan Dari Perspektif Barat
2.1. Prof. Dr. John Dewey
2.2. Pendidikan adalah suatu proses pengalaman kerana kehidupan adalah pertumbuhan. Ia membantu pertumbuhan batin tanpa batasan usia. Proses pertumbuhan ialah proses menyesuaikan pada tiap-tiap fasa serta menambahkan kecekapan dalam perkembangan seseorang.
2.3. Prof. Herman H. Horn
2.4. Pendidikan ialah proses abadi dari penyesuaian yang lebih tinggi bagi seseorang untuk mengembangkan fizikal dan mental serta percaya kepada Tuhan dari segi intelektual, emosional dan kemahuan oleh manusia.
2.5. Milton
2.6. Pendidikan yang lengkap membolehkan seseorang bertindak secara adil dan saksama, mahir serta bertimbang rasa dalam segala bidang kerja.
3. Konsep Pendidikan Dari Perspektif Islam
3.1. Mohamad Qatb
3.2. Pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Tujuan utama pndidikan adalah untuk mengembangkan potensi, intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke tahap kesempurnaan.
3.3. Al-Ghazali
3.4. Proses pendidikan hendaklah merangkumi aspek intelek, latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani dan hormat-menghormati.
3.5. Dr. Mohd Athiyah al-Abrasyi
3.6. Pendidikan merupakan proses pembinaan tingkah laku manusia yang berakhlak tinggi dan mulia dibawah teras ajaran agama islam