HAK-HAK ASASI MANUSIA (Norfathihah Bt Ahmad Mazlan) (012018070694)

Norfathihah Bt Ahmad Mazlan012018070694Malaysian Studies ID09

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
HAK-HAK ASASI MANUSIA (Norfathihah Bt Ahmad Mazlan) (012018070694) by Mind Map: HAK-HAK ASASI MANUSIA (Norfathihah Bt Ahmad Mazlan) (012018070694)

1. Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuatkuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang.

1.1. Tiada seorang pun boleh menanggung hukuman yang lebih berat kerana sesuatu kesalahan daripada yang telah ditetapkan oleh undang-undang pada masa kesalahan itu dilakukan.

2. Kesamarataan di sisi undang-undang.

2.1. Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

3. Larangan buang negeri, dan kebebasan bergerak.

3.1. Berhak bergerak dengan bebasnya di seluruh Persekutuan dan bermastautin di mana-mana bahagiannya.

4. Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan.

4.1. BERCAKAP: Terdapat sekatan demi menjaga kepentingan keselamatan negara, hubungan baik dengan negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral, serta menentang penghinaan mahkamah, fitnah

4.2. BERHIMPUN: Semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata, perlu mendapat kebenaran polis 10 hari sebelum perhimpunan

4.3. MENUBUHKAN PERSATUAN: Semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan.

5. Kebebasan Diri

5.1. Maka mahkamah itu hendaklah menyiasat pengaduan itu dan, melainkan berpuas hati bahawa tahanan itu adalah sah di sisi undang-undang, mahkamah itu hendaklah memerintahkan orang itu dibawa ke hadapan mahkamah itu dan melepaskannya.

6. Keabdian dan Kerja Paksa Dilarang

6.1. Kerja berkaitan dengan menjalankan hukum penjara yang dijatuhkan oleh mahkamah tidak dikira sebagai kerja paksa dalam erti Perkara ini.

7. Kebebasan Agama.

7.1. Tiada sesiapa pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika pendapatan dari cukai itu adalah diuntukkan khas sama ada kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud-maksud sesuatu ugama yang lain daripada ugamanya sendiri.

8. Hak-hak berkenaan dengan pelajaran.

8.1. pihak berkuasa harus menyelenggara institusi pendidikan. Setiap kumpulan agama berhak menubuhkan institusi pendidikan berasaskan agama masing-masing.

9. Hak terhadap pemilikan harta.

9.1. Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.