Ideologi

PETA MINDA BAB 7

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
Ideologi by Mind Map: Ideologi

1. Pascamodenisme

1.1. Reaksi kepada modenis

1.2. Sains menjadi kayu ukur kebenaran di semua bidang pengetahuan dan aspek kehidupan. Ini adalah suatu projek yang agak besar dan radikal, tetapi kemunculan falsafah yang seperti ini yang hanya menekankan akan aspek intelektual, reason dan sains telah mendapat tentangan dari golongan yang kemudiannya digelar sebagai pascamodenisme.

1.3. mereka ini menentang modeniti seperti yang dibawa oleh golongan Enlightenment dan positivisme logikal

1.4. Mereka ini menentang dan mengadakan suatu pemberontakan terhadap logocentricism dan juga terhadap rasionaliti, objektiviti dan kaedah saintifik.

1.5. menganggap bahawa sains itu bukanlah ilmu yang bersifat sebagai paradigmatik, iaitu sebagai ilmu contoh yang mana jika sesuatu ilmu yang lain tidak mempunyai ciri-ciri ilmu sains maka ia tidak dianggap sebagai ilmu, seperti yang dikatakan oleh positivisme logikal yang menolak akan metafizik dan sebagainya.

1.6. golongan sosial konstruktivis

1.6.1. mempunyai fahaman bahawa ilmu itu tidak semestinya mencerminkan hakikat yang objektif tentang kebenaran alam ini, sebaliknya mereka mengatakan bahawa ilmu itu adalah suatu konstruk yang dikaitkan dengan kepentingan masyarakat, ataupun pandangan masyarakat yang menusuk masuk ke dalam pembinaan ilmu sains itu.

1.7. fahaman relativisme

1.7.1. teori yang menolak sesuatu kebenaran yang objektif

1.7.2. menganggap kebenaran itu boleh dilihat dari pelbagai sudut

1.7.3. konsep relativisme adalah satu cara untuk menafikan konsep absolute truth.

1.7.4. Fahaman relativisme itu sendiri telah dikritik oleh ahli-ahli falsafah.

1.7.5. fahaman relativisme sebenarnya secara logik tidak mempunyai asas logik yang kuat.

1.7.6. Dari sudut keagamaan, relativisme ditolak, kerana sesuatu kepercayaan itu tidak boleh diragui, itu pendekatan agama, dan juga bagi sesuatu agama itu, kebenaran masing-masing adalah mutlak

2. Modenis

2.1. Fahaman ini dibawa oleh ahli-ahli falsafah gerakan Enlightenment menekankan akan peri pentingnya akal fikiran yang rasional di dalam menentukan kebenaran, menentukan apakah bentuk organisasi sosial dan sebagainya.

2.2. mereka mempunyai satu keyakinan baru akan kebolehan manusia untuk mencipta sesuatu kehidupan yang lebih baik di dunia ini dan membawa kepada suatu budaya baru yang berasaskan kepada rasionaliti, kaedah saintifik,

2.3. konsep bahawa manusia ini boleh mencapai kemajuan dengan menggunakan akal fikiran yang ada pada dirinya, iaitu kemampuan manusia itu mencipta suatu kehidupan dan masyarakat yang baru yang meninggalkan ciri-ciri lama seperti yang terdapat di dalam masyarakat medieval yang berteraskan kepada keagamaan.