Bahasa Remun di negeri Sarawak: Kajian perbandingan dengan Bahasa Iban

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
Bahasa Remun di negeri Sarawak: Kajian perbandingan dengan Bahasa Iban by Mind Map: Bahasa Remun di negeri Sarawak: Kajian perbandingan dengan Bahasa Iban

1. Analisis fonologi

1.1. Memberi bukti bahawa bahasa Remun bukanlah sejenis dialek Iban walaupun memaparkan persamaan 85% kognat

2. Kajian terdahulu

2.1. Cullip (2000; 2003)

2.1.1. Isi kandungannya sama kecuali perubahan pada tajuk.

2.1.1.1. Susulan dari pengembangan bahasa Iban dan suku tersebut, ramai suku Remun mula menyilihkan bahasa ibunda mereka ke bahasa Iban.

2.1.1.1.1. Pendorong: perkahwinan campur antara suku Remun dan Iban

2.2. Zahid (2010)

2.2.1. Fokus pada kajian sosiolinguistik tentang kepunahan bahasa Remun.

2.2.1.1. Menggunakan model yang dihasilkan dalam pertemuan UNESCO Experts Meeting on Safeguarding Endangerment Language pada tahun 2003 untuk mengukur darjah kepunahan sesuatu bahasa.

2.2.1.1.1. Walaupun bahasa Iban mempunyai variasi dialek yang tersendiri, kesemua dialek ini tetap dinamakan sebagai “bahasa Iban”.

2.3. Chong (2006b)

2.3.1. Sistem sungai Saribas

2.3.1.1. Bahasa Iban sebenarnya mempunyai perbezaan fonologi tersendiri mengikut kawasan pertuturan.

2.4. Remmy (2018)

2.4.1. Kelainan variasi-variasi Iban dengan berfokus kepada bahasa Iban di bahagian Barat negeri Sarawak.

2.4.1.1. Mengenalpasti terdapat empat variasi Iban yang berasingan, iaitu variasi di Sibu, Samarahan, Sri Aman dan bahasa Iban baku.

2.4.1.1.1. Kesemua variasi ini mempunyai perbezaan fonologi dan leksikal yang minimal.

3. Mempertingkatkan kajian

3.1. Perlu ada kajian perbandingan yang intensif untuk memperjelaskan hubungan antara bahasa Remun dengan bahasa Iban yang berhubungan dekat, seperti yang dinyatakan dalam kajian Cullip (2000; 2003) dan kajian Zahid (2010).

4. Suku Remun

4.1. Tersebar di daerah Serian memiliki identiti kelompok yang khusus, iaitu menggelar diri mereka sebagai “Remun” padahal bahasa mereka mempunyai kadar persamaan yang tinggi dengan bahasa Iban.

4.2. Dikenali sebagai “Iban Remun”

4.3. Tanah asal: di sekitar Semitau Tuai di hulu Kapuas.

4.4. Berpindah ke Semitau Lempa (Kalimantan Barat), Tampun Juak (Kalimantan Barat) dan akhirnya ke Serian, Sarawak.

4.5. Bahasa Remun bukanlah dialek kepada bahasa Iban.

5. Rumusan

5.1. Berhasil merungkai kekaburan yang timbul tentang status bahasa Remun di Sarawak

5.2. Hasil perbandingan leksikal dan fonologi mengesahkan bahawa terdapat dua kelompok Ibanik di Sarawak, iaitu kelompok bahasa Remun dan kelompok bahasa Iban.

5.3. Bahasa ini diakui berhubungan lebih dekat dengan bahasa Ibanik Bugau di Kalimantan Barat daripada dengan bahasa Iban.

5.4. Tanah leluhur suku Remun terletak jauh dari tanah leluhur suku Iban.

5.5. Bahasa Iban di Sarawak adalah diperturunkan dari Bahasa Iban Sarawak Purba manakala cabang bahasa Remun setara dengan bahasa Seberuang dan Kantuk.

6. Objektif

6.1. Mengenalpasti status bahasa Remun melalui perbandingan dengan bahasa Iban dengan memfokus kepada aspek leksikal dan fonologi.

7. Bahasa Ibanik

7.1. Cabang bahasa Malayik yang tersebar di Kalimantan Barat (Indonesia) dan Sarawak (Malaysia)

7.2. Bahasa Remun

8. Kelemahan kajian

8.1. Tidak memaparkan perbandingan bahasa Remun dan Iban baik dari segi kosa kata mahupun ciri-ciri fonologinya.

8.2. Sukar untuk pembaca menilai julat perbezaan dan persamaan antara bahasa Remun dengan Iban.

9. Suku Iban

9.1. Berasal dari kawasan hulu Sungai Kapuas, Kalimantan Barat, Indonesia.

9.1.1. Daerah tersebut merupakan tempat tumpuan berbagai penutur Ibanik seperti Ketungau, Kantuk, Seberang, Mualang, Ketungan Sesat, Desa, Iban dan sebagainya.