FALSAFAH

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
FALSAFAH by Mind Map: FALSAFAH

1. DEFINISI

2. BERASAL DARI PERKATAAN YUNANI

3. PHILO-CINTA SOPHIA-KEBIJAKSANAAN

4. “falsafah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara di sebalik sifat luarannya, iaitu apa sebenarnya yang menjadi asas dan intipati pembentukan sesuatu benda atau perkara; apa asasnya, esensinya dan zatnya.”-PLATO

5. Falsafah adalah satu pengajian/penyelidikan dan ilmu yang berasaskan renungan (reflective) dan pentaakulan (reasoning) untuk merumuskan sifat, hakikat dan kandungan alam wujud atau alam semesta dilihat secara keseluruhan sebagai satu kesatuan berdasarkan kepada penelitian dan pengkajian terhadap data dan fakta yang diambil daripada semua aspek alam wujud. -B.A.G Fuller (1955)

6. BAHAGIAN

7. Teoritikal (Nazariyyah)

8. Falsafah Praktikal

9. Falsafah tabiat: falsafah yang membahaskan segala yang bercampur kewujudannya

10. Falsafah Riyadiyyah: falsafah yang membahaskan segala sesuatu yang bercampur wujudnya pada akal tetapi tidak pada gerak dan benda

11. Falsafah ketuhanan: falsafah yang membahaskan segala yang ada yang tidak bercampur dengan gerak dan benda

12. Falsafah Akhlakiyyah : falsafah yang yang berkaitan pengurusan manusia tentang dirinya

13. Falsafah ekonomi (Iqtisadiyyah): iaitu falsafah yang membahaskan pengurusan manusia berkait dengan diri, keluarga dan masyarakat

14. Falsafah politik: iaitu falsafah yang membahaskan soal-soal politik, pemerintahan dan menentukan baik buruknya.

15. METAFIZIK

16. Epistemologi

17. Falsafah psikologi

18. Ia adalah ilmu yang membahas pelbagai urusan yang berkenaan dengan pelbagai fenomena semulajadi material.

19. Cabang falsafah yang menjelaskan sumber, struktur, metode dan sahnya ilmu pengetahuan.

20. disiplin ilmiah yang berkaitan dengan tingkah laku manusia dan haiwan.

21. PERKEMBANGAN DAN KEMUNCULAN TERBARU DALAM DUNIA FALSAFAH

22. Falsafah Teknologi – Hakikat dan tujuan teknologi dan penggunaan teknologi untuk kebaikan / keburukan.

23. -Falsafah Organisasi – Hakikat dan tujuan organisasi. Kebaikan / keburukan daripada organisasi

24. Falsafah Ekologi – Ekologi bermaksud kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan alam persekitaran

25. Metafizik berasal daripada perkataan Greek ‘metaphysika’ yang bermaksud after physics atau beyond phsyics

26. Epistemologi berasal dari kata “episteme” dan “logos”. Episteme bermaksud pengetahuan dan logos bermaksud teori / ilmu

27. Psikologi berasal daripada perkataan Greek iaitu Psyche yang bermaksud jiwa, rohani atau mental, manakala logi adalah diambil dari perkataan logos yang bermaksud kajian.

28. FALSAFAH ESTETIKA

29. Ia berkait dengan persoalan kritis yang menggambarkan, menafsirkan atau menilai karya-karya seni yang khusus dan juga berkait dengan ahli sastera, muzik dan seni halus.

30. Perkataan estetika dalam bahasa Yunani ialah aisthesis membawa maksud hal-hal yang dapat diserapkan oleh pancaindera atau lebih khusus lagi ialah ‘kepekaan’

31. PERBEZAAN FALSAFAH DAN SAINS

32. Falsafah menjadikan semua benda dan wujud sebagai subjek perbahasan dan kajiannya. Ilmu sains menentukan sesuatu segi tertentu daripada benda iltu sebagi subjek perbahasan dan kajian.

33. Perbahasan ilmu falsafah adalah luas sehingga ia memusatkan segala yang ada kepada suatu masalah kemudian membahas dan cuba menghimpunkan semua ilmu dengan tertakluk kepada kaedah-kaedah tertentu

34. Perbahasan ilmu sains pula hanya fokus kepada yang tertentu seperti sains botani, sains falak, sains perubatan dan lain-lain.

35. Sains lebih khusus. Falsafah lebih umum. Sains sebahagian daripada falsafah.