PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN RASULULLAH SAW

PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN ZAMAN RASULULLAH SAW

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN RASULULLAH SAW by Mind Map: PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN RASULULLAH SAW

1. PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN DI MEKKAH

1.1. TAHAP 1 – RAHSIA DAN SULIT (3 TAHUN)

1.1.1. Turunnya surah al-‘Alaq ayat 1-5 sebagai wahyu pertama.

1.1.2. Corak pendidikan ialah secara bersembunyi dan rahsia

1.1.3. Disebabkan sosio politik masyarakat Mekkah yang tidak stabil dan bimbang akan ancaman daripada kaum muysrikin Mekkah.

1.1.4. Rasulullah SAW mula mendidik dan berdakwah kepada keluarga dan para sahabat yang rapat.

1.1.5. Bermula dengan Siti Khadijah (isteri baginda) seterusnya Ali bin Abi Talib (sepupu), Zaid Bin Harithah (Pembantu), Abu Bakar as-Siddiq (sahabat)

1.1.6. Setelah itu, mula meluas tetapi masih terbatas di kalangan para sahabat keluarga dekat dari suku Qurasy saja seperti Uthman bin Affan, Sa’ad bin Waqas dan Abdurrahman bin Auf.

1.1.7. Mereka ini digelar Assabiquna al-awwalun.

1.1.8. Rumahnya Arqam bin Arqam menjadi pusat kegiatan proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam buat pertama kali.

1.2. TAHAP 2 – TERBUKA DAN TERANG-TERANGAN (10 TAHUN)

1.2.1. Turunnya wahyu memerintahkan dakwah secara terang-terangan.

1.2.2. Baginda menjemput keluarga dan kaum kerabat terdekat.

1.2.3. Baginda menyeru agar berhati-hati terhadap azab yang keras di hari kiamat bagi orang yang tidak mengakui Allah sebagai Tuhan Yang Esa dan Muhammad sebagai utusan-Nya.

1.2.4. Terdapat ahli keluarga yang menerima dan ada yang menentang sekerasnya terutamanya Abu Lahab bapa saudara baginda.

1.2.5. Di rumah Saidina Ali.

1.3. TAHAP 3- UMUM

1.3.1. Turun wahyu yang memerintahkan dakwah secara terbuka kepada masyarakat Mekah dalam surah al-Hijr:94.

1.3.2. Ertinya: "Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik."

1.3.3. Kaum Quraisy berkumpul di Bukit Safa untuk mendengar berita yang ingin disampaikan oleh baginda. Abu Lahab dan pembesar Quraisy lain turut hadir.

1.3.4. Ada sebahagian menerima ada yang menentang.

1.3.5. Nabi dan para sahabat sedaya upaya mendidik dan berdakwah dengan penuh hikmah.

2. Konsep pendidikan Islam zaman Rasulullah SAW tidak terlepas dari metod evaluasi, materi, kurikulum, pendidik, peserta didik, lembaga, dasar, tujuan dan sebagainya yang pertalian dengan pelaksanaan pendidikannya berjalan secara teoritis dan praktis.

3. PENGENALAN

3.1. Menurut Muhammad Abduh (1972: 117), pendidikan yang baik adalah pendidikan yang dalam prosesnya mampu mengembangkan seluruh fitrah peserta didiknya, terutama fitrah akal dan agamanya.

3.2. Dengan fitrah akal peserta didik akan dapat mengembangkan daya berfikir mereka secara rasional.

3.3. Kurikulum Pendidikan Islam bukan sahaja mencakupi aspek rohani tetapi dari segala aspek seperti fizikal, mental, sahsiah dan akademik.

4. PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN DI MADINAH

4.1. Penghijrahan ke Madinah mendapat sambutan yang hangat.

4.2. Penduduk Madinah menerima dan memeluk ajaran Islam yang disampaikan oleh Baginda.

4.3. Maka, bermulalah perluasan pendidikan ajaran Islam dalam pelbagai aspek.

4.3.1. AKIDAH

4.3.1.1. Menerapkan 6 rukun Iman yang wajib diimani dalam diri.

4.3.1.2. Memantapkan keimanan diri kepada Allah.

4.3.2. SYARIAH

4.3.2.1. Melaksanakan segala syariat yang diperintahkan oleh Allah.

4.3.2.2. Contohnya, munakahat, jinayat, ibadat dan muamalat.

4.3.2.3. Hal ini kerana keimanan penduduk Madinah semakin kuat dan terbuka untuk menerima pendidikan Islam.

4.3.3. AKHLAK

4.3.3.1. Menggalakkan kegiatan bermuamalah dan bekerjasama.

4.3.3.2. Menghidupkan suasana kejiranan yang saling bantu-membantu dan harmoni.

4.4. Institusi pengajian – Masjid Nabawi sebagai pusat pendidikan.

4.5. Kurikulum Pendidikan Islam tidak terbatas. Ia semakin berkembang meluas dengan cara berikut:

4.5.1. Semua penduduk Madinah mempunyai hak untuk mendapat pendidikan.

4.5.2. Mempelajari dan menguasai bahasa Asing.

4.5.3. Pendidikan membaca dan menulis untuk menambah kemahiran dan ilmu dalam berdakwah.

4.5.4. Pendidikan fizikal seperti memanah,berkuda dan berenang untuk menguatkan tahap fizikal diri.

4.5.5. Menulis surat kepada negara lain seperti Habsyah untuk menarik minat mereka terhadap Islam.

4.6. Persediapan menghadapi ancaman dan musuh Islam seperti perlengkapan senjata dan kemahiran berlawan.