REFLEKSI BAB 1: PENGENALAN ILMU ETIKA DAN PERADABAN

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
REFLEKSI BAB 1: PENGENALAN ILMU ETIKA DAN PERADABAN by Mind Map: REFLEKSI BAB 1:   PENGENALAN ILMU ETIKA DAN PERADABAN

1. Bagaimanakah bab ini membantu anda dalam memberi informasi tentang isu-isu etika daripada pelbagai perspektif budaya dan agama?

1.1. Mempelajari dan memahami perspektif daripada beberapa budaya dan agama yang berbeza membantu saya memahami erti etika dan peradaban dari sudut pandangan berbeza dengan lebih baik. Walaupun budaya dan agama berbeza, misi kehidupan adalah sama iaitu mencapai keharmonian dalam kehidupan melalui penjagaan tingkah laku, budi pekerti dan tabiat.

2. Bagaimanakah bab ini membantu dalam menjadikan anda warganegara yang beretika serta menjunjung tinggi tatasusila dalam bermasyarakat?

2.1. Melalui pembelajaran bab ini, saya dapat memperolehi pengetahuan mengenai budaya lain yang perlu saya hormati terutamanya bagi pegangan budaya lain yang berbeza dengan budaya saya. Dengan menghormati pandangan orang lain yang tidak mempunyai nilai budaya yang smaa dengan saya, akan menjadikan saya seorang warganegara yang beretika serta menjunjung tinggi tatasusila dalam bermasyarakat. Secara tidak langsung saya mengaplikasikan apa yang diajar daripada bab ini iaitu etika dalam kehidupan bermasyarakat.

3. Bagaimanakah bab ini memberi kesan kepada anda dari sudut intelektual serta psikologi?

3.1. Dari sudut intelektual, bab ini menyedarkan saya bahawa ianya sangat penting untuk menerima pandangan orang lain mengenai imu etika dan peradaban. Hal ini kerana kita semua tidak mempunyai asal usul yang sama serta tidak menetap dan dibesarkan di kawasan yang sama. Oleh itu, setiap ilmu etika dan peradaban yang dibawa dari pelbagai budaya mempunyai nilai yang sama serta misi dan visi kehidupan yang sama walaupun mempunyai kaedah yang berbeza. Dari sudut psikologi, bab ini memberi kesan keatas saya untuk menghargai ilmu etika dan peradaban yang membantu mengawal tingkah laku manusia dan keharmonian masyarakat. Tanpa adanya ilmu etika dan peradaban, dunia kita hari ini tidak akan damai disebabkan oleh tingkah laku manusia yang melampaui batas dan di luar kendali.

4. Apakah moral, nilai-nilai murni, kualiti serta kemahiran yang anda pelajari daripada bab ini?

4.1. Moral: Setiap budaya dan agama mempunyai definisi etika yang tersendiri. Oleh itu, kita perlulah menghormati pendapat individu dari budaya lain mengenai definisi etika berdasarkan peradaban.

4.2. Kualiti: 1. Peradaban Barat Prinsip-prinsip moral dijadikan panduan kehidupan adalah bagus bagi mengekalkan keharmonian sebuah masyarakat yang mempunyai budaya yang sama. 2. Peradaban India Kepercayaan terhadap karma membantu membendung gejala sosial masyarakat yang berpegang kepada kepercayaan ini. Bagi mengelakkan karma, masyarakat akan menjaga tingkah laku masing-masing. 3. Peradaban Cina Apabila kita berpegang kepada lima prinsip utama 'wuchang' (iaitu ren, yi, li, zhi dan xin), kita akan menjaga nilai kemanusiaan dalam diri kita seperti nilai integriti, nilai kasih sayang dan nilai kebajikan. 4. Peradaban Arab Dengan berpegangkan ajaran di dalam Al-Quran dan hadith, akhlak seseorang itu akan terjaga termasuklah fitrah, tabiat dan amalan.

4.3. Nilai-nilai murni: 1. Setiap individu perlulah menjaga tingkah laku, budi pekerti dan tabiat supaya tidak mencemarkan imej budaya masing-masing. 2. Kita perlulah menanam sifat jujur dan amanah dalam diri kita agar maruah budaya kita terjaga. 3. Kita perlulah menghormati perspektif dan pendapat orang lain dalam membincangkan sesuatu topik.

4.4. Kemahiran: Berfikir melalui perspektif yang berbeza bagi membantu menjana idea yang banyak.