ISU UTAMA EKONOMI SELEPAS KEMERDEKAAN

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
ISU UTAMA EKONOMI SELEPAS KEMERDEKAAN by Mind Map: ISU UTAMA EKONOMI SELEPAS KEMERDEKAAN

1. Penyusunan masyarakat

1.1. Bertujuan untuk memperbaiki jurang yang wujud selepas penjajahan British iaitu Dasar Pecah dan Perintah

1.2. Mengurangkan jurang pendapatan dan menyusun semula masyarakat mengikut pelaksanaan DEB

1.3. Antara usaha yang diambil untuk menyusun semula masyarakata

1.3.1. Memodenkan kawasan luar bandar untuk meninggikan taraf kehidupan golongan miskin

1.3.2. Membentuk masyarakat perindustrian dan perdagangan dalam kalangan bumiputera

1.3.3. menambahkan hak pemilikan oleh golongan bumiputera seperti hak saham

1.3.4. Menyusun semula corak guna tenaga mengikut sektor dan jenis pekerjaan secara berperingkat

2. Pekerja asing dan hubungan etnik

2.1. Terdapat 2.2 juta pekerja asing berdaftar dan 1.2 juta pendatang asing tanpa izin

2.2. Antaranya datang daripada negara Bangladesh, Indonesia, Myanmar dan sebagainya

2.3. Tindakan untuk mengurangkan jumlah pekerja asing akan menjejaskan kemajuan ekonomi negara

3. Agihan kekayaan negara

3.1. Kekayaan negara diberi sama adil kepada semua etnik agar tidak menjejaskan hubungan perpaduan masyarakat

3.2. Langkah yang diambil kerajaan adalah dengan meningkatkan pembahagian saham kepada bumiputera iaitu sebanyak 1.5% pada tahun 1969 dinaikkan kepada 20.6% pada tahun 1995

4. Kemiskinan

4.1. Pendapatan purata bagi isi rumah Melayu sangat rendah berbanding etnik lain iaitu anggaran sebanyak RM 172 sebulan

4.2. Perbezaan pendapatan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati kumpulan etnik kepada etnik lain

4.3. Kerajaan telah merangka pendekatan untuk membasmi kemiskinan

4.3.1. Mengadakan peluang pekerjaan yang mencukupi

4.3.2. menambahkan kemudahan untuk meningkatkan produktiviti semua etnik

4.3.3. Membuka peluang kepada golongan miskin untuk terlibat dalam bidang perindustrian

4.3.4. Memodenkan penghidupan luar bandar dengan meluaskan infrastruktur asas

4.3.5. Melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB)