DASAR-DASAR KERAJAAN

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
DASAR-DASAR KERAJAAN by Mind Map: DASAR-DASAR KERAJAAN

1. Dasar Pembangunan Ekonomi

1.1. a) Perancangan Jangka Panjang (sekurang-kurangnya sepuluh tahun) - Model Baru Ekonomi (2011-2020) - Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001-2010) - Wawasan 2020 (1991-2020) - Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (1991-2000) - Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (1971-1990)

1.2. b) Perancangan Jangka Sederhana (biasanya dalam lima tahun) - Rancangan Malaysia Kesebelas (2016-2020) - Kajian Separuh Penggal

1.3. c) Perancangan Jangka Pendek (tahunan) - Bajet Tahunan

2. Wawasan 2020

2.1. 9 cabaran dalam Wawasan 2020 • mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama • mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju • mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang • mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika • mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur • mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif • mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi • memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi • mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

2.2. Strategi pelaksanaan • meningkatkan program kita untuk pembangunan sumber manusia dengan pesatnya • wujud penekanan penuh untuk mencapai kemajuan dengan segera serta hasil yang produktif • menetapkan beberapa banyak matlamat yang berasaskan aspirasi.

3. Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran

3.1. • diperkenalkan pada tahun 1985 • usaha Kerajaan Malaysia untuk memasukkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia.

3.2. Objektif dasar • Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat lain • Menubuhkan sebuah 'negara bahagia' • Menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan • Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu.

3.3. Strategi mencapai objektif dasar • perkhidmatan awam sebagai jentera yang melaksanakan pelbagai program dan projek bagi faedah rakyat dan negara perlu meningkatkan prestasinya dari semasa ke semasa • penerangan dan penjelasan dasar ini, teladan pegawai-pegawai kanan, dan pujukan. Paksaan dan tekanan dalam apa jua bentuk tidak dilakukan.

4. Dasar Pandang Ke Timur

4.1. • diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Dato` Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 8hb. Februari 1982 • Objektif utama Dasar Pandang Ke Timur ini ialah untuk meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan di negara ini serta mewujudkan golongan masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang positif untuk meninggikan kemajuan negara.

4.2. Strategi pelaksanaan • perubahan struktur seperti Kad Perakam Waktu Kerja (Punch Card) • Penggunaan Tanda Nama (Name Tag) • Penubuhan Pasukan Meningkat Mutu Kerja (QCC) • Konsep Pejabat Terbuka, Perkhidmatan Kaunter/Perkhidmatan Pembayaran Bil Setempat dan Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja.

5. Dasar Penswastaan

5.1. • diumumkan oleh Kerajaan pada tahun 1983

5.2. Objektif dasar • bertujuan memudahkan perkembangan ekononomi negara • mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran Kerajaan • mengurangkan campur tangan Kerajaan di dalam ekonomi • merendahkan tahap dan skop perbelanjaan awam • memperbaiki keberkesanan dan produktiviti sejajar dengan Dasar Pembangunan Negara.

6. Dasar Pertanian Negara Ketiga

6.1. Objektif dasar • memaksimakan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optima dalam sektor pertanian • meningkatkan sekuriti makanan, produktiviti dan daya saing sektor pertanian, mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lain • mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru untuk sektor pertanian, memulihara dan menggunakan sumber-sumber asli secara mampan.

6.2. Manfaat dasar kepada negara • mewujudkan ruang yang lebih luas kepada pelbagai gabungan perusahaan perhutanan dan pertanian • mengoptimakan penggunaan sumber terutama tanah dan meningkatkan potensi penjanaan pendapatan dari pelaburan-pelaburan perhutani. • membolehkan pengeluaran hasil pertanian dan perhutanan daripada tanah yang sama • menyokong pelbagai perhubungan simbiotik dengan tanaman industri untuk mengoptimakan penggunaan tanah dan memaksimakan pulangan • memberikan peluang hasil pulangan yang awal dan berterusan daripada komponen pertanian di dalam perusahaan campuran tersebut • meningkatkan bekalan balak untuk industri berasaskan kayu.

7. Dasar Pendidikan Kebangsaan

7.1. • dizahirkan melalui Penyata Razak (1956) yang dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran (1957) • Pada tahun 1960, dasar ini telah disemak semula dan menghasilkan Laporan Rahman Talib yang kemudiannya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran (1961).

7.2. Strategik pelaksanaan • Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama • Mengadakan kurikulum yang sama bagi semua jenis sekolah • Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama • Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan • Meningkatkan mutu pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu. • Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun • Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu

8. Dasar Kebudayaan Kebangsaan

8.1. • dilaksanakan pada tahun 1971 di Malaysia.

8.2. Tiga prinsip yang telah ditetapkan • berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau • penerimaan unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar • Islam menjadi unsur utama dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan

8.3. Objektif melancarkan dasar • mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan. • memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan. • memeperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

8.4. Strategi dan pelaksanaan objektif dasar • pemulihan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usaha penyelidikan. • meningkatkan upaya kepimpinan budaya melalui usaha membimbing dan melatih peminat. • memenuhi keperluan sosiobudaya dan meninggikan taraf dan mutu kesenian.

9. Rukun Negara

9.1. • diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 • tujuan ialah membentuk perpaduan yang kukuh • Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian.

9.2. Bahagian yang pertama menggariskan objektif masyarakat Malaysia yang mahu dibentuk : • Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat • Memelihara satu cara hidup demokratik • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama • Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak • Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

9.3. Bahagian yang kedua pula menggariskan Lima Prinsip Rukun Negara • Kepercayaan Kepada Tuhan • Kesetiaan Kepada Raja dan Negara • Keluhuran Perlembagaan • Kedaulatan Undang-undang • Kesopanan dan Kesusilaan

10. Dasar Ekonomi Baru

10.1. • dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975).

10.2. Matlamat dasar • mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya. • membetulkan ketidakseimbangan sosial ekonomi yang wujud di Malaysia di antara kaum-kaum, di antara wilayah-wilayah dan di antara kawasan di wilayah yang sama.

10.3. Strategi melaksanakan dasar • membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum • memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan • mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dan luarbandar dan antara wilayah. • menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. • meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luar bandar