1. DARURAT
1.1. Darurat merupakan satu pengisytiharaan oleh kerajaan, di mana kuasa tersebut diperuntukkan oleh perlembagaan bagi mengawal keadaan huru-hara yang wujud.
1.1.1. Darurat yang telah diisytiharkan oleh Kerajaan British di Tanah Melayu akibat ancaman teruk dari pemberontakan bersenjata PKM ( PARTI KOMUNIS MALAYA )
1.1.1.1. IMPLIKASI DARURAT
1.1.1.1.1. 1) SENTIMEN PERKAUMAN =Dalam rancangan Briggs, rancangan kampung baru yang memiliki prasarana yang lengkap menyebabkan menebalnya rasa sentimen perkauman. Kehidupan mereka dilindungi oleh kerajaan British dan mendapat kemudahan pendidikan dan perubatan bertentangan dengan peranan mereka yang pernah menentang British
1.1.1.1.2. 2) PENINGKATAN KOS PERBELANJAAN=Kerajaan Tanah Melayu terpaksa membelanjakan sejumlah peruntukan wang yang besar dalam usaha membeanteras Komunis. Perbelanjaan yang besar dikeluarkan oleh British bagi membesarkan angkatan tentera dan membina infrastruktur yang musnah akibat pemberontakan Komunis.
2. KEMUNCULAN FAHAMAN KOMUNIS
2.1. Fahaman Komunis ( Komunisme ) diasaskan oleh Karl Marx di Eropah pada pertengahan abad ke-19. Fahaman Komunis merupakan ideologi menentang golongan pemerintah tradisional, feudalis/imperialis secara kekerasan untuk digantikan dengan pemerintahan berasaskan fahaman Komunis. Sejarah Berdirinya Komunisme di Dunia
3. SEJARAH PARTI KOMUNIS MALAYA DI TANAH MELAYU
3.1. Gerakan awal Komunis di Tanah Melayu dikesan sejak awal 1920-an, pengaruh komunis menyusup masuk ke dalam sekolah Cina, kesatuan kerja dan penerbitan yang berunsurkan komunis. saluran ini menyebarkan pengaruh komunis dalam kalangan penduduk, pekerja dan termasuklah belia di neheri-negeri Melayu. Pergerakkan Komunis di Tanah Melayu semakin rancak pada april 1930 apabila PKM atau Parti Komunis Malaya ditubuhkan. Pada asalnya, PKM ini turut menentang penjajah, walau bagaimanapun terdapat tujuan yang lain seperti mendirikan negara komunis. Di bawah pimpinan Chin Peng, pergerakan komunis semakin rancak dan mahu melakukan pemberontakan bersenjata mulai jun 1948. Pada pandangan PKM, pengaruh atau agenda Komunis ini mampu melahirkan masyarakat yang lebih baik , adil dan saksama.
3.1.1. Pada tahun 1930, Parti Komunis China di Tanah Melayu mengeluarkan risalah propaganda dalam tulisan jawi. Dalam pada itu risalah propaganda komunis juga disebarkan dalam bahasa Tamil dan Melayu oleh pertubuhan Komunis Cina Johor, Melaka, Seremban dan Pulau Pinang. Ahli Komunis berjaya menubuhkan Parti Komunis Malaya di Kuala Pilah dan Negeri Sembilan pada tahun 1930.
3.1.1.1. PKM menghadapi ancaman daripada pentadbiran British yang memberkas ramai pemimpin PKM. Walau bagaimanapun PKM semakin berjaya memantapkan pengaruh Komunis terutamanya dalam kalangan buruh Cina.
3.2. Pada tahun 1934-1935, PKM dengan usaha Loi Teck iaitu seaorang anggota Komunis dari Annam, berjaya menyusun dan memperkemas jentera parti dan disiplin Parti. PKM berjaya menubuhkan organisasi tempatan di Tanah Melayu seperti Barisan Bersatu Pergerakan Pembebasan Nasional ( NATIONAL SALVATION MOVEMENT) yang dibentuk untuk menentang Jepun.
3.2.1. Penjajahan Jepun Disember 1941 memberi rahmat kepada PKM, British memberi bantuan kepada PKM dan membolehkan mereka mengukuhkan lagi kedudukan mereka. Pertemuan pertama British dan PKM iaitu Mei 1939, dimana menjadi platform oleh PKM bagi mengemukakan 2 tuntutan utama. 30 September 1940, bahang perang dunia ke 2 semakin kuat dan PKM bersetuju untuk membantu British, 8 disember 1941, apabila tentera Jepun mula kuasai negeri-negeri di Utara Tanah Melayu, PKM menawarkan diri untuk bekerjasama dengan British. 18 disember 1941, wakil cawangan khas PKM bertemu di Singapura dan bersetuju menubuhkan " Stay Behind Parties". PKM menhantar angota mereka yang dilatih dalam kerja sabotaj dan Perang Gerila. British bersetuju untuk melatih rekrut Komunis untuk menentang Jepun.
3.2.1.1. Jawatan
3.2.2. Perubahan politik dunia 1939-1941 mendatangkan kesan kepada strategi PKM, sebagai anggota COMINTERN, PKM terpaksa tunduk kepada arahan supaya bersekutu dengan British untuk menghadapi Jerman di Barat dan Jepun di Timur. PKM bergabung dengan parti Kuomintang Malaya menetang Jepun di Tanah Melayu. PKM dan Parti Kuomintang Malaya bergiat dalam satu pertubuhan iaitu Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA)
3.2.2.1. Jawatan kuasa pusat PKM bersetuju meluluskan perjanjian kerjasama dengan British dan menggariskan Program empat perkara (21 disember 1941) anatara inti pati tersebut seperti Menyatakan semua rakyat Tanah Melayu untuk menentang kemaraan Jepun dan membantu British mempertahankan Tanah Melayu, membasmi semua gerombolan sayap kelima dan ejen musuh dan termsuklah pembelot, melengkapkan semua anggota parti dan rakyat dengan senjata untuk sama-sama menentang kemaraan jepun dan yang terakhir menentang pendudukan Jepun menerusi penubuhan gerakan bawah tanah dan juga menerusi keganasan.
3.2.2.2. Semasa pendudukan Jpeun, PKM menerusi MPAJA melancarkan perang Gerila terhadap Jepun dengan kerjasama British melalui Force 136. PKM beruntung kerana dengan pendudukan Jepun, PKM mendapat bantuan dari segi senjata, bekalan logistik, ubat-ubatan, latihan dan lain-lain. Menerusi MPAJA juga, PKM berjaya perluaskan pengaruh dan fahaman Komunis di Tanah Melayu, hal ini kerana penderitaan akibat kedatangan Jepun ke Tanah Melayu membuatkan ramai yang menderita dan mudah untuk dieksploitasikan untuk menyokong MPAJA kerana MPAJA merupakan salah satu penggerak utama yang menentang Jepun. PKM semakin kuat dalam pelbagai sudut jika dibandingkan dengan sebelum ini dan hal ini dilihat sendiri oleh British.
4. KEGANASAN KOMUNIS 14 hari diancam komunis
5. undurnya Jepun dari Tanah Melayu telah menyebabkan kekosongan kuasa di Tanah Melayu selama 14 hari. MPAJA telah mengambil kesempatan ini untuk "membalas dendam" mereka dengan mengebarkan bendera Komunis di atas bendera Union Jack. Kezaliman Komunis dapat dilihat dengan jelas apabila berlakunya kekejaman terhadap kaum Melayu seperti dikurung dalam bakul khinzir, diseksa, ditikam dan dikelar. terdapat juga orang melayu yang ditanam hidup-hidup, ada juga yang dibuang di sungai (diikat di dalam guni). Kekejaman komunis ini dapat dilihat seperti serangan sekumpulan komnis di perkampungan orang Melayu di Lambor Kanan yang telah meragut ramai nyawa dan termasuklah kanak-kanak. walau bagaimanapun, ketegangan kaum ini diredakan sedikit apabila pembentukan PTB iaitu Pentadbiran Tentera British, akan tetapi masih terdapat insiden dan pembunuhan yang melibatkan dua kaum ini ( berlanjutan hingga 1950 )
6. PEMBANTERASAN KOMUNIS DI TANAH MELAYU LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ANCAMAN KOMUNIS
6.1. 1) PENAMBAHAN ANGGOTA KESELAMATAN =Jumlah keselamatan sedikit dan terlalu kecil jika dibandingkan dengan bilangan komunis, jumlah gerila komunis meningkat dan telah menukar taktik mereka dengan melancarkan serangan terhadap balai polis dan pos pada waktu malam. Rejimen askar Melayu telah dipeebesarkan (23 feb 1949) Batolian ketiga ditubuhkan dan ditempatkan di Kelantan, (22 Nov 1949) Batolian keempat ditibihkan di Kelantan. Kehadiran kekuatan tambahan "Ferret Force" memainkan peranan penting terhadap penentangan terhadap PKM.
6.1.1. 5) SISTEM PENDAFTARAN KEBANGSAAN = Pengenalan sistem ini diumumkan di radio oleh Sir Alec Newbout ( Khamis 22 Julai 1948). Idea ini diberikan oleh Dr. Ong Chong Keng ( telah mati dibunuh oleh Komunis 31 ogos 1948). langkah ini dikuatkuasakan pada 23 Julai 1948 di bawah "The Emergency" (registration Ares) 1948 di negeri-negeri Melayu. Peraturan ini mengandungi proses pendaftaran penduduk, tanggungjawab penduduk dan pegawai pentadbir serta pihak berkuasa dalam melaksanakan sistem pendaftaran kebangsaan. Tujuan sistem kad ini bagi mengasingkan rakyat dengan pengganas Komunis. Melalui sistem ini, penduduk berumur melebihi 12 tahun diwajibkan mendaftar diri sebagai penduduk negara.
6.2. 2) UNDANG-UNDANG DARURAT = Kerajaan telah menggubal undang-undang darurat dan diluluskan oleh kerajaan pada 7 julai 1948. Menurut undang-undang tersebut, kerajaan boleh menyekat mana-mana parti atau pertubuhan berhaluan kiri untuk menghalang kemaraan Komunis. Pihak kerajaan juga berkuasa menjatuhkan hukuman bunuh kepada tali barut komunis seperti membantu memberi senjata, membekalkan makanan atau ubat-ubatan ataupun memberi sebarang maklumat. Hasil daripada perlaksanaan undang-undang ini, pada tahun 1950, 7000 orang yang dianggap berbahaya telah dihantar semula ke negara China.
6.2.1. 6) RANCANGAN BRIGGS = Dilancarkan oleh Sir Henry Gurney di Persekutuan Tanah Melayu, mei 1950. Arahan pertama yang dikeluarkan ialah rancangan induk dalam menghadapi ancaman Komunis yang dikenali sebagai "BRIGGS PLAN", rancangan seperti menyekat bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada PKM yang berniat menguasai Tanah Melayu. Salah satu cara yang dicadangkan ialah menempatkan penduduk cina dikawasan setempat dan menempatkan Pos kawalan keselamatan. ini dapat memutuskan hubungan antara PKM dan penduduk masyarakat cina. Selain itu, rancangan ini juga menempatkan setinggan-setinggan haram ke tempat baru yang dikawal oleh anggota keselamatan.
6.3. 3) JAWATANKUASA EKSEKUTIF PERANG = Kerajaan bertanggungjawab mengenai kempen menentang Komunis. Pada tahun pertama Kempen ini diadakan, angkatan tentera telah memberi sokongan secara tidak langsung kepada polis dan diletakkan di bawah kawalan polis. Doktrin kawalan awam ini dimulakan oleh Pesuruhjaya Tinggi mulai pertengahan tahun 1949 dimana pesuruhjaya polis bertanggungjawab ke atas operasi yang dijalankan oleh polis dan tentera. 1950, satu sistem kawalan bersama diwujudkan dimana anggota pentadbiran awam menjadi pihak ketiga dalam usaha menentang Komunis.
6.3.1. 7) PENUBUHAN PASUKAN HOME GUARD = Ia diwujudkan sebelum penempatan Kampung Baru yang diperkenalkan oleh Briggs. Pasukan Polis yang ditubuhkan secara Khidmat sambilan utuk menjaga kawasan kampung dan kawasan ladang-ladang. Pasukan ini diletakkan di bawah Jabatan Pertahanan Awam Persekuuan. Mereka ditugaskan mengawal kawasan strategik seperti tempat simpanan senjata api, kawasan perlombongan dan estet. Anggota keselamatan ini turut membantu polis dalam sekatan jalan raya dan pemeriksaan kad pengenalan. Pasukan Home Guard ini telah menjadi sayap Kanan kepada pasukan tentera dalam usaha mengekalkan kekuasaan dari jatuh ke tangan Komunis.