ANALISIS PERBANDINGAN PERKAHWINAN MENURUT UNDANG-UNDANG ISLAM DAN UNDANG-UNDANG SIVIL

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
ANALISIS PERBANDINGAN PERKAHWINAN MENURUT UNDANG-UNDANG ISLAM DAN UNDANG-UNDANG SIVIL by Mind Map: ANALISIS PERBANDINGAN PERKAHWINAN MENURUT UNDANG-UNDANG ISLAM DAN UNDANG-UNDANG SIVIL

1. Perbandingan UNDANG-UNDANG ISLAM 1. Akta Undang-undang Keluarga Islam 1984 diperuntukkan hanya untuk orang Islam 2. Perkahwinan yang sah adalah yang mengikut rukun dan perlu didaftarkan 3. Boleh mengamalkan poligami 4. Ada mahar 5. Had umur perkahwinan lelaki tidak kurang 18 tahun manakala wanita tidak kurang 16 tahun 6. Wali Mujbir boleh memaksa anak dara kahwin dnegan mengikut syarat 7. Mendaftarkan perkahwinan di Jabatan Agama Islam 8. Penceraian dalam Islam: Talaq-fasakh-khuluk-taklik UNDANG-UNDANG SIVIL 1. Akta membaharui undang-undang 1976 –bagi bukan Islam; -undang-undang atau adat bumiputera adat-istiadat Anak-Anak Negeri Sabah dan Bumiputera Sarawak atau Orang Asli (Semenanjung Malaysia)-Ordinan Pendaftaran Perkahwinan 1952 secara sukarela kecuali memilih menurut AMU 2. Perkahwinan perlu mengikut peruntukan AMU 1976 supaya sah dan boleh didaftarkan 3. Perkahwinan monogamy 4. Tiada mahar 5. Had umur: Lelaki dan wanita tidak kurang 18 tahun 6. Kahwin paksa dilarang kerana peruntukan AMU memerlukan kerelaaan bebas pasangan 7. Mendaftarkan perkahwinan di Jabatan Pendaftaran Negara 8. Penceraian/pembatalan perkahwinan: pertukaran agama (seksyen 51), persetujuan bersama (seksyen 52), kepecahbelahan-penzinaan,tingkahlaku, tinggal langsung dan tinggal berasingan. (seksyen 53/54)

2. ISLAMIC FAMILY LAW (MUSLIM)

2.1. POLIGAMI (MUSLIM)

2.1.1. 1.isi borang

2.1.1.1. Seksyen 23(1), Akta Undang-undang Keluarga Islam 1984: permohonan untuk berpoligami mestilah mendapat kebenaran bertulis dari Mahkamah Syariah atau pun Hakim Syariah

2.1.2. 2. mahkamah keluarkan surat saman pada isteri (Seksyen 23 (4)

2.1.3. 3. mahkamah tentukan luluskan atau tidak

2.1.4. (a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu, memandangkan kepada an tara lain hal-hal keadaan yang berikut, iaitu kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah ~ntuk memuIihkan hak-hak persetubuhan atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada; (b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syara' , semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang-orang yang yang akan menjadi orang-orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu; (c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan sarna rata kepada semua isterinya mengikut kehendak Hukum Syara' (d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan darar syarie kepada isteri-isteri yang sedia ada; dan (e) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan merendahkan secara langsung atau secara tidak langsung taraf kehidupan yang telah dinikmati atau dijangka dengan munasabah akan dinikmati seterusnya oleh isteri atau isteri-isteri dan orang-orang tanggungannya yang sedia ada sekiranya perkahwinan itu tidak berlaku.

2.1.5. poligami di luar kebenaran Mahkamah adalah suatu kesalahan matrimonial yang melanggar Seksyen 123 Akta 1984

2.1.5.1. -denda tak lebih RM1000 atau penjara tak lebih 6 bulan atau keduanya sekali. Melaka poligami luar kebenaran bukan kesalahan.

2.2. Akta dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 1984

2.3. Requirement: 'Rukun Nikah' dan Syarat Sah Nikah

2.3.1. 1.Pengantin Lelaki

2.3.1.1. 1. Islam 2. Lelaki yang tertentu 3. Bukan mahram dengan bakal isteri 4. Bukan dalam ihram haji atau umrah 5. Dengan kerelaan sendiri (tidak sah jika dipaksa) 6. Mengetahui wali yang sah bagi akad nikah tersebut 7. Mengetahui bahawa perempuan itu boleh dan sah dinikahi 8. Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa.

2.3.2. 2. Pengantin Perempuan

2.3.2.1. 1. Islam 2. Bukan seorang khunsa 3. Perempuan yang tertentu 4. Tidak dalam keadaan idah 5. Bukan dalam ihram haji atau umrah 6. Dengan rela hati (bukan dipaksa kecuali anak gadis)) 7. Bukan perempuan mahram dengan bakal suami 8. Bukan isteri orang atau masih ada suami

2.3.3. 3.Wali

2.3.3.1. 1. WALI NASAB

2.3.3.1.1. 1.Wali Mujbir/wali aqrab (bapa dan datuk sebelah bapa)-boleh paksa anak dara kahwin dengan syarat

2.3.3.1.2. 2. Wali bukan mujbir (jauh pertalian darah) -(adik beradik lelaki, anak saudara,-wali Ab;ad (jauh hubungan, datuk saudara, moyang saudara)

2.3.3.2. 2.WALI HAKIM(tiada wali nasab, wali ghaib, wali

2.3.4. Kepentingan wali:rukun dalam nikah, melindungi hak anak supaya berkahwin dengan lelaki yang sekufu dan beriman demi kebaikan,

2.3.5. 4.Saksi (2 orang)

2.3.5.1. Sekurang-kurangya dua orang 1.Islam 2.Berakal 3.Baligh 4.Lelaki 5.Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul 6.Boleh mendengar, melihat dan bercakap •7.Adil (Tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil) 8. Merdeka

2.3.6. dilafazkan wali atau wakilnya

2.3.7. 5. Ijab dan Kabul

2.3.7.1. Syarat Ijab . 1. Pernikahan hendaklah dengan perkataan nikah atau dengan perkataan yang sama maksudnya secara terang dan tepat. 2. Tidak diikatkan dengan tempoh waktu tertentu (seperti ikatan perkahwinan yang dijanjikan dan dipersetujui dalam tempoh tertentu dalam nikah kontrak/mutaah) 3. Tidak secara taklik. Tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab (lafaz akad) dilafazkan 4. Tidak boleh menggunakan perkataan kiasan dan sindiran. 5. Dilafazkan oleh wali atau wakilnya

2.3.7.2. Syarat-Syarat Saksi . 1. Islam 2. Lelaki 3. Baligh 4. Berakal 5. Merdeka 6. Sekurang-kurangya dua orang 7. Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul 8. Dapat mendengar, melihat dan bercakap (tidak buta, bisu atau pekak) 9. Adil (Tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil) 10. Bukan tertentu yang menjadi wali.

2.3.8. 1. Mas kahwin -hak isteri (Seksyen 21)

2.3.8.1. 1. Mahar Musamma-kadar ditentukan dan dipersetujui kedua pihak

2.3.8.2. 2. Mahar Misil-Mahar ditentukan mengikut saudara pihak isteri

2.3.9. 2.Had Umur Pekahwinan

2.3.9.1. Wanita:tidak kurang 16 tahun, Lelaki: tidak kurang18 tahun

2.3.9.1.1. kecuali kebenaran Hakim Syariah.

2.3.10. 3. Persetujuan pengantin perempuan

2.3.10.1. Seksyen 13 AUKI 1984: Perkahwinan tak sah selagi tidak mendapat persetujuan

2.3.10.1.1. i.wali pihak perempuan

2.3.10.1.2. ii. hakim syarie jika tidak mempunyai wali nasab, wali ghaib, wali enggan

2.3.10.2. 1. Izin wajib: Janda atau anak dara yang Walinya bukan Wali Mujbir

2.3.10.3. 2. Izin sunat: Anak dara yang Wali Mujbir

2.4. LOKASI AKAD NIKAH: dalam kariah tempat tinggal perempuan atau BERMASTAUTIN.

2.5. PENCERAIAN

2.5.1. 1.Cerai TAKLIK -Takliq merupakan perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut Hukum Syarak dan sepertimana diperuntukan dalam Akta/Enakmen/Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Negeri. Cerai takliq boleh disabitkan apabila berlaku pelanggaran ke atas takliq dan setelah aduan dibuat serta disahkan oleh Mahkamah.taklik yang telah dibuat oleh suami tdk boleh ditarik balik dan berkekalan sehinggalah perkara yg disyaratkan itu terjadi. -tidak boleh kembali @rujuk kpd pernikahan yg dahulu melainkan dgn suatu akad yg baru 2.Cerai KHULU' (tebus talak) (seksyen 49,enakmen 4 ,1992) -Perceraian yang boleh berlaku dengan penawaran oleh pihak isteri untuk bercerai dengan suaminya dengan menawarkan sejumlah wang atau harta sebagai pampasan.Perceraian ii juga termasuk dalam kategori talaq bai’n sughra dimana ia tidak boleh dirujuk kembali. -tidak boleh kembali @rujuk melainkan jika didahului dgn akad nikah yg baru 3.Cerai FASAKH -Pembubaran perkahwinan kuasa yang diberikan kepada hakim (judicial decree). Walaupun hak untuk memohon fasakh terpakai kepada kedua-dua suami dan isteri, namun secara amalannya hak fasakh diberikan kepada isteri memandangkan suami mempunyai hak untuk melafazkan talak. contou alasan utk memohon fasakh : -suami tidak adil (poligami) -suami tidak memberi nafkah -dll -tidak boleh kembali @rujuk melainkan jika didahului dgn akad nikah yg baru

2.5.2. RUKUN TALAQ: suami, isteri,dan sighah(kinayah/implicit/tulisan)@sogheh/jelas

2.5.3. Seksyen 57 (1):seseorang yang telah menceraikan isterinya dengan lafaz talak di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah, hendaklah dalam masa tujuh hari daripada pelafazan talak itu melaporkan kepada mahkamah Seksyen 125 :lelaki menceraikan isterinya dengan melafazkan talak dengan apa-apa bentuk di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah, maka dia adalah melakukan kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya

2.6. JENIS TALAK 1. TALAQ RUJ’I-boleh rujuk tanpa akad baru 2. TALAQ BAIN -BAIN SUGHRA:tak boleh dirujuk kecuali akad nikah baru sama ada melalui fasakh khuluk atau talaq isteri belum disetubuhi -BAIN KUBRA:talaq tak boleh rujuk kembali dengan cara biasa tapi dengan syarat i. iddah isteri telah selesai ii. bekas isteri berkahwin dengan suami lain iii. suami lain menyetubuhi dan berlaku penceraian iv. selesai iddah dari suami lain

3. CIVIL LAW (NON-MUSLIM)

3.1. -semua perkahwinan daftar di bawah Akta membaharui Undang-Undang (Pekahwinan dan Perceraian)1976.(AMU) selepas 1 MAC 1982

3.1.1. perkahwinan sebelum itu sah dan perlu didaftar dengan menunjukkan bukti yang perlu.

3.2. -undang-undang atau adat bumiputera( adat-istiadat Anak-Anak Negeri Sabah dan Bumiputera Sarawak atau Orang Asli (Semenanjung Malaysia)-Ordinan Pendaftaran Perkahwinan 1952 secara sukarela kecuali memilih menurut AMU

3.2.1. Tak kahwin ikut adat-daftar Akta 164 di pejabat JPNM, ikut prosedur dan syarat

3.2.2. Sijil kahwin disahkan oleh Mahkamah Anak Negeri Sabah atau Mahkamah Adat Istiadat Sarawak atau Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.

3.3. Konsep domisil-tentukan undang-undang mana yang terpakai apabila soal status dibangkitkan di mahkamah

3.3.1. tempat tinggal dan niat untuk tinggal tetap di sesuatu tempat.

3.4. Peruntukan kahwin MONOGAMI AMU

3.4.1. 1.SUKARELA

3.4.2. 2.UNTUK SEUMUR HIDUP

3.4.3. 3.BERLAINAN JANTINA

3.4.4. 4. MONOGAMI

3.5. Pembatalan Perkahwinan-Seksyen 69/70 Syarat-syarat: 1.Perkahwinan didaftar atau disifat didaftarkan. 2.Perkahwinan dijangkakan monogami. 3.Kedua-duanya berdomisil di Malaysia pada masa petisyen perceraian. 4. Dilarang memohon perceraian sebelum tamat tempoh 2 tahun dari tarikh perkahwinan. Bentuk pembubaran perkahwinan: -Dengan persetujuan bersama(seksyen 52) -Akibat kepecahbelahan perkahwinan: penzinaan,tingkahlaku, tinggal langsung dan tinggal berasingan. (seksyen 53/54) -Akibat pertukaran agama(seksyen 51) -Anggapan kematian pasangan

3.6. PERUNTUKAN PERKAHWINAN AMU 1976

3.6.1. 1. HAD UMUR: Lelaki dan Wanita tidak kurang 18 tahun.- Seksyen 10 AMU

3.6.1.1. *WANITA atas 16 tahun tapi bawah 18 tahun perlu dapatkan lesen khas dari ketua menteri (seksyen 21(2)AMU 1976)

3.6.2. 2. Perhubungan persaudaraan yang dihalang kecuali seorang Hindu (seksyen 11 AMU 1976) ('kindered and Affinity)

3.6.2.1. tiada kompromi perkahwinan batal -Seksyen 69

3.6.3. 3.Kebenaran dan persetujuan • Keizinan ibubapa/penjaga (seksyen 12 AMU 1976). • Kerelaan bebas pasangan (seksyen 22(6) AMU 1976).

3.6.3.1. I. bawah 21 tahun dan belum berkahwin perlu dapatkan kebenaran bertulis dari Mahkamah Tinggi

3.6.3.1.1. II. Kedua pihak bersetuju dengan perkahwinan -KES HYDE V HYDE-Perkahwinan: penyatuan secara sukarela untuk seumur hidup antara seorang lelaki dan seorang perempuan dengan mengecualikan semua yang lain.

3.6.4. 4.Lelaki dan Perempuan secara biologi (seksyen 69 (d): Corbett v Corbett, Jessie Chung & Joshua Beh Soo Kiang

3.6.4.1. pembedahan jantina-▪ Lim Ying v Hiok Kian Ming Eric ▪ Bellinger v Bellinger ▪ JG v Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara ▪ Wong Chiou Yong v Pendaftar Besar/Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara

3.6.5. 5. Status Perkahwinan-monogami (seksyen 5,6,7)

3.6.5.1. tiada kompromi perkahwinan batal -Seksyen 69

3.6.6. Alasan perkahwinan tidak sah Seksyen 69. (a) pada masa perkahwinan itu salah satu pihak telah pun berkahwin dengan sah dan bekas suami atau isteri bagi pihak itu masih hidup pada masa perkahwinan itu dan perkahwinan yang dahulu itu masih berkuat kuasa (b) seseorang lelaki berkahwinbawah umur 18tahun atau seseorang perempuan yang berumur lebih dari 16 tahun tetapi kurang dari 18 tahun berkahwin tanpa suatu lesen khas yang diberi oleh Ketua Menteri :seksyen 10; (c) pihak-pihak itu adalah dalam tali persaudaraan yang dilarang berkahwin melainkan jika Ketua Menteri memberi suatu lesen khas di bawah subseksyen 11(6); atau (d) pihak-pihak itu masing-masingnya bukan lelaki dan perempuan.

3.6.7. Alasan perkahwinan batal (a) bahawa persetubuhan belum dilakukan dalam perkahwinan sebab ketidakupayaan salah satu pihak untuk melakukannya; (b) bahawa persetubuhan belum dilakukan dalam perkahwinan itu sebab responden dengan sengaja enggan melakukan (c) bahawa salah satu pihak kepada perkahwinan itu tidak memberi persetujuan secara sah kepada perkahwinan itu sama ada oleh desakan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal atau selainnya; (d) bahawa pada masa perkahwinan itu salah satu pihak, walau berkebolehan memberi persetujuan yang sah, ialah (sama ada secara berterusan atau berselangan) seorang yang bercelaru mental mengikut pengertian Ordinan Kecelaruan Mental 1952 [Ord. 31 tahun 1952] e)semasa perkahwinan responden ada penyakit kelamin berjangkit e)semasa perkahwinan, responden dihamilkan oleh orang lain

3.7. AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG 1976