PETA DAN KOMPAS NURUL AINI BINTI MOHD RAIS (2019236774) HBU125 KP1A1

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
PETA DAN KOMPAS NURUL AINI BINTI MOHD RAIS (2019236774) HBU125 KP1A1 by Mind Map: PETA DAN KOMPAS NURUL AINI BINTI MOHD RAIS  (2019236774) HBU125 KP1A1

1. GARISAN GRID - Garisan bayangan yang mempunyai ukuran tertentu untuk membahagikan persegi peta

1.1. JENIS GARISAN GRID 1) Northing line (Penutara) - Garisan melintang - Dibaca dari bawah ke atas 2) Easting line (Penimur) - Garisan membujur - Dibaca dari kiri ke kanan

1.2. PERSEGI PETA - Adalah pertemuan 2 garisan ; Easting dan Northing - Cara membaca : dimula dengan koordinat di Northing line dan diikuti koordinat Easting line (Eg: GR 4731)

1.3. KENYATAAN GRID 1) 4 angka grid ( satu kawasan = 10 000 meter persegi ) 2) 6 angka grid ( 1 MS pecah 6 angka/bahagi 10)

1.4. CARA MENGUKUR JARAK - Benang - Kertas - Batu kecil di tepi jalan - Protraktor (jangka sudut)

2. KONTUR - Garisan bayangan yang menunjukkan keadaan sama ada rendah atau tinggi dari paras laut - Dinyatakan dalam meter - Garisan rapat menunjukkan tanah curam

2.1. KEADAAN MUKA BUMI BERPANDUKAN GARIS KONTUR 1) Lembah sungai (Basin) 2) Lurah (Valley) 3) Jurang (Ravine) 4) Susuh bukit (Spur) 5) Genting antara kemuncak (Saddle) 6) Puncak/Rabung gunung (Crest) 7) Bukit kecil/busut (Knoll) 8) Banjaran (Range) 9) Pintu masuk gunung (Re-entrance) 10) Tebing curam (Cliff)

2.2. TANDA KEMUNCAK BUKIT DALAM PETA 1) Spot height (Ketinggian kemuncak bukit tidak tepat , 270-300 meter) 2) Trig point (Ketinggian kemuncak bukit hampir tepat , 400-410 meter) 3) Bench mark (Ketinggian kemuncak bukit yang sangat tepat, tidak terdapat di Malaysia)

3. PETA - Sekeping gambarajah tepat mengandungi segala maklumat di muka bumi dari pandangan udara, dimuatkan di atas kertas dengan ukuran tertentu yang dikeluarkan oleh Jabatan Ukur & Pemetaan

3.1. JENIS PETA - Topografi (muka bumi) - Peta Bandar - Peta jalan (lebuhraya) - Peta kaji bumi - Peta pelan - Atlas

3.2. BAYANGAN ATAS PETA - Garisan kontur - Garisan sukat - Garisan sempadan - Keadaan tanah mengikut tanda lazim ; i) Semulajadi ii) Buatan manusia

3.3. WARNA ATAS PETA - Merah (jalanraya) - Hijau (Tumbuhan) - Perang/kuning (Keadaan tanah) - Biru (Perairan) - Hitam/putih (sempadan,bangunan,etc)

3.4. KEGUNAAN PETA - Angkatan Tentera - Perancangan Bandar - Lain lain jabatan

3.5. KESELAMATAN PETA 1) Jangan hilang/tercicir dan gunakan apabila perlu 2) Elak dari dilihat atau jatuh ke tangan musuh 3) Hanya seorang sahaja bertanggungjawab semasa mengambil dan memulangkan peta

3.6. CARA PENJAGAAN PETA 1) Elak dari basah - Simpan dalam plastik untuk elak basah dari hujan 2) Elak dari kotor - Simpan dalam plastik semasa mahu menandakan sesuatu dengan marker pen 3) Elak dari koyak - Elak dari melipat peta terlalu banyak & simpan dalam bekas yang sesuai 4) Elak dari banyak lipatan - Guna Map Board semasa operasi untuk melipat peta dan hanya guna keratan yang perlu

3.7. MAKLUMAT ATAS PETA - Nama/tajuk - Nombor shit - Ukuran peta ; 1:63360 (1 inci = 1 Batu) - Nombor grid - Garisan grid (membujur/melintang) - Tanda penyerupaan (masjid,Jambatan, bangunan) - Peta pandu ( Menentukan bahagian nombor shit untuk peta berikutnya) - Jarak kontur (Jarak dari satu garisan ke satu garisan lain sejauh 50 meter) - Mata angin (TN, GN, MN) - Kumpulan pengguna (ATM) - Tahun cetakan - Huruf pendek (simbol kepada perkataan pendek yang dimuatkan dalam peta)

4. KOMPAS - Sejenis alat digunakan untuk mendapatkan arah (bearing) di muka bumi

4.1. JENIS JENIS KOMPAS - Kompas degree - Kompas mills

4.2. KEGUNAAN KOMPAS - Mencari tempat duduk sendiri dan digunakan bersama peta - Membetulkan set peta dengan kedudukan menghala utara - Membuat pandu arah

4.3. COMPASS CARD - Satu bulatan = 6400 mills - Satu garisan kecil di atas kad = 20 mills - Dibaca melawan pusingan jam - Perkiraan : * 1 = 18 mills (<5) × 90 = 1620 mills * 1 = 17.8 mills (<50) × 90 = 1602 mills * 1 = 17.78 mills × 90 = 1602.2 mills * ( __ × 6400)/360 = __ mills × 90 = 1600 mills

4.4. NAMA BAHAGIAN DAN FUNGSI KOMPAS 1) BAHAGIAN ATAS - Notch : set peta dengan kompas - Lubber line : tentukan arah dan simpan arah (waktu malam) - Tongue : tunjuk arah semasa cari/simpan arah - Metal bar : kisi tingkap kawal keselamatan window glass - Hair line : tempat tenangan untuk terus ke tempat dituju - Window glass : menjaga keselamatan kompas 2) BAHAGIAN BADAN - Luminous line /illuminating patch : set kompas malam hari - Clamping screw : kunci glass setting circle supaya tak berpusing - Direction mark : tanda mencari arah - North point/arrow mark : tanda tentukan arah - Brass reguard : pengadang (kawal cari arah) - Compass card : mencari dan tentukan arah - Glass setting circle : set kompas dalam tentukan arah - Prism box/prismeter glass : lubang tenangan - Thumb ring : cincin dipakai di ibu jari supaya kompas dipegang betul - Setting slot : tempat untuk mendapatkan kedudukan sebenar

5. PROTRAKTOR - Sejenis alat untuk mendapatkan bearing di peta dan membantu mencari kedudukan sendiri di atas peta - Berbentuk setengah bulatan - jenis protractor mills

5.1. PERATURAN PENGGUNAAN - Pastikan bulatan menghala ke kanan/ke Kiri - Nombor jangan terbalik - Diperhatikan dengan betul dari atas - Kedudukan di atas peta jangan senget - Kiraan mengikut pusingan jam

5.2. SET PETA DENGAN KOMPAS 1) Letak peta di atas tanah/tempat rata 2) Pusing 'Cover Glass' pada kompas, setkan 6400 mills setentangan 'Luminous Line' 3) Letak kompas di atas salah satu garisan Timur di atas peta 4) Pusing peta dan tentukan 'Direction mark' dan 'North point' bersetentangan 5) Peta akan menghala ke Utara sebenar

5.3. KELAJUAN PERJALANAN * Paya = 100 = 200 meter/jam * Resam/belukar = 200 = 500 meter/jam * Tepi hutan = 500 = 800 meter/jam * Lalang = 500 = 1000 meter/jam * Hutan tebal = 1000 = 2000 meter/jam * kebun getah = 3000 = 4000 meter/jam

6. LENCONGAN - Sesuatu perjalanan yang dialihkan tetapi Hala tuju masih sama - Hanya berlaku apabila terdapat halangan menyebabkan hala perjalanan tidak dapat dilalui

6.1. PERKIRAAN LENCONGAN 1) Ke kiri arah perjalanan - jika bearing asal 1600-6400 mills, tolak 1600 mills - jika bearing asal 0-1600 mills, tambah 4800 mills 2) Ke kanan arah perjalanan - jika bearing asal 0-4800 mills, tambah 1600 mills - jika bearing asal 4800-6400 mills, tolak dengan 4800 mills

6.2. TINDAKAN APABILA SESAT 1) Berhenti, bertenang dan jangan cuba berjalan lagi 2) Fikirkan adakah anda telah terbabas ke kiri atau ke kanan 3) Fikirkan adakah anda telah terbabas ke hadapan atau ke belakang 4) Perhatikan perbezaan terdapat di atas muka bumi melalui peta 5) Cuba berunding dan dapatkan pendapat dari yang berkebolehan 6) Minta pentunjuk udara dari Markas Tentera Udara jika tiada perkara lain dapat dilakukan (sekiranya ada set radio)