Get Started. It's Free
or sign up with your email address
IDEOLOGI by Mind Map: IDEOLOGI

1. LIBERALISME

1.1. ISTILAH

1.1.1. Bahasa Arab: serangan yang bukan berbentuk fizik, tetapi ia mempunyai karakteristik yang hampir sama dengan brain washing atau dengan istilah lain thought control atau ideological reform.

1.1.2. Serangan ini biasanya difahami berasal dari dunia Barat atau doktrin bukan Islam yang mempunyai kepentingan tertentu terhadap agama dan umat Islam.

1.1.3. Aliran pemikiran yang bertujuan untuk meningkatkan kebebasan yang diberi kepada individu.

1.2. Westernisasi

1.2.1. Proses membaratkan sebuah negara. Lihat Kamus Dwi-Bahasa, hlm. 1428

1.2.2. Matlamat:

1.2.2.1. Memaksakan falsafah-falsafah materialisme yang mengandungi kedengkian, hawa nafsu, angan-angan ateis dan pengingkaran terhadap segala sesuatu yang tidak terjangkau oleh penglihatan (empirik) dan tuntutan-tuntutan metodologi dalam kajian.

1.2.2.2. Mengingkari agama dan menganggapnya sebagai tahap perkembangan yang terkebelakang daripada tahap-tahap kemajuan sosial, memisahkan Islam daripada politik dan akhlak masyarakat serta menyerang akidah dan nilai-nilainya. Lihat Pembaratan di Dunia Islam, hlm. 9.

1.3. Pelopornya

1.3.1. Martin Luther (1483-1546 M). Beliau menyebar liberalisme agama dengan memberi hak secara mutlak dan kebebasan individu dalam mentafsirkan kitab suci berdasarkan akal mereka

1.4. Libralisme bertentangan dengan Islam

1.4.1. Boleh menyesatkan orang Islam. Riwayat Abullah Ibn Amru Ibnu al-’As berkata : “ Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : sesungguhnya Allah tidak akan menarik balik atau mencabut ilmu pengetahuan daripada manusia begitu sahaja tetapi Allah akan menarik balik dengan mematikan para ulamak, sehingga apabila telah pupus ulamak , masyarakat akan mengangkat pemimpin mereka daripada orang jahil . Apabila pemimpin ini ditanya , mereka mengeluarkan fatwa dan pendapat tanpa berlandaskan ilmu pengetahuan, mereka adalah orang-orang yang sesat dan menyesatkan”

1.5. Bidang Ekonomi

1.5.1. Mengharuskan segala amalan riba serta sebarang unsur yang berbentuk riba Contoh : bank-bank dan syarikat milik Rotchilds, Rockfellers dan Wardurg telah memberi sokongan penuh kepada aliran liberalisme serta mengeksploitasikan kegiatan ekonomi berunsur riba

1.6. Ideologi Islam Liberal yang menyesatkan

1.6.1. Islam Liberal bermaksud kebebasan individu dan pembebasan dari struktur sosial –politik yang menindas.

1.6.2. Fahaman ini cuba menyesuaikan Islam dengan realiti kehidupan moden

1.6.3. Pemikiran ini bertentangan dengan Islam kerana hakikatnya kehidupan dizaman moden ini seharusnya disesuaikan dengan prinsip akidah dan syariah Islam

1.7. Isu-isu Islam Liberal Aspek akidah

1.7.1. Mengamalkan konsep pluralisme iaitu mengatakan semua agama adalah setaraf

1.7.2. Menjadikan akal sebagai wahyu, menurut mereka al- Quran adalah wahyu bertulis semata-mata. Manakala akal wahyu tidak bertulis. Meragui ketulinan al-Quran. Mendakwa al-Quran telah diresapi dengan budaya Arab dan hanya sesuai untuk masyarakat arab sahaja.

1.8. Aspek Syariah

1.8.1. Mempersoalkan kaedah pentafsiran al-Quran dan hadis.

1.8.2. Mendakwa syurga dan neraka tidak wujud

1.8.3. Menggesa tafsiran baru konsep ibadah. Tafsiran mereka dengan alasan untk memajukan umat islam

1.8.4. Mempertikaikan akhlak nabi mendakwa sifat nubuwwah Rasul sebagai sifat manusia biasa

1.8.5. Mengkritik ilmu-ilmu Islam , seperti Ilmu Tafsir, Ilmu Usul al-Fiqh dan lain-lain hanya sebagai aliran pemikiran buatan manusia

1.9. Ideologi Liberalisme sebenar mengancam dan memurtadkan umat Islam. Umat Islam hendaklah berwaspada penyebarannya terutama melalui internet, media cetak dan elektronik yang lain.

1.9.1. Fahaman liberalisme ini juga telah meninggalkan kesan dan pengaruh yang besar kepada negara dan umat Islam yang telah dijajah oleh barat

2. SEKULARISME

2.1. ISTILAH

2.1.1. David Marten : Istilah sekularisme berasal dari bahasa Latin saeculum iaitu secular yang mempunyai banyak dan luas pengertiannya seperti juga perkataan religion. Lihat The Religion and The Secular: Studies in Secularization, pg. 48.

2.1.1.1. Prof. Dr. H.M. Rashidi menyatakan sekularisme adalah sistem etika dan falsafah yang bertujuan memberi interpretasi atau pengaturan kepada kehidupan manusia tanpa kepercayaan kepada Tuhan dan Kitab Suci atau kehidupan di kemudian hari. Lihat Sekularisme Dalam Persoalan Lagi, hlm. 20.

2.1.1.1.1. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka perkataan sekular ini diertikan sebagai duniawi. Lihat Kamus Inggeris Melayu Dewan, hlm. 886.

2.1.1.1.2. Fahaman yang mengasingkan urusan keduniaan seperti pentadbiran, ekonomi, politik dan sebagainya daripada bercampur dengan urusan keagamaan atau ketuhanan. Atau ringkasnya, fahaman yang ingin membebaskan diri daripada cengkaman atau peraturan agama dalam kehidupan.

2.1.2. Memperjuangkan hak untuk bebas dari peraturan dan ajaran agama

2.1.3. Merujuk kepada kepercayaan bahawa kegiatan dan keputusan yang dibuat oleh manusia, terutamanya yang berkaitan politik, harus berdasarkan bukti dan fakta bukannya pengaruh agama

2.2. Nilai Yang Menentang Agama

2.2.1. Menerima agama sebagai anutan umat semata-mata dan tidak lebih daripada itu.

2.2.2. Menolak Islam kerana syariah dan akidah Islam dijadikan sebagai asas dalam kehidupan ini. Ini adalah satu kongkongan dan batasan bagi mereka.

2.2.3. Islam hanya diterima sebagai ibadat dan upacara sahaja manakala pengamalannya bergantung kepada individu.

2.2.4. Akhlak dan adab Islam diterima tetapi bukan bermaksud mereka terikat dengannya.

2.2.5. Semua perkara halal dan haram bergantung kepada individu atau masyarakat, bukannya agama.

2.2.6. Mengambil perkara tertentu daripada Islam sekiranya ia menepati dan bersesuaian dengan kehendak mereka. Oleh itu, dalam kebanyakan perkara, sekular telah mengisytiharkan perang terhadap Islam. Lihat al-Islām wa al-‘Ilmāniyyah Wajhan li Wajhin, hlm. 83.

2.2.7. Golongan sekular berpada sekadar mendirikan syiar Islam seperti solat, puasa, haji dan umrah. Tetapi mereka musykil dan tidak memahami Islam secara tepat.

2.2.8. Mereka juga tidak menjadikan ulama dan pemikir Islam yang dipercayai (thiqah) sebagai rujukan. Lihat Awlawiyyāt al-Harakāt al-Islāmiyyah fi Marhalah al-Qadāmah, hlm. 170.

2.3. Musuh utama: Syariah

2.3.1. Lanjutan daripada penentangan mereka terhadap agama dan akidah.

2.3.2. Syariah Islam banyak bertentangan dengan undang-undang dan falsafah perundangan mereka. Misalnya, pengharaman riba, judi, arak, zina dan sebagainya.

2.3.3. Allah diakui sebagai pencipta alam sahaja bukan pemerintah seluruh alam. Mereka beranggapan bahawa perundangan dan pemerintahan adalah hak mutlak mereka.

2.3.4. Boleh melakukan sesuatu mengikut kehendak dan kemahuan mereka tanpa batasan atau ikatan agama. Mereka ingin membebaskan diri mereka daripada ikatan agama.

2.4. Contoh Gerakan

2.4.1. Gerakan Kamalisme di Turki

2.4.1.1. berdasarkan sekularisme, materialisme, nasionalisme, peoplisme, republikanisme, revolusi dan menjuruskan kepada de-Islamisme.

2.4.1.2. Melakukan pembaharuan undang-undang iaitu undang-undang Barat menggantikan al-Quran dan al-Sunnah.

2.4.1.2.1. Undang-undang sivil dari Itali, undang-undang perniagaan dari Jerman manakala undang-undang jenayah dari Swiss. Lihat Sekularisme: Perkembangan Dalam Masyarakat Muslim, hlm. 38.

2.4.1.3. Penentang

2.4.1.3.1. Seorang pemimpin politik beraliran Islam di Turki, Reccep Tayyip Erdogan pernah dihukum penjara selama empat bulan dan tidak boleh menjawat apa-apa jawatan dalam tempoh tersebut oleh Mahkamah Perlembagaan Turki atas dakwaan cubaan menghapuskan sistem sekular Turki.

2.5. Keberlangsungan

2.5.1. Terus menerus berlaku dalam masyarakat Islam.

2.5.2. Perasaan ingin maju dan rasa hormat terhadap budaya sekular ini telah menyebabkan masyarakat Islam cuba membebaskan diri daripada pegangan agama sebaliknya menyesuaikan diri dengan nilai-nilai sekular.

2.5.3. Ini bukan sahaja berlaku di Turki tetapi telah menular sehingga negara-negara lain seperti Iran, Iraq, Mesir, Algeria, Syria, Tunisia dan lain-lain termasuk Malaysia.

2.6. Fahaman sekularisme ini menjadi ‘ibu’ kepada puluhan isme yang lain.

2.6.1. Secara tidak langsung fahaman ini menghasilkan penolakan terhadap hari akhirat dan manusia bebas melakukan apa sahaja.

2.6.2. Urusan dunia tidak ada kaitan dengan agama dan menolak agama dalam kehidupan

2.7. Sifat-sifat Sekularisme

2.7.1. Penafian terhadap hal-hal kerohanian

2.7.2. Lahirnya fahaman mengatakan politik tidak ada kaitan dengan agama

2.7.3. Penafian terhadap kewibawaan orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam bidang agama

2.7.4. mereka memandang rendah terhadap ulamak, wali atau nabi

2.7.5. Menafikan adanya nilai hidup yang tetap. Hasilnya mereka berpendapat tidak wujud nilai-nilai yang tetap dan sempurna

2.8. Islam menolak sekular

2.8.1. suatu konsep (ideologi) yang amat asing dan bertentangan dengan Islam

2.8.2. Islam mencakupi segala aspek kegiatan manusia.

2.8.3. Segala gerak laku Muslim sentiasa terikat dalam bidang hukum syariah.

2.8.4. Semua bidang aktiviti seorang Muslim dianggap sebagai ibadah Sabda Rasulullah bermaksud: “Dunia ini adalah kebun untk akhirat”.

2.8.5. Beriman dan berbuat baik di muka bumi adalah bertujuan untuk mencari keredaan Allah.