IZZAH KAMILAH BINTI UNUS (18BC02032) QABD DAN HIBAH

MPU 3342 FIQH JINAYAT DAN MUAMALATPETA MINDA QABD DAN HIBAHIZZAH KAMILAH BINTI UNUS (18BC02032)

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
IZZAH KAMILAH BINTI UNUS (18BC02032) QABD DAN HIBAH by Mind Map: IZZAH KAMILAH BINTI UNUS (18BC02032) QABD DAN HIBAH

1. KEPERLUAN QABD DALAM HIBAH

1.1. Imam al-Thauri, Abu Hanifah, al-Shafi’i dan satu riwayat daripada Imam Ahmad berpendapat, qabd ialah syarat luzum atau syarat sah hibah.

1.1.1. Akad hibah tidak berkuat kuasa hanya dengan ijab dan qabul sahaja tanpa qabd

1.1.2. Pemberi hibah boleh menarik balik hibahnya pada bila-bila masa selagi ia masih berada dalam pemilikannya atau tidak berlaku penyerahan harta yang dihibahkan kepada penerima.

1.2. Imam Ahmad Ibn Hanbal dalam salah satu daripada riwayatnya menjadikan qabd sebagai syarat sah hibah bagi sesuatu yang diukur atau ditimbang sahaja

1.3. Imam Malik berpendapat, qabd ialah syarat sempurna hibah bukan syarat sah atau luzum kerana hibah adalah sah hanya dengan akad iaitu dengan ijab dan qabul

1.4. Imam Ahmad, Abu Thaur dan mazhab Zahiri berpendapat, qabd bukan merupakan salah satu daripada syarat hibah. Ia bukan syarat sah mahupun syarat sempurna hibah bahkan hibah sah hanya dengan akad.

2. SYARAT SAH QABD

2.1. Mendapat keizinan dan kebenaran pemberi hibah.

2.2. Harta yang dihibah tidak bercampur atau tidak berkait dengan harta lain yang tidak dihibah.

2.3. Penerima hibah berkeahlian untuk menerima milik harta iaitu baligh dan berakal.

3. KEMATIAN SALAH SEORANG YANG BERAKAD SEBELUM QABD

3.1. Mazhab Hanbali berpendapat, akad hibah terbatal dengan kematian salah seorang daripada yang berakad sama ada sebelum atau selepas diberi keizinan qabd seperti akad wakalah dan syirkah.

3.2. Mazhab Hanafi berpendapat, kematian salah seorang yang berakad hibah sebelum berlaku qabd menyebabkan akad tersebut terbatal.

4. Hibah merupakan pemberian milik harta yang berkuat kuasa ketika hayat pemberi hibah berbanding dengan pembahagian secara faraid yang dilaksanakan selepas kematian pewaris.

5. Qabd adalah penerimaan yang membenarkan berurusan atau bertasarruf dengan harta yang diterima.

6. PENARIKAN BALIK HIBAH

6.1. Penarikan balik hibah sebelum qabd

6.1.1. Mazhab Hanafi, Shafi’i, Imamiyyah, Zaiydiyyah dan satu riwayat daripada mazhab Hanbali mengharuskan penarikan balik hibah sebelum qabd.

6.1.2. Mazhab Maliki dan Zahiri tidak mengharuskan penarikan balik hibah sebelum qabd.

6.1.3. Mazhab Hanbali daripada riwayat yang lain mengharuskan penarikan balik hibah sebelum qabd sekiranya barang yang dihibahkan itu berbentuk barang yang disukat atau ditimbang. Namun sekiranya barang yang dihibah itu tidak boleh disukat atau ditimbang, tidak harus menarik balik hibah tersebut sebelum berlakunya qabd.

6.2. Penarikan balik hibah selepas qabd

6.2.1. Mazhab Shafi’i,Hanbali, Abu Thauri, Ibn Hazm, Daud al-Zahiry dan sahabat- sahabatnya berpendapat bahawa hibah yang telah sempurna tidak harus bagi pemberi hibah menarik balik hibahnya.

6.2.2. Mazhab Hanafi,Imamiyyah dan Zaydiyyah berpendapat bahawa sekiranya hibah itu diberikan kepada ajnabi dan telah sempurna pemberian hibah dengan qabd oleh penerima hibah, maka tidak terhalang pemberi hibah daripada menarik balik hibah yang telah diberikan kecuali jika terdapat salah satu daripada perkara yang menghalang penarikan balik hibah.

6.3. Penarikan balik hibah bapa kepada anak

6.3.1. Mazhab Maliki, Shafi’i, Hanbali dan Zahiri berpendapat bahawa bapa diharuskan menarik balik hibah yang telah diberikan kepada anak dengan beberapa syarat tertentu sama ada tujuan penarikan balik tersebut untuk memberi kesamarataan pemberian di kalangan anak-anak atau tanpa tujuan tersebut.

6.3.2. Mazhab Shafi’i pula berpendapat sekiranya pemberian tersebut telah diberikan secara adil antara anak-anak dan tiada apa-apa keuzuran yang menyebabkan bapa menarik balik hibahnya seperti anak telah derhaka atau pemberian tersebut menyumbang kepada kemaksiatan yang dilakukan oleh anak, maka hukum bapa menarik balik hibahnya adalah makruh.

6.3.3. Mazhab Hanafi, al-Thawuri dan satu riwayat lain daripada Imam Ahmad berbeza pendapat dengan jumhur fuqaha dengan tidak mengharuskan penarikan balik hibah bapa kepada anaknya.

6.4. Syarat-syarat yang mengharuskan penarikan balik hibah mengikut pendapat fuqaha:

6.4.1. Mazhab Maliki, Shafi’i dan Hanbali berpendapat harta yang dihibahkan masih menjadi milik anak yang menerima hibah. Sekiranya harta atau barang yang dihibah itu telah menjadi milik orang lain sama ada telah dijual, telah diwakafkan atau telah dihibahkan dan telah berlaku qabd maka bapa tidak harus menarik kembali hibahnya.

6.4.2. Mazhab Hanbali berpendapat harta atau barang yang dihibahkan masih berada di dalam jagaan atau urusan anak yang menerima hibah. Sekiranya anak telah menggadaikan barang yang dihibahkan oleh bapanya atau pun dia telah muflis dan ditegah daripada menguruskan hartanya, maka bapa tidak boleh menarik balik hibah tersebut bagi menjaga kepentingan pemiutang atau orang yang memegang barang gadaian tersebut. Namun sekiranya barang yang dicagarkan tadi telah menjadi milik anak yang menerima hibah kerana telah diselesaikan hutangnya, maka bapa berhak menarik balik hibah tersebut.

6.4.3. Mazhab Shafi’i tidak menjadikan gadaian dan pinjaman atas tanah yang dihibah sebagai halangan untuk bapa menarik balik hibahnya kerana barang yang dihibah masih di bawah penguasaan anak. Dikecualikan dalam masalah ini, sekiranya bapa telah gila, maka dia atau walinya tidak boleh menarik balik hibah yang telah diberikan kepada anak walaupun harta tersebut masih di bawah penguasaan anak kerana tidak sah penarikan balik ketika dalam keadaan gila sehinggalah dia telah sihat.