Get Started. It's Free
or sign up with your email address
QARD AL-HASAN by Mind Map: QARD AL-HASAN

1. Jenis Penawaran Produk

1.1. Pinjaman tanpa riba

1.1.1. Skim Pinjaman/Pembiayaan

1.1.1.1. Mengharamkan sebarang bentuk pinjaman wang yang mempunyai faedah

1.1.2. Gadaian Islam

1.1.2.1. Skim pajak gadai Islam atau al-rahnu di Malaysia yang ditawarkan oleh koperasi dan bank

1.1.3. Produk Himpunan Kontrak

1.1.3.1. Himpunan kontrak seperti instrumen kewangan derivatif yang menghasilkan produk deposit berasaskan himpunan kontrak mudarabah dan qard

1.1.4. Produk Sukuk

1.1.4.1. Pemilikan institusi yang lengkap dan ekosistem tadbir urus syariah yang tersusun telah menyumbang kepada kerancakan peningkatan saiz pasaran modal

2. Isu-isu

2.1. Risiko pembiayaannya yang tinggi tanpa sebarang jaminan pembayaran balik

2.2. Persepsi masyarakat yang mengatakan bahawa pinjaman Qard al-Hasan tidak wajib dibayarkerana bersifat bantuan kebajikan

2.3. Isu pengenaan bayaran tambahan oleh bank

3. Kesimpulan

3.1. Agama yang telah menyediakan hamparan jalan kehidupan yang syumul dengan menganjurkan umatnya supaya bijak menguruskan kehidupan termasuk dalam aspek pengurusan kewangan

3.2. Tindakan berhutang atau membuat pinjaman kewangan tidak sewajarnya dijadikan sebagai amalan atau budaya melainkan dalam keadaan terdesak atau sangat memerlukan

3.3. Ianya wajar diketengahkan dan diperluaskan lagi pelaksanaannya sebagai salah satu asas dalam menggerakkan sistem ekonomi Islam yang bebas daripada elemen riba

4. Konsep

4.1. Malaysia : Al- Qardul Hasan

4.2. Iran : Qard al-Hasanah

4.3. Pakistan : Qarz-e-Hasna

5. Maksud

5.1. Pinjaman yang baik

5.2. Manifestasi keprihatinan seseorang untuk melakukan kebajikan dengan membantu saudaranya yang berada dalam kesempitan khususnya aspek kewangan

6. Hadis yang diriwayatkan

6.1. Abu Hurairah telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda : Sesiapa yang melepaskan seorang mukmin suatu kesusahan di dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya daripada suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat, sesiapa yang meringankan penderitaan seseorang yang susah, nescaya Allah akan meringankan penderitaan dirinya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong hambaNya, selagi hambaNya berusaha menolong saudaranya. (HR. Muslim)