Get Started. It's Free
or sign up with your email address
Rocket clouds
Pantun by Mind Map: Pantun

1. Rangkap Pantun

1.1. Parang tajam tidak berhulu, Buat menetak si pokok Ru; Jika murid tidak ada ilmu Kita boleh bertanya guru

1.2. Ada kepada suatu hari, Saya ke pasar berlari-lari, Berjumpa dengan seekor nuri, Sangatlah bijak ia berperi

2. Sejarah Pantun

2.1. Pantun berasal sebagai satu bentuk lisan ungkapan tradisional

2.2. Contoh yang pertama direkodkan di abad ke-15 dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah

3. Apa itu Pantun?

3.1. Salah satu bentuk puisi

3.2. Hasil sastera Melayu yang tertua

3.3. Mengungkapkan perasaan & pemikiran

3.4. Mencerminkan pancaran nilai budaya Melayu

3.5. Membawa idea serta pemikiran yang dapat menjadi renungan masyarakat

4. Peranan/Kegunaan

4.1. Pantun memainkan peranan penting di dalam masyarakat Melayu seperti di dalam upacara meminang, majlis berbalas pantun, penghias ucapan dan sebagainya

4.2. Antara fungsinya ialah mendidik, menyindir, menyatakan perasaan, menyampaikan buah fikiran dan menghibur

4.3. Berteka-teki atau mencabar ketangkasan fikiran

5. Jenis-jenis Pantun/Contoh

5.1. Pantun kanak-kanak

5.2. Pantun orang muda

5.3. Pantun budi

5.4. Pantun jenaka

5.5. Pantun teka-teki

5.6. Pantun kias-ibarat

6. Ciri-ciri Pantun

6.1. Mengandungi kerat

6.1.1. Kerat ialah bilangan baris dalam setiap rangkap pantun

6.2. Mempunyai pembayang dan maksud

6.2.1. Pembayang adalah separuh pertama daripada keseluruhan jumlah baris dalam rangkap pantun

6.2.1.1. Ia berperanan dalam memberi persamman bunyi atau rima kepada maksud

6.2.2. Maksud atau isi pantun separuh kedua dalam setiap rangkap pantun

6.2.2.1. Tema atau mesej yang hendak disampaikan terdapat padda bahagian ini

6.3. Mengandungi rima

6.3.1. Rima ialah bunyi yang pada bahagian tengah atau akhir pada setiap baris pantun

6.3.1.1. Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertamamaksud dan begitulah seterusnya

6.3.2. Contoh: a-b-a-b atau a-a-a-a

6.4. Mempunyai bilangan pekataan dan suku kata

6.4.1. Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada setiap baris

6.4.2. Setiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata

6.4.3. Dalam setiap baris hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata