1. 3) Bilakah sambutan tersebut diadakan dan mengapakah tarikh tersebut dipilih? (2 sebab) (Raiyan)
1.1. Sambutan Hari Persahatan Antarabangsa telah diadakan pada Julai 30.
1.2. Sambutan Hari Persahabatan berlaku pada tarikh yang berlainan di pelbagai negara. Hari Persahabatan Dunia pertama diusulkan pada 30 Julai 1958, oleh Perang Salib Persahabatan Dunia.
1.3. Pada 27 April 2011, Majlis Umum PBB mengisytiharkan 30 Julai sebagai Hari Persahabatan Antarabangsa rasmi. Namun, beberapa negara, termasuk India, merayakan Hari Persahabatan pada hari Ahad pertama bulan Ogos.
1.4. Di Nepal, hari Persahabatan disambut pada 30 Julai setiap tahun. Di Oberlin, Ohio, Hari Persahabatan disambut pada 9 April setiap tahun.
2. 1) Apa yang dimaksudkan dengan Hari Persahabatan Antarabangsa? Berikan definisi secara terperinci. (Asyikin)
3. 4) Bagaimanakah kita mengadakan sambutan tersebut? (3 isi yang lengkap) (Abid)
3.1. Pertama, kita berkumpul di dewan dan ketua-ketua sekolah akan berkongs cerita-cerita budaya jenis berlain-lain
3.2. Kedua, kita membuat persembahan budaya kita di dewan sekolah kepada semua orang, seperti contoh menari. Lain budaya ada lain cara menari seperti melayu menari tarian, joget dan budaya india ada 6 cara menari,Bharatnatyam, Kathak, Kathakali, Manipuri, Kuchipudi, and Odissi.
3.3. Ketiga, kita memakai baju tradisional kita dan berkongs informasi tentang budaya kita kepada kawan-kawan kita melalui penunjukan fesyen
4. 2) Siapakah yang meraikan sambutan tersebut dan mengapa golongan tersebut meraikannya? (3 golongan dan 1 sebab setiap golongan) (Alyea)
4.1. Hari Persahabatan Antarabangsa disambut di semua sekolah di Singapura.
4.2. Hari Persahabatan Antarabangsa juga disambut di pelbagai negara seperti India, Malaysia, Mexico, dan Brazil.
4.3. Sebab pertama adalah untuk menyebarkan kesedaran mengenai budaya yang berbeza.
4.4. Sebab ketiga adalah untuk menggalakkan pelajar untuk menerima budaya budaya tersebut.
4.5. Sebab kedua adalah untuk memberi peluang untuk mengalami perbezaan dalam budaya masing masing.
5. 7) Berikan kesan-kesan apabila kita menyambut hari tersebut. (3 isi yang lengkap) (Safiyyah)
5.1. Pemandangan kita tentang bangsa-bangsa dan budaya-budaya lain akan semakin luas. Bila kita mengadakan peragaan fesyen dan pembentangan, infomasi yang mungkin tidak boleh dijumpai di tempat lain akan dihulurkan kepada kita.
5.1.1. Sebagai contoh, kalau kita tidak menyertai pembentangan Hari Persahabatan Antarabangsa, kita mungkin tidak akan tahu tentang baju tradisional orang Jepun. Terutamanya kerana Singapura tiada banyak tempat tentang sejarah Jepun.
5.2. Dapat ketahui murid-murid dari lain bangsa, bukan sahaja kaum Melayu, Cina dan India. Hari tersebut memberi murid dari negara lain untuk berkongsi sedikit tentang kesukaan mereka.
5.2.1. Sebagai contoh, mungkin ada murid dari negara lain yang menyukai permainan video yang seorang murid dari Singapura juga munyukai. Mereka boleh mengeratkan silaturahim antara satu sama lain melalui persamaan mereka.
5.3. Dalam masa hadapan, kita akan menjadi seorang yang berpengetahuan dan menghormat bangsa lain kerana sudah tahu tentang budaya mereka (walaupun sedikit sahaja). Kita tidak akan dianggap sebagai seorang yang menilai mereka berdasarkan kelakuan sahaja.
5.3.1. Sebagai contoh, bila kita bercuti ke tempat lain, kita akan berasa selesa di sana kerana sudah tahu kebiasaan penduduk tempatan.
6. 6) Apakah cara-cara lain untuk kita menyambutnya? (3 cara lain) (Dzul Husni)
6.1. Kita boleh bermain permainan daripada bangsa-bangsa lain seperti permainan congkak untuk kaum Melayu dan Mahjong untuk kaum Cina. Kita akan menyuruh mereka membuat kumpulan dengan satu budak dari satu bangsa. Mereka boleh memusing satu dewan sekolah yang penuh dengan permainan untuk di main.(Dzul)
6.2. Kita boleh membuat persembahan untuk seluruh sekolah. Kita akan menyuruh murid-murid di setiap kaum untuk membuat persembahan seperti tarina melayu dan tarian cina. Mereka akan mengumpul selepas sekolah untuk belajar tarian itu. (Dzul)
6.3. Kita juga boleh meminjamkan mereka baju-baju tradisional seperti kimono jepun atau Ao-yai orang vietnam. Mereka boleh memergi ke booth pinjaman itu dan meminjam baju-baju tradisional itu. Selepas peristiwa sudah habis, mereka harus memulangkan baju-baju tersebut.
7. Bagaimana?
8. 5) Mengapakah kita mengadakan sambutan tersebut? (3 sebab) (Arifa)
8.1. Kita mengadakan sambutan tersebut untuk menghargai persahabatan kita antara kaum-kaum lain, negara jiran, rakan-rakan dari berbilang negara dan sebagainya.
8.1.1. Apabila kita menghargai persahabatan ialah satu lambang penghormatan kepada rakan-rakan, kaum-kaum dan negara-negara lain dan kita juga akan hidup harmoni.
8.2. Kita juga menyambut Hari tersebut untuk mempelajari dan mengenali dengan lebih dalam tentang budaya, tradisi dan bahasa negara-negara dan kaum-kaum lain.
8.2.1. Dengan begini, kita akan menghargai persamaan kita dan tidak menekankan perbezaan kita. Kita juga akan menjadi lebih bertoleransi kepada kaum-kaum dan negara-negara lain.
8.3. Kita menyambut Hari Persahabatan Antarabangsa untuk mengeratkan dan memperkuatkan persahabatan kita.
8.3.1. Apabila kita manjalin persahabatan erat, kita boleh saling membantu dalam situasi yang kita memerlukan pertolongan.
9. Apakah akibat apabila kita menyambut hari tersebut? (3 isi yang lengkap) (Hanis)
9.1. Apabila kita menyambut Hari Persahabatan Antarabangsa bersama rakan-rakan kami yang lain bangsa atau dari lain Negara, kita boleh belajar tentang budaya, bangsa, dan bahasa mereka.
9.1.1. Dengan mempelajari perkara-perkara ini, kami akan mengetahui kebezaan serta persamaan yang kita mempunyai bersama mereka dan sedar yang kami tidak begitu beza.
9.2. Kami dapat berasa lebih dekat dan terhubung dengan satu sama lain.
9.2.1. Mungkin kita dapat mengetahui tentang sesuatu yang rakan kami percaya dan membuat dalam budayanya yang kami tidak tahu. Perbincangan ini boleh merapatkan semua orang.
9.3. Kita mempelajari kepentingannya menghormati budaya, bahasa dan bangsa. Kita akan mempelajari cara kita dapat menjaga kedamaian yang selama ini kita ada.
9.3.1. Kaum lain mungkin melakukannya seperti ini tetapi kita melakukannya seperti itu. Pada akhirnya, kita harus saling menghormati dan sabar untuk menjaga kedamaian yang kita ada.