BAB 7 : MALAYSIA YANG BERDAULAT

Solve your problems or get new ideas with basic brainstorming

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
Rocket clouds
BAB 7 : MALAYSIA YANG BERDAULAT by Mind Map: BAB 7 : MALAYSIA YANG BERDAULAT

1. Matlamat pembentukan Persekutuan Malaysia

1.1. Mempercepat kemerdekaan;

1.2. i. Saiz Singapura dan jumlah penduduk Sarawak, Sabah dan Brunei terlalu kecil menyukarkan usaha memperoleh kemerdekaan secara bersendirian daripada British.

1.3. ii. Gagasan Malaysia akan mempercepat kemerdekaan Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei.

1.4. . Memajukan sosioekonomi;

1.4.1. i. Mewujudkan pasaran ekonomi yang lebih luas.

1.4.1.1. iii. Hapuskan sekatan cukai di kalangan negeri Persekutuan.

1.4.2. v. Memajukan taraf hidup rakyat Sarawak, Sabah dan Brune

1.4.2.1. ii. Menyatukan sumber tenaga manusia dan sumber asli di kalangan negeri dalam Persekutuan.

1.4.2.2. iv. Memudahkan usaha untuk menarik pemodal luar.

2. Reaksi Pembentukan Persekutuan Malaysia

2.1. Persekutuan Tanah Melayu

2.1.1. 1. Sambutan menggalakkan daripada parti politik di negeri-negeri Melayu.

2.1.2. 2. Penduduk Tanah Melayu menerima prinsip gagasan Persekutuan Malaysia.

2.1.3. 3. Parti PAS, menyokong idea pembentukan Malaysia tetapi mencadangkan pembentukan Melayu Raya yang merangkumi Indonesia.

2.2. Singapura

2.2.1. . Gagasan Persekutuan Malaysia mendapat reaksi daripada parti-parti politik di Singapura.

2.2.1.1. 2. Parti Tindakan Rakyat (PETIR) pimpinan Lee Kuan Yew mengalu-alukan gagasan Persekutuan Malaysia.

2.2.2. 3. Gagasan Malaysia dapat menyelamatkan parti PETIR daripada dikuasai oleh parti berhaluan kiri.

2.2.2.1. 4. Barisan Sosialis dan Parti Rakyat Singapura anggap gagasan Persekutuan Malaysia sebagai rancangan Britain untuk mengekalkan pengaruhnya.

2.2.3. 5. Kerajaan Singapura adakan referendum bagi meninjau pendapat penduduk Singapura terhdp gagasan Persekutuan Malaysia.

2.2.3.1. 6. Hasil referendum – penduduk Singapura sokong penggabungan dgn Persekutuan Malaysia.

2.3. Sabah

2.3.1. Parti politik baru ditubuhkan untuk menyalurkan pendirian rakyat terhadap gagasan Persekutuan Malaysia.

2.3.2. Parti Bersatu dan Parti Demokratik kenakan syarat iaitu menyokong dengan syarat Sabah merdeka terlebih dahulu.

2.3.3. 5. Parti Pasok Momogun pada awalnya menentang kerana Sabah perlu bersatu dgn Sarawak dan Brunei.

2.3.3.1. 6. Pembentukan Perikatan Sabah di bawah pimpinan Donald Stephens & Tun Datu Mustapha bin Datu Harun.

2.3.3.1.1. 8. Perikatan Sabah memenangi 104 kerusi drp 119 kerusi.

2.3.3.1.2. 7. Perikatan Sabah memenangi pilihan raya Majls Daerah pertama pada 1962.

2.4. Sarawak

2.4.1. 1. hampir kesemua parti politik sokong gagasan Persekutuan Malaysia.

2.4.2. 2. Hanya Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang menentang pada awal dan akhir pendiriannya.

2.4.2.1. 4. Parti yang menentang pada awalnya iaitu Parti Negara Sarawak (PANAS) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).

2.4.2.2. 5. Kesemua parti politik di Sarawak kecuali SUPP mengambil pendirian utk sertai Persekutuan Malaysia.

2.4.2.2.1. 7. Perikatan Sarawak memenangi pilihan raya tersebut.

2.4.2.3. 6. Parti-parti tersebut bergabung membentuk Perikatan Sarawak bagi menghadapi Pilihan Raya Majlis Daerah pertama diadakan pada tahun 1963.

2.4.3. 3. Pada awalnya parti ini menentang kerana Sarawak perlu bersatu dengan Sabah dan Brunei.

2.5. Brunei

2.5.1. 1. Idea gagasan Malaysia dapat sokongan kuat Sultan Omar Ali Saifuddin

2.5.1.1. 3. A.M. Azahari menyatakan Brunei akan menjadi tanah jajahan sekiranya menyertai Malaysia.

2.5.1.2. 4. A.M. Azahari cadangkan penubuhan kerajaan Kalimantan Utara yang terdiri drp Brunei, Sarawak dan Sabah.

2.5.1.3. 5. Apabila usul menentang gagasan Persekutuan Malaysia yang dibawa oleh Parti Rakyat Brunei di Majlis Undangan Negeri Brunei ditolak, mereka melancarkan pemberontakan.

2.5.1.3.1. 6. Rundingan diteruskan.

2.5.1.3.2. 7. Perkara yang berkaitan dengan hasil minyak dan kekananan sultan Bunei dalam pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong masih tidak mendapat kata sepakat.

2.5.1.3.3. 8. Julai 1963, Brunei menarik diri daripada menyertai Persekutuan Malaysia.

2.5.2. 2. Ditentang oleh Parti Rakyat Brunei pimpinan A.M Azahari.

3. Perisytiharan Persekutuan Malaysia

3.1. 1. Perlembagaan Persekutuan Malaysia digubal berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan hasil memorandum daripada Sarawak dan Sabah. Rakyat Sabah kemukakan Tuntutan 20 Perkara

3.2. Semangat toleransi dan keikhlasan kerajaan Tanah Melayu merealisasikan gagasan Persekutuan Malaysia. Pada 9 Julai 1963, Perjanjian Persekutuan Malaysia ditandatangani di Malborough House, London.

3.3. Isi perjanjian dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. . Pada 16 September 1963, Tunku Abdul Rahman membacakan Deklarasi Penubuhan Persekutuan Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Laungan “MERDEKA” sebanyak tujuh kali

4. Idea pembentukan Persekutuan Malaysia

4.1. Tunku Abdul Rahman mengemukakan gagasan Persekutuan Malaysia dalam majlis makan tengah hari Persatuan Wartawan-wartawan Luar Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961.

4.2. Idea mendapat sambutan positif dan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) yang ditubuhkan berperanan mengadakan rundingan dgn pemimpin wilayah yang terlibat

5. Reaksi dari Negara-negara Jiran

5.1. Indonesia

5.1.1. 1. Pada mulanya menyokong gagasan Persekutuan Malaysia.

5.1.2. 2. Menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio mengutus ucapan tahniah kerana usaha untuk menubuhkan Persekutuan Malaysia.

5.1.3. 3. Pendirian Indonesia berubah kerana terpengaruh dengan dakyah oleh Parti Komunis Indonesia (PKI) yang menuduh gagasan Malaysia sebg neokolonialisme.

5.1.4. 4. PKI berasa tergugat dengan pembentukan gagasan Persekutuan Malaysia

5.1.5. 5 Gagasan Malaysia bertentangan dengan hasrat Presiden Soekarno untuk menyatukan Indonesia dengan Tanah Melayu bagi membentuk Indonesia Raya.

5.2. Filipina

5.2.1. Filipina menentang ggasan Persekutuan Malaysia

5.2.1.1. 2. Mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada wilayah Kesultanan Sulu.

5.3. Negara-negara Barat

5.3.1. 1. Gagasan Persekutuan Malaysia mendapat sokongan daripada kerajaan Britain dan Amerika Syarikat.

5.3.2. 2. Menganggap gagasan Persekutuan Malaysia mempercepat proses kemerdekaan Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei.

5.3.3. 3. Pengaruh komunis dapat disekat.

6. Konfrontasi dan perdamaian

6.1. 1. Apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan, Indonesia dan Filipina enggan iktiraf Malaysia . Indonesia melancarkan konfrontasi. Filipina menunjukkan reaksi yang sama .Tentera Indonesia menceroboh kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah. pemimpin Malaysia dan Indonesia tetap meneruskan usaha perdamaian. Malaysia membuat bantahan rasmi terhadap pencerobohan tentera Indonesia kepada PBB melalui Tun Dr. Ismail bin Abdul Rahman, Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada ketika itu. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dapat bertindak kerana dihalang oleh kuasa veto Rusia. Rusia bertindak sedemikian kerana mempunyai hubungan baik dengan Indonesia. Kerajaan menyusun semula Pasukan Pertahanan Tempatan (PPT) atau dikenali Askar Wataniah. Rakyat tempatan menyertai PPT untuk mempertahankan negara daripada pencerobohan tentera Indonesia.

6.2. Malaysia mendapat sokongan tentera dr negara Komanwel spt Britain, Australia, New Zealand dan Kanada . Rakyat Malaysia bersatu dalam menghadapi konfrontasi . Konfrontasi terhadap Malaysia semakin kendur apabila tentera Indonesia di bawah pimpinan Jeneral Soeharto berjaya ambil alih kuasa daripada Presiden Soekarno selepas peristiwa Gestapo 30 September. Gestapo 30 September merupakan percubaan rampasan kuasa oleh PKI di Indonesia. Dalam peristiwa itu, D.N. Aidit iaitu pemimpin PKI terbunuh. Perjanjian pemulihan hubungan antara Malaysia dengan Indonesia ditandatangani pada bulan Ogos 1966. Filipina memulihkan hubungan dengan Malaysia

7. Usaha ke Arah Perdamaian Malaysia-Indonesia

7.1. 1. Rundingan Tidak Rasmi di Tokyo (Mei 1963)

7.1.1. Ant. Tunku Abdul Rahman &Presiden Sukarno ,Hasilkan persetujuan untuk membawa isu konfrontasi ke sidang kemuncak di Manila.

7.2. Sidang Kemuncak di Manila (30 Julai – 5 Ogos 1963)

7.2.1. MAPHILINDO (Malaysia, Filipina,dan Indonesia) ditubuhkan. Tujuan meningkatkan hubungan persahabatan negara anggota. Menuntut wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat tinjauan semula terhadap pendapat rakyat Sarawak dan Sabah untuk menyertai Persekutuan Malaysia.

7.3. Persidangan di Bangkok (Februari 1964)

7.3.1. Malaysia diwakili oleh Tun Abdul Razak dan Indonesia diwakili oleh Dr. Subandrio. Kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat berkenaan gencatan senjata.

7.4. Persidangan di Tokyo (Jun 1964)

7.4.1. Persidangan gagal Indonesia enggan mngundurkan tenteranya . Menuduh Malaysia membelakangkan keputusan Sidang Kemuncak Manila.

8. Pemisahan Singapura

8.1. Singapura bangkitkan isu sensitif sehingga meretakkan hubungan baik dengan kerajaan pusat. Singapura menjadi “duri dalam daging” kepada Malaysia. PETIR dan pemimpinnya Lee Kuan Yew sering mempertikaikan peruntukan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Lee Kuan Yew berhasrat mengambil alih peranan parti MCA yang mewakili kaum Cina.

8.2. Faktor pemisahan Singapura dari Malaysia;

8.2.1. Masalah Ekonomi

8.2.1.1. Singapura tuntut agar statusnya sebagai pusat perindustrian, perdagangan dan pelabuhan bebas tidak disaingi oleh kerajaan pusat. Singapura tuntut keistimewaan cukai daripada kerajaan pusat.

8.2.2. Konsep Malaysian Malaysia

8.2.2.1. Singapura tuntut hak sama rata untuk semua rakyat tanpa mengira kaum. Singapura menafikan institusi raja dan menentang hak istimewa orang Melayu dan bumiputera.

8.2.3. Pertikaian Parti Perikatan – PETIR

8.2.3.1. PETIR tuduh MCA tidak mewakili kepentingan kaum Cina. PETIR bertanding menentang parti Perikatan dalam pilihan raya 1964 di Sem. Malaysia.

8.2.4. Rusuhan Kaum

8.2.4.1. Banyak kenyataan oleh pemimpin PETIR membangkitkan sentimen perkauman. Rusuhan kaum di Singapura gugat keselamatan

8.3. Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman membuat keputusan – singkirkan Singapura .Pengisytiharan Pemisahan Singapura dari Malaysia dibuat pada 9 Ogos 1965.