Malaysia Yang Berdaulat

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
Malaysia Yang Berdaulat by Mind Map: Malaysia Yang Berdaulat

1. Idea Pembentukan Persekutuan Malaysia

2. 1. Tunku Abdul Rahman mengemukakan gagasan Persekutuan Malaysia dalam majlis makan tengah hari Persatuan Wartawan-wartawan Luar Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961.1. Tunku Abdul Rahman mengemukakan gagasan Persekutuan Malaysia dalam majlis makan tengah hari Persatuan Wartawan-wartawan Luar Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961

3. Keselamatan dan kestabilan negara Selamatkan Singapura dan Sarawak daripada jatuh ke tangan komunis.

4. Memajukan sosioekonomi Mewujudkan pasaran ekonomi yang lebih luas. Menyatukan sumber tenaga manusia dan sumber asli di kalangan negeri dalam Persekutuan.

5. Keseimbangan kaum Mengimbangi penduduk Melayu dan bumiputera dalam Persekutuan Malaysia.

6. Mempercepat kemerdekaan Saiz Singapura dan jumlah penduduk Sarawak, Sabah dan Brunei terlalu kecil menyukarkan usaha memperoleh kemerdekaan secara bersendirian daripada British.

7. Matlamat Pembentukan Persekutuan Malaysia

8. Reaksi Pembentukan Persekutuan Malaysia

9. Negeri-Negeri terlibat: Persekutuan Tanah Melayu, Singapura,Sabah,Sarawak dan Brunei.

10. Persekutuan Tanah Melayu > 1. Sambutan menggalakkan daripada parti politik di negeri-negeri Melayu. 2. Penduduk Tanah Melayu menerima prinsip gagasan Persekutuan Malaysia. 3. Parti PAS, menyokong idea pembentukan Malaysia tetapi mencadangkan pembentukan Melayu Raya yang merangkumi Indonesia.

11. Singapura > 1. Gagasan Persekutuan Malaysia mendapat reaksi daripada parti-parti politik di Singapura. 2. Parti Tindakan Rakyat (PETIR) pimpinan Lee Kuan Yew mengalu-alukan gagasan Persekutuan Malaysia. 3. Gagasan Malaysia dapat menyelamatkan parti PETIR daripada dikuasai oleh parti berhaluan kiri. 4. Barisan Sosialis dan Parti Rakyat Singapura anggap gagasan Persekutuan Malaysia sebagai rancangan Britain untuk mengekalkan pengaruhnya. 5. Kerajaan Singapura adakan referendum bagi meninjau pendapat penduduk Singapura terhadap gagasan Persekutuan Malaysia. 6. Hasil referendum – penduduk Singapura sokong penggabungan dgn Persekutuan Malaysia.

12. Sabah > 1. Parti politik baru ditubuhkan untuk menyalurkan pendirian rakyat terhadap gagasan Persekutuan Malaysia. 2. Diantara parti politik di Sabah ialah; Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Parti Bersatu Parti Demokratik Pasok Momogun 3. Parti politik sokong terhadap gagasan Malaysia. 4. Parti Bersatu dan Parti Demokratik kenakan syarat iaitu menyokong dengan syarat Sabah merdeka terlebih dahulu. 5. Parti Pasok Momogun pada awalnya menentang kerana Sabah perlu bersatu dgn Sarawak dan Brunei. 6. Pembentukan Perikatan Sabah di bawah pimpinan Donald Stephens & Tun Datu Mustapha bin Datu Harun. 7. Perikatan Sabah memenangi pilihan raya Majls Daerah pertama pada 1962. 8. Perikatan Sabah memenangi 104 kerusi drp 119 kerusi.

13. Sarawak > 1. Hampir kesemua parti politik sokong gagasan Persekutuan Malaysia. 2. Hanya Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang menentang pada awal dan akhir pendiriannya. 3. Pada awalnya parti ini menentang kerana Sarawak perlu bersatu dengan Sabah dan Brunei. 4. Parti yang menentang pada awalnya iaitu Parti Negara Sarawak (PANAS) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). 5. Kesemua parti politik di Sarawak kecuali SUPP mengambil pendirian utk sertai Persekutuan Malaysia. 6. Parti-parti tersebut bergabung membentuk Perikatan Sarawak bagi menghadapi Pilihan Raya Majlis Daerah pertama diadakan pada tahun 1963. 7. Perikatan Sarawak memenangi pilihan raya tersebut.

14. Brunei > 1. Idea gagasan Malaysia dapat sokongan kuat Sultan Omar Ali Saifuddin 2. Ditentang oleh Parti Rakyat Brunei pimpinan A.M Azahari. 3. A.M. Azahari menyatakan Brunei akan menjadi tanah jajahan sekiranya menyertai Malaysia. 4. A.M. Azahari cadangkan penubuhan kerajaan Kalimantan Utara yang terdiri drp Brunei, Sarawak dan Sabah. 5. Apabila usul menentang gagasan Persekutuan Malaysia yang dibawa oleh Parti Rakyat Brunei di Majlis Undangan Negeri Brunei ditolak, mereka melancarkan pemberontakan. 6. Rundingan diteruskan. 7. Perkara yang berkaitan dengan hasil minyak dan kekananan sultan Bunei dalam pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong masih tidak mendapat kata sepakat. 8. Julai 1963, Brunei menarik diri daripada menyertai Persekutuan Malaysia.