Pengaruh Islam daam Tamadun Melayu pada kurun ke 15 dan seterusnya

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
Pengaruh Islam daam Tamadun Melayu pada kurun ke 15 dan seterusnya by Mind Map: Pengaruh Islam daam Tamadun Melayu pada kurun ke 15 dan seterusnya

1. teori-teori kedatangan

1.1. Teori kedatangan Islam Dari Tanah Arab/Parsi

1.1.1. Akitiviti dagangan bertambah selepas Islam diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke-7 masihi .Buktinya catatan China mengatakan orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perniagaan di Canton sejak tahun 300 M.

1.1.1.1. 1.  Pengaruh daripada sudut tulisan jawi yang berasal daripada Arab

1.1.1.2. 2.  Kebanyakkan ulama-ulama yang datang ke rantau ini adalah daripada Tanah Arab seperti Syeikh Ismail Al-Siddiq , Maulana Abu Bakar , Maulana Iskah dan ramai lagi .

1.1.1.3. 3.  Istilah Melaka berasal daripada Arab iaitu 'mulaqat' bermaksud tempat pertemuan .

1.1.1.4. 4.  Terdirinya kerajaan Melayu-Islam Melaka yang menggunakan Perundangan Islam 'syariah Islamiyyah' untuk mentadbir negara .

1.2. Teori Kedatangan Islam Dari China dan Champa

1.2.1. Peniaga Arab yang beragama Islam telah mengunjungi Khan Fo atau Canton (kini dikenali sebagai Guang Zhou) yang merupakan pusat perniagaan yang terkenal.Melalui hubungan perdagangan ini, Islam berkembang dalam kalangan peniaga cina di Negara China dan peniaga Cina Islam telah menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara semasa berdagang di sana .

1.2.1.1. 1.  Pada sekitar tahun 876M, pedagang Islam yang tinggal di Canton atau Amoy yang berpindah beramai-ramai ke Asia Tenggara.

1.2.1.2. 2.  Penemuan Batu Bersurat Terengganu pada tahun 1899M di Kuala Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu

1.2.1.3. 3.  Pada tahun 1953, di Kampung Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan, Pahang telah ditemui sepasang batu nisan yang mempunyai tulisan al-Quran dan kalimah Arab bertarikh 1028M.

1.2.1.4. 4.  Seni bina di China dengan seni bina pada masjid-masjid di Nusantara seperti di Kelantan, Melaka, dan Pulau Jawa didapati mempunyai unsur yang sama.

1.2.1.5. 5.  Penggunaan warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid, jubin lantai, dinding, tangga, dan kolam air di masjid dan pengaruh atap genting China.

1.3. Teori Kedatangan Islam Dari India

1.3.1. Brian Harrison menjalinkan hubungan dua hala dan Tanah Melayu berminat dengan agama Islam yang dianuti oleh pedagang-pedagang India .

1.3.1.1. 1.  Pedagang India Islam telah lama menjalinkan hubungan perdagangan dengan masyarakat di Asia Tenggara . Gujerat ialah pelabuhan penting pada zaman pemerintahan Khilji di India.

1.3.1.2. 2.  Batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa dan batu nisan Malik al-Salih di Pasai memperlihat ciri buatan Islam.

1.3.1.3. 3.  Sejak dahulu lagi, unsur kebudayaan Hindu telah disebarkan ke dalam masyarakat di Asia Tenggara.

2. Proses perkembangan

2.1. 1.  Konsep keesaan Tuhan dan ibadat menarik minat masyarakat tempatan

2.1.1. jj

2.2. 2.  Marco Polo melawat Sumatera dalam perjalanan pulang dari China dan beliau mengislamkan penduduk tempatan oleh para pedagang Arab di kepulauan Melayu(Tanah Melayu)

2.3. 3.  Abad ke-13 hingga ke-16 Masihi, agama Islam telah meluas hamper ke seluruh Kepulauan Melayu dan agama Hindu dan Buddha semakin kurang.

2.4. 4. Kerajaan Melaka yang bercorak keislaman, kita dapati proses Islamisasi di bidang undang-undang, sosio-budaya dan politik berterusan berlaku.

3. faktor-faktor penerimaan

3.1. Pada peringkat awal, seruan Islam diterima oleh ahli keluarga dan sahabat rapat Nabi Muhammad s.a.w. kerana dakwah pada ketika itu dijalankan secara rahsia.

3.1.1. 1.  Strategi ini digunakan kerana Islam masih baru diperkenalkan dan pengaruhnya masih sedikit. Cara ini akan mengelakkan penentangan yang mungkin menghalang penyebaran Islam selanjutnya.

3.1.2. 2.  Kebanyakan penganut Islam ketika itu terdiri daripada golongan bawahan yang tertarik dengan ajaran Islam yang menegaskan layanan yang sama rata kepada semua manusia.

3.2. Walaupun ramai dalam kalangan penganut Islam golongan bawahan yang telah diseksa dengan kejam, namun mereka tetap berpegang teguh kepada ajaran Islam.

3.2.1. 1.  Bilal bin Rabah-dijerut lehernya dengan tali oleh tuannya, Umaiyah bin Khalaf.

3.2.2. 2.  Keluarga Yassir-dijemur di padang pasir sehingga Yassir dan isterinya Sumaiyah, mati syahid.

3.2.3. 3.  Amir bin Fuhairah-diseksa dengan kejam sehingga menjadi gila oleh tuannya.

3.2.4. 4.  Zunainah-diseksa oleh Abu Lahab sehinnga menjadi buta.

3.3. Walaupun masyarakat Arab Makkah taasub dengan amalan mereka, tetapi melalui cara yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. serta sifat peribadi baginda, mereka mudah tertarik kepada ajaran agama Islam.